Selasa, April 13, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 22(60)nota 16(359)

Daurah tafsir 2019 sesi 22(60)nota 16(359)

Zaman Diturunkan
Surah al-Mumtahanah diturunkan di antara bulan Zul Qa'dah tahun ke-6 ketika berlakunya perjanjian
damai di Hudaibiyah dan pembukaan Mekah pada tahun ke-8 Hijrah iaitu antara tahun ke-6, ke-7 dan
ke-8 Hijrah. Seorang sahabat yang merupakan salah seorang ahli Badar bernama Hathib bin Abi
Balta'ah telah menghantar sepucuk surat kepada orang-orang Quraisy dengan maksud menyelamatkan
ahli keluargafiya yarlg berada di Mekah. Ia menulis surat itu sebelum berlakunya peristiwa pembukaan Mekah, surat itu ditujukan kepada ketua-ketua orang-orang kafir Quraisy Mekah melalui seorangperempuan. Di dalamnya ia mendedahkan satu rahsia ketenteraan yang sangat penting iaitu Rasulullah s.a.w. telahpun membuat persiapan untuk menyerang Mekah.

Pada ketika itu ramai orang-orang perempuan Islam sampai ke negara Islam di Madinah setelah berhijrah dari Mekah ( دار الكُفر), dan daripada hijrah mereka timbul bermacam- macam persoalan.

Antaranya ialah tentang taraf kenegaraan, kesetiaan mereka kepada negara, soal pertukaran mas kahwin
dan sebagainya. Itu adalah antara masalah yang timbul pada ketika itu.
Dari segi tertib kitabi, Surah al-Hadid terlebih dahulu diturunkan, kemudian Surah al-Mujaadalah,kemudian Surah al-Hasyr dan akhir sekali Surah al-Mumtahanah, sementara dari segi tertib nuzuli pula, Surah al-Hasyr adalah surah pertama yang diturunkan, ia diturunkan pada Rabi'ul Awwal tahun ke-4 Hijrah, kemudian Surah al-Hadid pada di permulaan tahun ke-5 Hijrah. Selepas itu Surah al-Mujaadalah di akhir tahun ke-5 Hijrah dan paling akhir diturunkan ialah Surah al-Mumtahanah, ia diturunkan di permulaan tahun ke-8 Hijrah sebelum berlakunya pembukaan Mekah.

Perkaitan Surah Al-Mumtahanah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah al-Mujaadalah yang lalu, pada ayat ke-14 telahpun dikatakan berkenaan orang-orang munafiq,أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ تَوَلَّوْا۟ قَوْمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم

Al-Mujadila 58:14
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ تَوَلَّوْا۟ قَوْمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مَّا هُم مِّنكُمْ وَلَا مِنْهُمْ وَيَحْلِفُونَ عَلَى ٱلْكَذِبِ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 
Tidakkah engkau perhatikan orang-orang (munafik) yang menjadikan suatu kaum yang telah dimurkai Allah sebagai sahabat? Orang-orang itu bukan dari (kaum) kamu dan bukan dari (kaum) mereka. Dan mereka bersumpah atas kebohongan, sedang mereka mengetahuinya.


Di dalam Surah al-Hasyr yang lalu pula didedahkan bahawa orang-orang munafiq itu tidak benar dan dusta dalam penafian mereka terlibat dalam menyokong orang-orang Yahudi semasa perang (Ayat: 11).

Al-Hashr 59:11
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ نَافَقُوا۟ يَقُولُونَ لِإِخْوَٰنِهِمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ لَئِنْ أُخْرِجْتُمْ لَنَخْرُجَنَّ مَعَكُمْ وَلَا نُطِيعُ فِيكُمْ أَحَدًا أَبَدًا وَإِن قُوتِلْتُمْ لَنَنصُرَنَّكُمْ وَٱللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَٰذِبُونَ 
Tidakkah engkau memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudaranya yang kafir di antara Ahli Kitab, “Sungguh, jika kamu diusir niscaya kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapa pun demi kamu, dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantumu.” Dan Allah menyaksikan, bahwa mereka benar-benar pendusta.



Di dalam ayat terakhir Surah al-Mumtahanah ini pula, orang-orang Islam diperintahkan dengan firman
Allah.

Al-Hashr 59:13
لَأَنتُمْ أَشَدُّ رَهْبَةً فِى صُدُورِهِم مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus

359

Tiada ulasan:

Catat Ulasan