Isnin, Mac 29, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 22(56)nota 16(344)

Daurah tafsir 2019 sesi 22(56)nota 16(344)


Ayat 74
فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ
Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
👉Ini da'wa atau maksud penting surah ini

Surah Al Waqiah 
Tertib surah 56
Bilangan ayatnya 96
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 46
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1 ayat 1-9 Pemandangan hari kiamat dan pembahagian manusia pada hari itu.
Paragraf 2 ayat 10-26 Keadaan( السـّابقون)Assabikun
Paragraf 3 ayat 27-40 Keadaan(أَصحابُ اليمين)Ashaabul Yamin.
Paragraf 4 ayat 41-56 Keadaan (أَصحابُ الشمال)Ashaabus Syimal
Paragraf 5 ayat 57-73 dalil آفاقيdan أنفسيtentang kemungkinan adanya hari akhirat.
Paragraf 6 ayat 74-82 Quran adalah wahyu  drp Allah ,bukan kalam syaitan.
Paragraf 7 ayat 83-96 Betapa tidak berdayanya manusia ketika hampir mati ,balasan yg berbeza dihari kiamat yg akan diterima oleh Ashaabul Yamin.Ashaabus Syimal dan As sabiquun.

Mesej utama 
1.Kata dua kepada kepimpinan Quraisy .
2.Perubahan besar akan berlaku dihari kiamat dimana  sebhg manusia diangkat darjatnya dan sebhg lain pula dijatuhkan darjatnya.
3.Tinggalkanlah  syirik dan pilihlah  ajaran tauhid setelah mendapat pencerahan  drp dalil2 أنفسي،آفاقيdan قرآنيtentang kemungkinan berlakunya hari kiamat .
4.Kesudahan yg berbeza untuk المُكَذِّبُونَ الضَّا لُّونَ dan المُصَدِّقُونَ المُتَدُونَ 

344

Tiada ulasan:

Catat Ulasan