Tafsir asas quran nota 9(274)16
Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu). maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta ta'atlah
kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNyakan segala amalan yang kamu lakukan. (al-Mujaadilah:13).
Shah Waliyyullah juga seperti Jalaluddin as-Suyuthi bersetuju dengan jumhur 'ulama' dalam menerima ayat ke-l2 sebagai mansukh dan ayat yang memansukhkannya pula ialah ayat ke-13 selepasnya.
Sesetengah 'ulama' berpendapat, ayat ke-12 mengandungi hukum wajib memberi sedekah kepada fakir miskin sebelum mengadap Nabi s.a.w. dan sebelum bertanya
kepadanya tentang sesuatu. Hukum wajib seperti itu berlaku hanya sekejap sahaja. Kemudian ia ditamatkan. Memberi sedekah sebelum mengadap Nabi s.a.w. dan
bercakap-cakap dengan Baginda tidak lagi merupakan suatu yang wajib, ia hanya dikekalkan sebagai suatu yang mustahab (elok dilakukan) sahaja. Perubahan seperti
itu tidak lebih daripada perubahan sifat hukum semata-mata, ia boleh dikatakan nasakh hanya menurut istilah mutaqaddimin. Adapun menurut istilah muta'akkhirin, perubahan seperti itu masih tidak termasuk dalam bab nasakh. Ia bahkan termasuk dalam bab takhshish (تخصيص).
Menurut al-Marhum Maulana Husain 'Ali yang dianggap sebagai Syeikh at-Tafsir di Pakistan, ayat ke-12 Surah al-Mujaadilah itu dari awal lagi tidak mengandungi
perintah wajib. la dari awal lagi hanya mengandungi perintah yang memberi erti istihbab. Dan hingga ke akhir, perbuatan memberi sedekah sebelum mengadap Nabi
s.a.w. dan bercakap-cakap dengan Baginda dikekalkan sebagai mustahab. Jadi tidak ada ruang langsung untuk dikatakan ia telah mansukh. (Lihat Maulana Ghulamullah
Khan - Taftir Jawahirul Qur'an j.3 m/s 1235).
(20) Ayat ke-20 yang dikatakan telah mansukh oleh sesetengah 'ulama' ialah ayat ke- 1l di dalam Surah al-Mumtahanah. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:
Al-Mumtahanah 60:11
وَإِن فَاتَكُمْ شَىْءٌ مِّنْ أَزْوَٰجِكُمْ إِلَى ٱلْكُفَّارِ فَعَاقَبْتُمْ فَـَٔاتُوا۟ ٱلَّذِينَ ذَهَبَتْ أَزْوَٰجُهُم مِّثْلَ مَآ أَنفَقُوا۟ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤْمِنُونَ
274
Tiada ulasan:
Catat Ulasan