Selasa, Mac 30, 2021

Tafsir asas quran nota 9(293)18

Tafsir asas quran nota 9(293)18

menunjukkan jika diandaikan ada sesiapa datang, maka mestilah engkau muliakannya. Demikian juga dengan ayat berkenaan, ia tidak menunjukkan sememangnya ada berlaku nasakh terhadap ayat-ayat tertentu. Ia hanyalah
menunjukkan jika diandaikan berlaku nasakh terhadap mana-mana ayat al-Qur'an, maka mestilah Allah akan mendatangkan ayat yang lebih baik daripada ayat yang
dinasakhkan, atau paling tidak pun yang setara dengannya.

Kesimpulannya ialah ayat itu tidak merupakan nas yang terang tentang berlakunya nasakh di dalam al-Qur'an.
Malah sebaliknya ia secara tidak langsung menunjukkan tentang tidak adanya nasakh di dalam al-Qur'an.
Keadaannya sama seperti firman Allah berikut ini:

Yunus 10:94
فَإِن كُنتَ فِى شَكٍّ مِّمَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ فَسْـَٔلِ ٱلَّذِينَ يَقْرَءُونَ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِكَۚ لَقَدْ جَآءَكَ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُمْتَرِينَ 
Bermaksud: Maka jika engkau (wahai Muhammad) berasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca
kitab (yang diturunkan) sebelummu. Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau temasuk (dalam kumpulan) orang-orang yang ragu-ragu. (Yunus:94).

Jelas sekali apa yang tersebut sebagai syarat di dalam ayat ini tidak berlaku. Memang tidak ada berlaku Nabi s.a.w. berasa ragu-ragu tentang apa yang Allah turunkan
kepadanya. Itu adalah suatu yang mustahil berlakunya kepada Nabi s.a.w. Olehkerana tidak ada berlaku syaratnya, maka tidak berlakulah pula jawabnya, iaitu tidak
ada berlakulah pula Nabi s.a.w. bertanya kepada orang-orang yang membaca kitab sebelumnya. Ayat itu seolah-olahnya menyatakan "Oleh kerana tidak ada sebarang keraguan dalam dirimu terhadap al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah kepadamu, maka tidak perlulah engkau bertanya Ahlil Kitab." Itulah sebabnya Nabi s.a.w.
melarang umatnya bertanya apa-apa kepada Ahlil Kitab, kerana mereka hanya akan mengacau-bilaukan ma'lumat yang sedia ada pada umat dengan memberikan ajaran
agama mereka yang mengarut dan telah diselewengkan.

Penggunaan uslub (gaya bahasa) syarat yang tidak berlaku, maka tidak berlakulah pula jawabnya seperti yang terdapat dalam ayat 94 Surah Yunus itu terdapat pada

293

Tiada ulasan:

Catat Ulasan