Selasa, Mac 30, 2021

Tafsir asas quran nota 9(298)18

Tafsir asas quran nota 9(298)18

Anggapan seperti itu nyata sekali silapnya, kerana Jibril bukan ditugaskan untuk menurunkan ayat-ayat al-Qur'an sahaja kepada Nabi kita Muhammad s.a.w.
Bukankah Jibril pernah turun kepada Nabi s.a.w. sekembalinya baginda daripada berda'wah di Ta'if, dan penduduknya tidak menyambut baik da'wah yang
disampaikan oleh baginda, sebaliknya mereka telah menghina dan memukul baginda?
Pada ketika itu bukankah Jibril berkata kepada baginda: "Ini malaikat yang menjaga bukit-bukau. Ia dihantar oleh Allah untukmu." Lalu malaikat itu berkata, "Jika engkau mahu aku hempapkan saja dua buah bukit besar yang keras ini ke atas mereka, niscaya akan ku lakukan." Tetapi Nabi s.a.w. menghalangnya berbuat begitu, baginda sebaliknya berkata, "Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan daripada sulbi-sulbi mereka orang-orang yang akan menyembah Allah semata-mata dalam keadaan
tidak menyengutukanNya dengan sesuatu yang lain."?

(c) Memang tidak dinafikan bahawa Jibril-lah yang menurunkan ayat-ayat al-Qur'an kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi perkataan آية  yang digunakan di dalam ayat 101
sekarang tidaklah ditujukan kepada ayat tertentu di dalam al-Qur'an, sebaliknya ia bererti al-Qur'an itu sendiri sebagai mu'jizat daripada Allah yang menunjukkan kebesaranNya.

(d) Ayat ini tidak sesuai langsung untuk dikaitkan dengan ayat-ayat hukum yang dimansukhkan, kerana ia merupakan ayat Makkiyyah dan sememangnya ia terletak didalam Surah an-Nahl yang menrpakan salah satu surah Makkiyyah. Sedangkan ayat-ayat hukum secara umumnya diturunkan di Madinah. Ia sepatutnya terdapat di dalam
surah-surah Madaniyyah. Hukum apa agaknya yang telah dimansukhkan di Mekah sehingga perlu diturunkan ayat yang bercerita tentang kewajaran pemansukhannya?!

(e) Perkataan آية yang tersebut di dalam ayat 101 Surah an-Nahl ini lebih sesuai dikaitkan dengan al-Qur'an itu sendiri sebagai mu'jizat yang dipertikaikan oleh
orang-orang kafir pada masa itu. Orang-orang kafir semasa menuntut dan mencabar Nabi s.a.w. mengemukakan kepada mereka mu'jizat-mu'jizat zahir seperti yang
pernah diberikan kepada Nabi Musa dan 'Isa dahulu, jika baginda benar-benar rasul Allah sebagaimana yang dida'wa oleh baginda. Sebagai buktinya lihatlah firman
Allah di bawah ini:

298

Tiada ulasan:

Catat Ulasan