Daurah tafsir 2019 sesi 22(59)nota 16(357)
umumnya ia dianggap sebagai salah satu prinsip utama ekonomi Islam, iaitu Islam tidak suka kekayaan hanya berkisar dan berputar di kalangan orang-orang kaya sahaja.
5. Kedudukan Sunnah dalam perlembagaan undang-undang dan syari'at Islam. وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ۚ (Ayat: 7). Ayat ini jika dilihat dari segi konteks asalnya ialah berkaitan dengan harta fai' yang diperolehi daripada Bani an-Nadhir. Soal pembahagiannya tidaklah harus dipertikaikan kerana pembahagianharta itu tidak seperti harta ghanimah yang diperolehi dalam peperangan Badar yang mana perinciannya telahpun diberikan di dalam Surah al-Anfaal ayat ke-41 dan jika ia dilihat dari sudut
perundangan, maka ia menjelaskan tentang kedudukan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. sama ada berupa qauli, fi'li atau taqriri. Mana-mana yang sahih daripadanya boleh dijadikan landasan untuk perlembagaan, undang-undang dan syari'at Islam. Sumber utama rujukan undang-undang Islam yang berasaskan wahyu ada dua; pertama, al-Qur'an dan kedua, hadits-hadits sahih. Adapun sumber-sumber
yang lain semuanya bukan sumber utama, ia hanya terbit dan terhasil dari dua asas tersebut tadi dan semuanya berasaskan ijtihad manusia yang tidak ma'shum. Perlu sekali dibezakan antara rujukan asasi dan sekunder untuk undang-undang dan syari'at Islam.
Al-Hashr 59:7
مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنْ أَهْلِ ٱلْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ كَىْ لَا يَكُونَ دُولَةًۢ بَيْنَ ٱلْأَغْنِيَآءِ مِنكُمْۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Harta rampasan (fai') dari mereka yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (yang berasal) dari penduduk beberapa negeri, adalah untuk Allah, Rasul, kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan untuk orang-orang yang dalam perjalanan, agar harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah sangat keras hukuman-Nya.
6. Firman Allah وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ (Ayat 1 dan 24) iaitu ayat pertama dan juga terakhir mengandungi 2 sifat Allah iaitu ٱلْعَزِيزُ dan ٱلْحَكِيمُ. Segala-gala yang berlaku terhadap pembuangan negeri Bani an-Nadhir, harta fai' yang diperolehi dari mereka dan lain-lainnya adalah merupakan fenomena 2 sifat Allah tersebut.
Al-Hashr 59:1
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.
Al-Hashr 59:24
هُوَ ٱللَّهُ ٱلْخَٰلِقُ ٱلْبَارِئُ ٱلْمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.
357
Tiada ulasan:
Catat Ulasan