Ahad, Mac 14, 2021

Tafsir asas quran nota 9(269)16

Tafsir asas quran nota 9(269)16

Walaupun Shah Waliyyullah dan orang-orang yang sependapat dengan beliau mentarjih ayat ke-52 dimansukhkan oleh ayat yang terdahulu daripadanya daripadasegi bacaannya, iaitu ayat ke-50, namun jumhur 'ulama' berpendapat ia tidak mansukh. Tidak juga ayat ke-50 merupakan naasikhnya. Bagi mereka, ayat ke-52
merupakan lanjutan keterangan bagi ayat ke-50 dan ke-51 .

Setelah Allah memperincikan perempuan-perempuan yang dihalalkanNya untuk dikahwini NabiNya, dan sememangnya Nabi kita telah pun berkahwin dengan sebahagian daripada perempuan seperti tersebut di dalam ayat itu sebagaimana
dikehendaki Allah. Lalu Allah menyebutkan pula selepasnya bahawa engkau tidak boleh lagi berkahwin dengan perempuan-perempuan lain selain isteri-isterimu yang
sedia ada. Engkau juga tidak boleh menukar mereka dengan perempuan-perempuan lain, sekalipun - katakanlah - engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka. Ini
kerana mereka memang telah teruji dan terbukti sebagai perempuan-perempuan terbaik untuk menjadi isterimu dunia akhirat. Inilah tafsir yang rajih menurut jumhur
'ulama'.

Bagi jumhur 'ulama', ayat ke-52 tidak boleh dikatakan mansukh sama ada dengan ayat ke-50 atau ke-51 atau dengan lain-lain dalil berupa hadits Rasulullah s.a.w.
kerana beberapa sebab berikut:
(a) Riwayat-riwayat daripada Ibnu 'Abbaas, Anas, Mujahid, ad-Dhahhaak, Qataadah,Ibnu Zaid, Ibnu Jarir dan lain-lain menyebutkan bahawa selepas berlakunya peristiwa
takhyir kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. lalu mereka tidak memilih dunia sebaliknya memilih Allah, RasulNya dan kehidupan akhirat, maka Allah sebagai balasan dan hadiah kepada pilihan mereka telah melarang NabiNya daripada berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain setelah isteri-isteri Baginda s.a.w. yang sedia ada. Nabi s.a.w. juga dilarang menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang lain. Ini kerana mereka telah betul-betul teruji dan terbukti layak menjadi isteri-isteri Baginda bukan sahaja di dunia ini, malah hingga ke akhirat. Jadi ayat ke-52 itu bagi mereka sebenarnya merupakan balasan dan hadiah Allah kepada para isteri Rasulullah s.a.w. Dan adalah tidak wajar sama sekali mengatakan Allah menghapuskan dan menarik balik balasan dan hadiah yang pernah diberiNya kepada seseorang. (Lihat Tafsir Ruuh al-Ma'ani j.22 mls 65, Tafsir Ibnu Katsir j.6 mls 447,Tafsir ad-Dumr al-Mantsur j.6 m/s 637, Tafsir Abi as-Sa'ud j.7 m/s I I l). Kerana itu

269

Tiada ulasan:

Catat Ulasan