Selasa, Mac 30, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 22(56)nota 16(344-345)s

Daurah tafsir 2019 sesi 22(56)nota 16(344-345)s

Surah Al Waqiah 
Tertib surah 56
Bilangan ayatnya 96
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 46
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1 ayat 1-9 Pemandangan hari kiamat dan pembahagian manusia pada hari itu.
Paragraf 2 ayat 10-26 Keadaan( السـّابقون)Assabikun
Paragraf 3 ayat 27-40 Keadaan(أَصحابُ اليمين)Ashaabul Yamin.
Paragraf 4 ayat 41-56 Keadaan (أَصحابُ الشمال)Ashaabus Syimal
Paragraf 5 ayat 57-73 dalil آفاقيdan أنفسيtentang kemungkinan adanya hari akhirat.
Paragraf 6 ayat 74-82 Quran adalah wahyu  drp Allah ,bukan kalam syaitan.
Paragraf 7 ayat 83-96 Betapa tidak berdayanya manusia ketika hampir mati ,balasan yg berbeza dihari kiamat yg akan diterima oleh Ashaabul Yamin.Ashaabus Syimal dan As sabiquun.

Mesej utama 
1.Kata dua kepada kepimpinan Quraisy .
2.Perubahan besar akan berlaku dihari kiamat dimana  sebhg manusia diangkat darjatnya dan sebahagian lain pula dijatuhkan darjatnya.
3.Tinggalkanlah  syirik dan pilihlah  ajaran tauhid setelah mendapat pencerahan  daripada dalil2 أنفسي،آفاقيdan قرآني tentang kemungkinan berlakunya hari kiamat .
4.Kesudahan yg berbeza untuk المُكَذِّبُونَ الضَّالُّونَ dan المُصَدِّقُونَ المُهتَدُونَ 

Zaman Diturunkan
Surah al-Waqi'ah diturunkan sebelum Sayyidina 'Umar memeluk agama Islam lagi, ia seperti Surah Thaha diturunkan selepas berlakunya hijrah para sahabat ke Habsyah antara bulan Rejab tahun ke-5 Kenabian dan bulan Zul Hijjah tahun ke-6 Kenabian, sebelum lagi Sayyidina 'Umar memeluk agama Islam.

Kelebihan Surah Al-Waqi'ah
Surah al-Waqi'ah juga seperti Surah Hud, merupakan antara surah yang membuatkan Rasulullah tua dan beruban, Rasulullah s.a.w. bersabda:
 شَيَّبَتْنِي هُودٌ وَالْوَاقِعَةُ وَالْمُرْسَلَاتُ وَعَمَّ يَتَسَاءَلُونَ وَإِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Maksudnya: "Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, عم يتساءلون. (Surah an-Naba') dan إذا الشمس كورت (Surah arTakwir) telah membuatkan aku beruban (menjadi tua)" - Jami' At-Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah al-Waqi'ah, Hadits 3297.Ia adalah satu hadits sahih.

Kesinambungan Surah Al-Waqi'ah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah ar-Rahman, melalui 2 sifat Allah ذو الجلال dan ذو الاكرام manusia berkali-kali ditanya dengan ayat tarji' sama ada mereka membenarkan atau mendustakan bukti-bukti dan tanda-tanda kebesaran Allah. 

Di dalam Surah al-Waqi'ah ini pula orang-orang yang membenarkan ajaran Islam dibahagikan kepada 2, السَّابقون dan أصحاب اليمين selain dinyatakan apa ganjaran yang diterima mereka. Orang-orang yang mendustakan pula diberi amaran akan akibat buruk yang mereka akan terima kelak.
2. Di dalam Surah ar-Rahman sebelum ini, perkataan .تُكَذِّبَان ( digunakan, sementara di dalam Surah al-Waqi'ah pula perkataan المُكَذِّبُوْنَ digunakan.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini, perkataan ; ٱلضَّآلُّونَ ٱلْمُكَذِّبُونَ (orang-orang yang mendustakan dan sesat) telah 2 kali
digunakan untuk أصحاب الشّمال (Ayat: 51 dan 92).

Al-Waqi'ah 56:51
ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلْمُكَذِّبُونَ 
Kemudian sesungguhnya kamu, wahai orang-orang yang sesat lagi mendustakan!

Al-Waqi'ah 56:92
وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ 
Dan adapun jika dia termasuk golongan orang yang mendustakan dan sesat,


2. Di dalam surah ini 2 kali disebutkan ayat dFJi aqf j! ai"i , di tengah surah dan juga betul-betul diakhirnya (Ayat: 74 dan 96), tujuannya ialah supaya manusia memilih aqidah tauhid yang suci murni.

Al-Waqi'ah 56:74
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ 
Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Mahabesar.

Al-Waqi'ah 56:96
فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ 
Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Mahabesar.


Tasbih bererti mengakui bahawa Allah tidak mempunyai sebarang kekurangan dan ke'aiban di samping
menyatakannya secara terbuka bahawa zat Allah suci dan bersih daripada segala sifat-sifat kurang dan 'aib, sedangkan makhluk-makhlukNya pula penuh dengan kekurangan dan ke'aiban, termasuklah kita manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan