Isnin, Mac 22, 2021

Tafsir asas quran nota 9(277)16

Tafsir asas quran nota 9(277)16

lebih mengetahui akan iman mereka: Dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka
kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri) dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami) dan
berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan dantidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang
berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka mas kahwinnya dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu
dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir dan mintalah balik mas kahwin yang kamu telah berikan dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafiritu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Dia hukumkan di antara kamu (dengan adil) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana. (10) 
Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari mas kahwin isteri-isteri kamu yang melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka
berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti mas kahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu
beriman kepadaNya.(11) (al-Mumtahanah: 10-11).

Antara panduan dan pedoman yang terkandung di dalam dua ayat di atas ialah:
(i) Jika terbukti wanita-wanita yang melarikan diri dari Mekah ke Madinah itu Islam setelah diuji, janganlah dikembalikan mereka kepada orang-orang kafir Mekah.
(ii) Antara sebabnya ialah mereka sudah tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri) dan orang-orang kafir itu pula sudah tidak halal bagi mereka (sebagaisuami).
(iii) Pihak pemerintah Islam diperintah Allah agar memberikan kepada suami-suami(yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan sebagai mas kahwin.
(iv) Orang-orang Islam dituntut agar tidak berpegang kepada akad perkahwinandengan perempuan-perempuan yang kekal dalam keadaan kafir.
(v) Orang-orang Islam juga boleh meminta balik mas kahwin yang telah mereka berikan kepada isteri-isteri mereka yang tetap atas kekufuran sebagaimana suami-

277

Tiada ulasan:

Catat Ulasan