Khamis, Mac 18, 2021

Tafsir asas quran nota 9(273)16

Tafsir asas quran nota 9(273)16

daripadanya dimansukhkan. Yang tidak dihalalkan oleh Allah kepada Nabinya berkahwin menerusi ayatke-52 hanyalah perempuan yang tidak termasuk dalam salah
satu daripada 7 macam perempuan yang disebut Allah di dalam ayat ke-50. Adapun dengan mereka, maka boleh saja Baginda berkahwin, jika Baginda mahu. Baginda
juga tidak dihalalkan mengahwini mana-mana perempuan yang termasuk dalam salah satu daripada 7 macam perempuan yang halal dikahwini Baginda, kalau dengan
mencerai mana-mana isteri yang sedia ada dengan maksud dan tujuan menukar isterisemata-mata. Dalam keadaan tidak mencerai mana-mana isteri yang sedia ada,
sebaliknya kerana kematian sebagai contohnya, Baginda tetap dibenarkan berkahwin dengan sesiapa sahaja daripada mereka jika Baginda mahu. Tidak ada sebarang
halangan kepada Nabi s.a.w. untuk berkahwin dalam keadaan ini, walaupun dengan maksud menggantikan isterinya yang telah meninggal dunia itu.

(19) Firman Allah di dalam Surah al-Mujadilah ayat ke-12 juga mansukh menurut kebanyakan 'ulama'. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

Al-Mujadila 58:12
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نَٰجَيْتُمُ ٱلرَّسُولَ فَقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىْ نَجْوَىٰكُمْ صَدَقَةًۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَأَطْهَرُۚ فَإِن لَّمْ تَجِدُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada
fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak
disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Mujaadilah:12).

Ia bagi mereka dimansukhkan dengan ayat selepasnya, iaitu ayat ke-13 Surah yang sama. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

Al-Mujadila 58:13

ءَأَشْفَقْتُمْ أَن تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىْ نَجْوَىٰكُمْ صَدَقَٰتٍۚ فَإِذْ لَمْ تَفْعَلُوا۟ وَتَابَ ٱللَّهُ عَلَيْكُمْ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۚ وَٱللَّهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan

273

Tiada ulasan:

Catat Ulasan