Selasa, Mac 30, 2021

Tafsir asas quran nota 9(295)18

Tafsir asas quran nota 9(295)18

Membawa ayat al-Qur'an lain sebagai ganti yang setara dengan yang sedia ada juga suatu perbuatan yang sia-sia. Kerana kalau ia sudah baik, untuk apa digantinya
dengan ayat lain yang sama saja daripada segi kebaikan dengannya?

(f) Rangkai kata أوننسها (atau Kami melupakan manusia kepadanya) yang terdapat didalam ayat yang sama (ayat 106 Surah al-Baqarah) juga akan menimbulkan banyak
kemusykilan jika perkataan Kami "nasakhkan" yang tersebut sebelumnya dipakai dengan erti menasakhkan mana-mana ayat al-Qur'an, terutamanya ayat hukum!
Manusia manakah yang Allah lupakan ayat yang dikatakan telah mansukh itu? Kalau manusia yang dimaksudkan di situ ialah kita para umat, maka jelas sekali tidak benarnya. Kerana semua orang tahu dan ingat ayat yang dimansukhkan, seperti juga ayat yang memansukhkannya. Kalau tidak ingat bagaimana ia boleh disebutkan,
malah dibincangkan?! Jika dikatakan orang yang Allah lupakan dia terhadap ayat al-Quran yang dimansukhkan itu ialah Rasulullah s.a.w. sendiri sebagaimana yang
terdapat dalam sesetengah riwayat, maka ia juga jelas bercanggah dengan kenyataan. Kerana telah dikatakan Nabi s.a.w. sendirilah yang memberitahu tentang
kemansukhannya. Kalau baginda betul-betul telah terlupa, bagaimana baginda dapat menceritakan pula kepada para sahabat?! Selain itu ia juga bercanggah dengan firman
Allah yang memberi jaminan akan menjaga dan mengingatkan Nabi s.a.w. akan apa yang diwahyukan kepadanya! Lihat sebagai contohnya firman Allah berikut:

Al-Qiyamah 75:16
لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ 
Al-Qiyamah 75:17
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ 
Al-Qiyamah 75:18
فَإِذَا قَرَأْنَٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ 
Al-Qiyamah 75:19
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ 
Bermaksud: Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya
(sebelum selesai dibacakan kepadamu). (16).
 Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17). 
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu,dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18). 
Kemudian,sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya(yang memerlukan penjelasan). (19). (al-Qiyaamah: 16-19).

Jika anda memakainya dengan erti "Kami melupakan manusia terhadap mu'jizat yang pernah diberikan kepada mana-mana nabi terdahulu", maka dengan mudah saja ia
akan dapat difahami. Kerana sudah menjadi tabi'i manusia akan terlupa kepada


295

Tiada ulasan:

Catat Ulasan