Tafsir asas quran nota 9(268)16
Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan
bagimu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Ahzaab:50).
Sebagaimana Ibnu al-'Arabi dan as-Suyuthi, Shah Waliy,yullah juga menerima ayat ke-52 Surah al-Ahzaab dimansukhkan dengan ayat ke-50 dari Surah yang sama.
Menurut Shah Waliyyullah, walaupun ayat ke-50 tersebut dan dibaca dahulu di dalam al-Qur'an yang ada pada kita sekarang, ia tetap boleh menjadi naasikh bagi ayat ke-
52, kerana yang dianggap sebagai syarat oleh para
'ulama' Usul untuk sesuatu dalil menjadi naasikh ialah terkemudiannya daripada segi nuzul (turun) kepada Nabi s.a.w. bukan terkemudiannya dalam bacaan dan tertib mushaf yang ada. Ini bererti, bagimereka ayat ke-50 Surah al-Ahzaab itu turunnya kepada Nabi s.a.w. adalah kemudian daripada ayat ke-S2 Surah yang sama.
Oleh kerana ayat ke-50 turun kemudian daripada ayat ke-52, dan di dalam ayat ke-50, Allah menghalalkan 7 macam perempuan kepada NabiNya, sedangkan sebelum itu
sudal.r terdapat larangan Allah terhadap NabiNya daripada berkahwin seterusnya setelah mempunyai beberapa orang isteri, maka tidakkah terdapat pertentangan di
antara dua ayat berkenaan? Untuk menghilangkan pertentangan itulah mereka mengatakan ayat yang melarang Nabi s.a.w. daripada berkahwin dengan perempuan-perempuan lain setelah isteri-isterinya yang sedia ada itu dimansukhkan. Dahulu memang pernah tidak dibenarkan Nabi s.a.w. berkahwin lagi, tetapi kemudiannya
dibenarkan. Itu adalah satu bentuk kurniaan Allah kepada NabiNya. Mereka juga berpegang dengan atsar 'Aaishah
yang menyebutkan bahawa:
مَا مَاتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى أُحِلَّ لَهُ النِّسَاءُ
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. tidak meninggal dunia sebelum dihalalkan kepadanya wanita-wanita lain selain mereka (isteri-isterinya yang sedia ada).
(Atsar riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaa'i, Ahmad, ad-Daarimi, Ibnu Hibbaan, al-Haakim, al-Baihaqi dan lain-lain).
Tirmidzi menghukumnya hasan sahih. Haakim menghukum nya sahih dan az-Zahabi menyetujuinya. Kenyataan 'Aaishah ini bagi mereka menunjukkan firman Allah didalam ayat ke-52 Surah al-Ahzaab telah dimansukhkan. Ia juga secara tidak langsung menunjukkan firman Allah di dalam ayat ke-50 diturunkan kemudian, maka ia layak dijadikan sebagai naasikh bagi ayat ke-52.
268
Tiada ulasan:
Catat Ulasan