Selasa, Mac 30, 2021

Tafsir asas quran nota 9(296)18

Tafsir asas quran nota 9(296)18

sesuatu yang telah lampau pada masa lalu yang agak lama. Demikian juga kalau ia dipakai dengan erti "Kami menjadikan mu'jizat yang pernah diberikan kepada nabi
terdahulu tidak begitu diperlukan kerana perubahan zarnan yang telah berlaku. Manusia di zaman kemudian lebih memerlukan kepada mu'jizat lain sebagai gantinya. Dan sebaik-baik gantinya ialah al-quran, satu mu'jizat yang hidup dan akan terus kekal walaupun pembawanya sudah tiada nanti.

Dalil kedua mereka ialah firman Allah berikut:

An-Nahl 16:101
وَإِذَا بَدَّلْنَآ ءَايَةً مَّكَانَ ءَايَةٍۙ وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوٓا۟ إِنَّمَآ أَنتَ مُفْتَرٍۭۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Dan apabila Kami tukarkan satu ayat menggantikan ayat yang lain dan Allah memang mengetahui akan apa yang Dia turunkan, - berkatalah mereka (yang kafir): Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidakmengetahui hakikat yang sebenarnya. (an-Nahl:101).

Kata orang-orang yang menerima konsep nasakh ayat hukum di dalam al-Qur'an, ayat 101 Surah an-Nahl ini jelas menunjukkan adanya penukaran satu ayat dengan ayat
yang lain. Itulah sebenarnya yang dikatakan nasakh. Antara bukti yang menunjukkan perkataan Li yang tersebut di dalam ayat ini ialah ayat al-Qur'an, bukan mu'jizat atau
syari'at yang lalu ialah firman Allah di dalamnya bahawa:والله أعلم بما ينزل Bermaksud:"dan Allah memang mengetahui akan apa yang Dia turunkan". Tentulah apa yang diturunkan oleh Allah itu berupa ayat-ayat al-Qur'an, kerana ayat-ayat al-Qur'anlah yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ayat seterusnya juga membuktikan apa yang diturunkan oleh Allah seperti tersebut didalam ayat 101 itu ialah ayat-ayat al-Qur'an. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

An-Nahl 16:102
قُلْ نَزَّلَهُۥ رُوحُ ٱلْقُدُسِ مِن رَّبِّكَ بِٱلْحَقِّ لِيُثَبِّتَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَهُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ 
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan al-Qur'an itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang
telah beriman, dan untuk menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang Islam. (an-Nahl:102).

296

Tiada ulasan:

Catat Ulasan