Tafsir asas quran nota 9(302)262
Bermaksud: Kemudian beliau ('Umar) berkata: "Janganlah pula kamu binasa kerana ayat rejam. Jangan pula ada yang berkata: "Kami tidak dapati dua had (sebat dan rejam secara terperinei) di kitab Allah. Kerana Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman rejam dan kami juga telah melaksanakann hukumannya. Demi Tuhan yang berada di tanganNya. Jikalau tidak kerana takut orang berkata : Umar telah menambahkan (sesuatu) di dalam Kitab Allah, niscaya aku menulisnya الشَّيخُ و الشَّيخةُ فارجموهما البتَّةَ
(Maksudnya: Orang tua lelaki dan perempuan, kamu rejamlah mereka secara pasti).
Kerana sesungguhnya kami memang telah membacanya."
Itu bukanlah bermaksud menulisnya sebahagian daripada al-Qur'an. Sebaliknya bermaksud sebagai tafsir secara terpisah daripada teks al-Qur'an.
Buktinya ialah atsar yang dikemukakan oleh Ahmad di dalam Musnadnya sebagai berikut:
ولولا أنْ يقولَ قائلونَ: زادَ عُمَرُ في كتابِ اللهِ عزَّ وجلَّ ما ليس منه، لَكتَبتُه في ناحيةٍ مِن المصحفِ
Bemaksud: Jikalau tidak kerana takut orang berkata, "'Umar telah menambahkan (sesuatu) di d21am Kitab Allah s.w.t., nisca>a aku menulisnya di tepi Mushaf." (Musnad Ahmad j. I m/s 296).
Tetapi isnad atsar ini dha'if kerana dha'if dua orang perawinya, iaitu 'Ali bin Zaid bin Jud'aan dan Yusuf bin Mihraan.
Kalau ia sememang»a sebahagian daripada ayat al-Qur'an, kenapa ia hendak ditulis di tepi oleh 'Umar?
Syeikh Abdul Muta'al al-Jabri di dalam bukunya "an-Nasikh al-Mansukh" menukilkan al-Qadhi Abu BakT al-Baqillani (m.403H) di dalam Kitabnya "al-Intishar Lil Qur'an" bahawa Umar dll yang mendakwa adanya (ayat-ayat) al-Qur'an yang mansukh tilawah adalah riwayat-riwayat aahaad yang tidak boleh dijadikan pegangan." Ini bererti bagi beliau, apa yang disabitkan oleh hadits-hadits aahaad itu adalah tidak tsabit. (Lihat an-Nasikh Wa alNfansukh fit's 49).
Az-Zarkasyi (m.794H) di dalam al-Burhannya berkata, "Al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani di dalam Kitabnya —al-Intishaar" menyebutkan bahawa, "Sekumpulan ulama tidak menerima pembahagian ini (adanya ayat-ayat al-Qur'an yang mansukh tilawahnya sahaja, tidak hukumnya). Kerana hadits-hadits yang menyabitkannya adalah hadits-hadits aahaad. Kita tidak boleh berpegang (dan percaya) tentang turunnya al-Qur'an dan mansukhnya al-Qur'an dengan hadits-
262
Tiada ulasan:
Catat Ulasan