Ahad, Mac 28, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 21(55)nota 16(341-343)s

Daurah tafsir 2019 sesi 21(55)nota 16(341-343)s

055.Surah Arrahman
Dari Allah lah segala keberkatan
Cari dimana yang Allah kata ada keberkatan iaitu keberkatan  pada:
1.alquran 
2.kaabah dan tanah haram 
3.dalam majlis ilmu
4.dalam amal-amal manusia.

Surah Ar rahman
Tertib surah 55
Bilangan ayatnya 78
Bilangan rukuk 3
Surah madaniyah
Tertib turunnya yg ke 96
Bilangan paragrafnya ada 6
Paragraf 1ayat 1-28 Dalil2 رَحْمَانِيَة dan ربوبيةAllah 
Paragraf 2 ayat 29-36 Dalil2 kekuasaan tuhan dan adanya balasan baik dan balasan buruk.
Paragraf 3 ayat 37-40 Keadaan hari qiamat 
Paragraf 4 ayat 41-45 Akibat buruk yg akan diterima oleh orang2 yg berdosa dan dalil2 adanya balasan buruk.
Paragraf 5 ayat 46-61 Akibat baik yg akan diterima oleh orang2 yg berbuat baik dan dalil2 adanya balasan baik
Paragraf 6 ayat 62-78 Nikmat2 tambahan.

Mesej utama 
1.Sifat Allah ذوالإكرام akan nyata diakhirat nanti  kepada orang2 yg membenarkan آلآءالله dan sifat ذوالجلالAllah pula akan nyata kepada orang2 yg mendustakannya.
2.Selain mempelajari al quran ,perhatikanlah tanda2 kebesaran Allah dialam semesta dan pada diri kamu nescaya kamu akan percaya akan adanya azab dan pahala atau balasan baik dan buruk diakhirat nanti.

Zaman Diturunkan
Surah ar-Rahman diturunkan selepas da'wah terbuka Rasulullah s.a.w. di peringkat kedua kehidupan Baginda s.a.w. di Mekah antara tahun ke-4 dan ke-5 Kenabian. Peringkat itu juga dikenali sebagai peringkat تكذيب. 'Abdullah bin Mas'ud telahpun membaca surah ini dekat maqam Ibrahim di peringkat terlalu awal kehidupan Mekah, riwayat ini merupakan bukti luaran tentang Makkiyyahnya Surah ar-Rahman. Sesetengah orang menganggap surah ini sebagai Surah Madaniyyah tetapi sebenarnya tidak ada petunjuk daripada dalam surah ini sendiri menunjukkan ia satu Surah Madaniyyah. Selain Surah ar-Rahman, Surah ar-Ra'd, Surah ad-Dahr dan Surah az-Zalzalah juga dianggap sesetengah orang sebagai Surah Madaniyyah, tetapi sebetulnya 4 surah ini juga termasuk dalam surah-surah Makkiyyah, dengan itu surah-surah Makkiyah semuanya berjumlah 90 dan surah-surah Madaniyyah pula hanya berjumlah 24 sahaja.

Ciri Khusus Surah
1. Surah ini mempunyai iramanya yang tersendiri.
2. Syah Waliyyullah menyebutkan bahawa surah ini mengandungi irama yang berakhir dengan haraf ن.
3. Surah ini juga termasuk salah satu surah yang diturunkan dizaman  تكذيب iaitu pendustaan terhadap Rasulullah.

Kesinambungan Surah Ar-Rahman Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Di dalam Surah al-Qamar sebelum ini pendustaan (تكذيب) beberapa kali telah disebutkan, manusia diingatkan akibat buruk تكذيب  melalui 5 kisah benar bangsa-bangsa yang telah dimusnahkan kerana تكذيب  mereka. Di dalam Surah ar-Rahman ini pula manusia dan jin disoal berkali-kali bahawa ni'mat tuhan yang manakah mereka dapat dustakan ?

2. Surah al-Qamar merupakan surah jalaliyyah, Surah ar-Rahman pula bercampur antara jalal dan jamal,
tetapi sudut jamalnya lebih menonjol. Neraka dan hal ehwalnya hanya disebutkan di dalam 4 ayat sahaja. Di dalam 31 ayat terakhirya pula hanya terdapat perincian dan pendetailan tentang ni'mat-ni'mat syurga.


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini lebih 30 kali tersebut firman Allah فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ia merupakan ayat tarji'. Tujuannya ialah untuk menyedarkan hati kecil manusia dan jin yang mati supaya mereka mengelak diri daripada mendustakan ayat-ayat Allah dan Rasulullah yang membawanya di samping bersyukur kepada ni'mat-ni'mat Allah.

2. Maksud perkataan فَبِأَىِّ ءَالَآءِ. Maulana Hamiduddin Farahi, setelah membuat kajian yang teliti terhadap perkataan ini dari sudut Bahasa Arabnya membuktikan bahawa ia tidak hanya menunjukkan erti ni'mat-ni'mat semata-mata. Sebaliknya ia juga memberi erti qudrat, kuasa, keajaiban qudrat, kesempurnaannya, rahmat, 'inayah, belas kasihan, kelebihan-kelebihan, sifarsifat terpuji, kelebihan-kelebihan dan kesempurnaan-kesempurnaan. Ma'na yang tepat baginya seharusnya diberikan berdasarkan siyaq dan sibaq ayat. Maulana Maududi di dalam terjemahan tafsirnya "Tafttim ul-Qur'an" telah menjaga semua yang disebut oleh Maulana Hamiduddin Farahi tadi, kerana itu beliau tidak hanya menterjemahkan  آلاء  dengan erti ni'mat-ni'mat Allah semata-mata.

3. 2 Sifat Allah iaitu ذُوالجلا  dan  ذو الاكرام telah disebutkan 2 kali di dalam surah ini, ia hanya terdapat didalam Surah ar-Rahman sahaja. Di dalam surah-surah lain tidak ada disebutkan 2 sifat Allah ini.

343

Tiada ulasan:

Catat Ulasan