Tafsir asas quran nota 9(291)18
(c) Siyaq (ayat selepas) dan sibaq (ayat sebelum) bagi ayat 106 juga tidak menyokong pendapat golongan kedua, kerana ayat sebelumnya jelas berbicara tentang Kitab dan
mu'jizat yang diturunkan Allah kepada nabi-nabiNya. Allah berfirman:
Al-Baqarah 2:105
مَّا يَوَدُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ وَلَا ٱلْمُشْرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍ مِّن رَّبِّكُمْۗ وَٱللَّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلْفَضْلِ ٱلْعَظِيمِ
Bermaksud: Orang-orang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik tiada menginginkan diturunkannya sesuatu kebaikan kepadamu dari Tuhanmu. Dan Allah
menentukan siapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberi) rahmat-Nya (kenabian); dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (al-Baqarah:105).
Demikian juga dengan ayat 108 selepasnya. Lihat firman Allah berkenaan:
Al-Baqarah 2:108
أَمْ تُرِيدُونَ أَن تَسْـَٔلُوا۟ رَسُولَكُمْ كَمَا سُئِلَ مُوسَىٰ مِن قَبْلُۗ وَمَن يَتَبَدَّلِ ٱلْكُفْرَ بِٱلْإِيمَٰنِ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ
Bermaksud: Apakah kamu hendak meminta kepada Rasulmu seperti Bani Israel meminta kepada Musa pada zarnan dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan
kekufuran, maka sesungguhnya dia telah sesat dari jalan yang lurus. (al-Baqarah:108).
Melalui ayat ini Allah menempelak orang-orang yang mahukan mu'jizat daripada Rasulullah seperti mu'jizat- mu'jizat yang pernah diberikan kepada Musa dahulu.
Padahal Allah menghendaki mu'jizat al-Qur'an untuk umat ini sebagai ganti mu'jizat-mu'jizat seperti yang pernah diberikan kepada Musa, iaitu mu'jizat-mu'jizat yang
bersifat sementara waktu, mu'jizat-mu'jizat yang lenyap dengan wafatnya rasul Allah.
Senggang empat ayat selepas ayat 108 ini Allah mendedahkan perihal orang-orang Yahudi dan Nashara yang saling menyesatkan satu sama lain. Padahal masing-masing daripada mereka mempunyai kitab (suci dari langit). Tetapi, oleh kerana mereka berpegang dengan kitab yang sudah mansukh dan telah luput tarikh penggunaannya, maka mereka tidak dapat bersatu padu, sebaliknya berpecah belah. Masing-masing menda'wa merekalah ahli syurga. Hanya mereka sahaja yang benar, kerana itu mereka sahajalah yang layak masuk syurga! Lihat firman Allah berkenaan:
291
Tiada ulasan:
Catat Ulasan