Jumaat, Mac 19, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 20(53)nota 14(335)

Daurah tafsir 2019 sesi 20(53)nota 14(335)

2.Daripada firman Allah (Ayat: 18):لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلْكُبْرَىٰٓ

An-Najm 53:18
لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلْكُبْرَىٰٓ 
Sungguh, dia telah melihat sebagian tanda-tanda (kebesaran) Tuhannya yang paling besar.

Dapat diketahui bahawa pada malam Mi'raj, Nabi s.a.w. tidak melihat Allah, sebaliknya apa yang dilihat Baginda hanyalah tanda-tanda besar kekuasaan Allah.

3. Firman Allah (Ayat:21):أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلْأُنثَىٰ 

An-Najm 53:21
أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلْأُنثَىٰ 
Apakah (pantas) untuk kamu yang laki-laki dan untuk-Nya yang perempuan?

Dikemukakan dalam bentuk soalan, aqidah ciptaan orang-orang Quraisy bahawa para malaikat adalah
anak-anak perempuan Allah dipukul dengan teruk. Ini kerana mereka sendiri menanam hidup-hidup anak-anak perempuan, kemudian berasaskan sangkaan dan agak-agakan semata-mata mereka mengatakan malaikat adalah anak-anak perempuan Allah.

4. Perkataan ٱلظَّنَّ di dalam ayat ke-23 dan ke-28 menjelaskan kepercayaan orang-orang musyrikin adalah karut dan tidak benar kerana ia berasaskan sangkaan dan agak-agakan semata-mata, sedangkan sangkaan tidak berguna sama sekali dalam menegakkan kebenaran.

An-Najm 53:23
إِنْ هِىَ إِلَّآ أَسْمَآءٌ سَمَّيْتُمُوهَآ أَنتُمْ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَٰنٍۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهْوَى ٱلْأَنفُسُۖ وَلَقَدْ جَآءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ ٱلْهُدَىٰٓ 
Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu mengada-adakannya; Allah tidak menurunkan suatu keterangan apa pun untuk (menyembah)nya. Mereka hanya mengikuti dugaan, dan apa yang diingini oleh keinginannya. Padahal sungguh, telah datang petunjuk dari Tuhan mereka.

An-Najm 53:28
وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغْنِى مِنَ ٱلْحَقِّ شَيْـًٔا 
Dan mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti dugaan, dan sesungguhnya dugaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.



5. Firman Allah (Ayat:26): لَا تُغْنِى شَفَٰعَتُهُمْ شَيْـًٔا
Menunjukkan kepercayaan orang-orang musyrikin tentang para malaikat dapat memberi syafa'at juga karut. Firman Allah ini jelas menunjukkan syafa'at para malaikat tidak berguna sama sekali kepada mereka.

An-Najm 53:26
وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ لَا تُغْنِى شَفَٰعَتُهُمْ شَيْـًٔا إِلَّا مِنۢ بَعْدِ أَن يَأْذَنَ ٱللَّهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرْضَىٰٓ 
Dan betapa banyak malaikat di langit, syafaat (pertolongan) mereka sedikit pun tidak berguna kecuali apabila Allah telah mengizinkan (dan hanya) bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia ridhai.



6. Melalui firman Allah (Ayat:24):أَمْ لِلْإِنسَٰنِ مَا تَمَنَّىٰ 

An-Najm 53:24
أَمْ لِلْإِنسَٰنِ مَا تَمَنَّىٰ 
Adakah manusia akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).

Ia menunjukkan bahawa kejayaan di akhirat tidak mengikut kehendak manusia, bahkan kejayaan akhirat itu akan diperolehi sesuai dengan usaha yang dilakukan manusia di dunia, (Ayat: 39):وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ  



An-Najm 53:39
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ 
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan bagi) apa yang diusahakannya;

7. Firman Allah (Ayat: 34):وَأَعْطَىٰ قَلِيلًا وَأَكْدَىٰٓ

An-Najm 53:34
وَأَعْطَىٰ قَلِيلًا وَأَكْدَىٰٓ 
dan dia memberikan sedikit (dari apa yang dijanjikan) lalu menahan sisanya.



335

Tiada ulasan:

Catat Ulasan