Selasa, April 20, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 22(62)nota 16(363-365)s

Daurah tafsir 2019 sesi 22(62)nota 16(363-365)s

Surah Al Jum'ah
Tertib surah 62
Bilangan ayatnya 11
Bilangan rukuk 2
Surah Madaniyah
Tertib turunnya yg ke 110
Bilangan paragrafnya ada 3
Paragraf 1 ayat 1-3 Tujuan kebangkitan Rasul adalah untuk pembersihan jiwa manusia
Paragraf 2 ayat 4-8 Teguran keras terhadap orang-orang Yahudi dengan ilmu dan keturunan mereka serta tidak takut  mereka kepada pembalasan hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 9-11 Arahan supaya  tidak menjadikan  hari Jumaat  seperti hari Sabtu disisi orang-orang Yahudi  dan perimbangan diantara  agama dan dunia.

Mesej utama 
1.Tujuan utama kebangkitan Rasul yg terakhir Muhamad  saw adalah untuk pembersihan jiwa manusia.
2.Keperluan adanya keseimbangan  diantara kehidupan beragama dan dunia.
3.Mengelak diri  daripada sifat sombong dengan keturunan dan ilmu seperti orang2 yahudi.
4.Bersihkanlah jiwa kamu dengan mengamalkan amalan2 kemasyarakatan dalam agama(seperti perhimpunan pada hari Jumaat)


Zaman Diturunkan
Bahagian permulaan Surah al-Jumu'ah bermula dari ayat 1 hingga 8 diturunkan selepas peperangan Khaibar yang berlaku pada bulan Muharram tahun ke-7 Hijrah. Surah ini diturunkan selepas Abu Hurairah memeluk agama Islam, di dalamnya kesombongan dan keangkuhan orang-orang Yahudi dengan sebab keturunan dan ilmu yang ada pada mereka menerima pukulan yang teruk. Mereka diberitahu bahawa kenabian dan kerasulan bukanlah monopoli bangsa Bani Israil, Rasul yang terakhir telah dibangkitkan dari kalang   أُمِّيِّين iaitu Bani Isma'il. Bahagian kedua surah pula bermula dari ayat 9 hingga ayat 11 besar sekali kemungkinannya diturunkan sebaik sahaja peristiwa hijrah berlaku kira-kira 6 atau 7 tahun sebelum turunnya bahagian pertama surah. Di dalam Surah al-Jumu'ah umat Islam diarahkan beriltizam dengan jama'ah dan membentuk satu komuniti yang kuat, mereka diminta menjauhi sikap dan perangai orang-orang Yahudi.

Kelebihan Surah Al-Jumu'ah
Rasulullah s.a.w. selalu membaca Surah al-Jumu'ah dan Surah al-Munafiqun dalam sembahyang Jumaat.

-عَنْ أَبِيهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْتَخْلَفَ مَرْوَانُ أَبَا هُرَيْرَةَ عَلَى الْمَدِينَةِ وَخَرَجَ إِلَى مَكَّةَ فَصَلَّى بِنَا أَبُو هُرَيْرَةَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَرَأَ سُورَةَ الْجُمُعَةِ وَفِي السَّجْدَةِ الثَّانِيَةِ إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ فَأَدْرَكْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ لَهُ تَقْرَأُ بِسُورَتَيْنِ كَانَ عَلِيٌّ يَقْرَأُ بِهِمَا  بِالْكُوفَةِ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ بِهِمَا
dari 'Ubaidullah bin Abu Rafi' budaknya Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam dia berkata, Marwan mengangkat Abu Hurairah menjadi gubernur Madinah, dan dia keluar menuju Makkah maka Abu Hurairah shalat Jum'at bersama kami dan membaca surat Al Jumu'ah dan dalam sujud yang kedua dia membaca surat Idza ja'akal Munafiqun, 'Ubaidullah berkata, maka saya menemui Abu Hurairah lalu saya bertanya padanya, kamu membaca dua surat yang  yang dibaca oleh Ali di Kufah?, Abu Hurairah menjawab, sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam membaca keduanya.

Sunan Tirmizi, Kitab Jumaat, Bab Bacaan dalam Shalat Jumaat, hadits 519, hadits sahih.

Perkaitan Surah Al-Jumu'ah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah as-Shaff yang lalu telahpun dinyatakan untuk kejayaan umat Islam dalam jihad, mereka
hendaklah berada dalam saf yang rapi selain bersatu padu dan mempunyai perancangan yang jelas. 

Didalam Surah al-Jumu'ah ini pula dinyatakan bahawa umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan al-Qur'an dan as-Sunnah. Mereka juga dituntut membangunkan satu masyarakat yang tersusun rapi dan berdisiplin, jika tidak umat Islam juga akan menjadi seperti orang-orang Yahudi yang diumpamakan dengan keldai yang hanya tahu memikul kitab-kitab tetapi tidak mengetahui apa kandungan dan ajaranya.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Dengan melantik Rasul terakhir dari kalangun أُمِّيِّين  atau Bani Isma'il, pukulan yang teruk diberikan kepada kesombongan dan kebongkakan orang-orang Yahudi yang terlalu berbangga-bangga dengan ilmu dan keturunan mereka (Ayat:2).
2.Perkataan فَضْلُ الله   dua kali digunakan di dalam surah ini, di dalam ayat ke-4 ia digunakan dengan ma'na kenabian dan kerasulan dan di dalam ayat ke-10 pula, ia digunakan dengan ma'na harta kekayaan.

3. 4 Tujuan utama kebangkitan Rasulullah disebutkan, 
3 daripadanya merupakan saluran dan jalan dan
yang keempatnya merupakan matlamat dan tujuan. Membaca ayat-ayat al-Qur'an, mengajar al-Qur'an dan mengajar hikmat, tujuan ketiga-tiganya ialah tazkiah.  
Di dalam tazkiah pula ada 2 maksud, pertama;
memperbaiki serta memperelokkan akhlak dan peribadi, dan yang kedua ialah memajukan diri. 
Tazkiah aqal fikiran ialah dengan memperbetulkan aqidah, tazkiah amalan ialah dengan memilih cara-cara Sunnah dan mengelak daripada Bid'ah, tazkiah niat bererti melakukan segala perkara kerana Allah,tazkiah individu, institusi keluarga dan masyarakat bererti memperelok dan memajukannya sehingga ia naik ke puncak kejayaan.

4. Perkataan ٱلظَّٰلِمِينَ digunakan 2 kali untuk orang-orang Yahudi, mereka terlibat dalam mendustakan ayat-ayat Allah dan banyak melakukan kejahatan-kejahatan yang lain. (Ayat: 5 dan7).

Al-Jumu'ah 62:5
مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُوا۟ ٱلتَّوْرَىٰةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًۢاۚ بِئْسَ مَثَلُ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ 
Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim.

Al-Jumu'ah 62:7
وَلَا يَتَمَنَّوْنَهُۥٓ أَبَدًۢا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِٱلظَّٰلِمِينَ 
Dan mereka tidak akan mengharapkan kematian itu selamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang zhalim.

5. Perkataan  ذِكْرِ ٱللَّهِ  juga 2 kali digunakan di dalam surah ini (Ayat: 9-10). Sembahyang dan khutbah Juma'at juga disebut sebagai  ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ  umat Islam dianjurkan supaya mengingati Allah banyak-banyak walaupun setelah mengerjakan shalat Juma'at.

Al-Jumu'ah 62:9
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan shalat pada hari Jum‘at, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Al-Jumu'ah 62:10
فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Apabila shalat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan