Ahad, Mac 28, 2021

Tafsir asas quran nota 9(289)18

Tafsir asas quran nota 9(289)18

seseorang nabi di zaman masing-masing adalah lebih baik daripada mu'jizat yang diberikan kepada nabi sebelumnya, paling tidak pun ia adalah sebanding dan setara dengannya. Al-Qur'an adalah salah satu mu'jizat yang diberikan sebagai ganti mu'jizat-mu'jizat yang pernah diberikan kepada nabi-nabi terdahulu. Ia tentunya lebih baik dan lebih sesuai untuk umat akhir zaman berbanding mu'jizat-mu'jizat yang pernah diberikankepada nabi-nabi sebelum baginda. Ia bahkan lebih baik daripada kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Muhammadsebagai mu'jizat. Al-Qur'an melebihi kitab Taurat dan Injil sebagai contohnya dari
semua segi.

Ayat 106 Surah al-Baqarah itu menurut mereka, diturunkan sebagai bantahan terhadap golongan Yahudi yang meminta Nabi s.a.w. mengemukakan mu'jizat kebendaan seperti yang pernah diberikan kepada Musa dan 'lsa a.s. Apa yang disebut Allah sebagai "yang lebih baik daripadanya" itu ialah al-Qur'an. Ia merupakan mu'jizat yang lebih baik daripada mu'jizat-mu'jizat kebendaan yang mereka minta itu. Kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya adalah zaman ilmu pengetahuan dan penulisan, zaman sains dan kesusasteraan. Tidak seperti zaman NabiMusa a.s. dan umatnya, ia adalah zaman berleluasanya ilmu sihir. Maka wajarlah kalau Nabi Musa a.s. diberikan mu'jizat-mu'jizat kebendaan yang sesuai dengannya. Diberikan kepadanya tongkat sakti yang dapat bertukar menjadi ular dan dapat membelah lautan. Pada lahirnya ia kelihatan seperti sihir juga, cuma ilmu sihir lemah terus apabila berhadapan dengannya. Walaupun begitu, bukanlah bererti al-Qur'an sahaja yang diberi Allah kepada Nabi kita Muhammad sebagai mu'jizat. Mu'jizat kebendaan yang setanding atau lebih kurang serupa dengan yang pernah diberikan kepada Musa dan 'Isa juga diberikan kepadanya. Antara mu'jizat kebendaan yangpernah diberikan kepada Nabi kita ialah keluarnya air dari celah-celah jari-jemari baginda sehingga ia mencukupi untuk berpuluh-puluh orang berwudhu'. Memasukkan kembali mata sahabat yang bernama Qataadah setelah ia tersembur keluar akibat terkena senjata musuh dan ia kembali pulih seperti sediakala, bahkan lebih baik dari sebelumnya dan lain-lain lagi.


Itulah bagi mereka maksud firman Allah di dalam ayat yang sama: "Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya." Semua itu berkait

289

Tiada ulasan:

Catat Ulasan