Selasa, April 20, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)272

Tafsir asas quran nota 9(302)272

mereka tidak mengetahui bahawa ia juga telah  dimansukhkan.  Bukan hukurmnya, tilawahnya sahaja, Demikian kata sesetengah orang. Sebahagian yang lain pula mengatakan hukum dan tilawahnya, kedua-dua sekali dimansukhkan. Ia dimansukhkan oleh ayat ke-23 Surah an-Nisaa'. Siapa pula yang menceritakan ayat ke-23 Surah an-Nisaa' itu diturunkan kemudian lagi daripada bahagian kedua atsar 'Aaishah yang dipercayai sebagai yang dimansukhkan tilawahnya sahaja bukan hukumnya itu? Anda tidak akan temui jawapannya baik daripada al-Ouran mahupun al-hadits!!

Zahir atsar itu menunjukkan bahawa lima kali penyusuan yang memansukhkan sepuluh kali penyusuan tidak dimansukhkan bukan sahaja hukumnya malah tilawahnya juga sehingga Rasulullah s.a.w. wafat. Kalau begitu siapa pula yang memansukhkan tilawahnya? Bukankah menurut orang-orang yang menerima konsep nasakh pun, al-Quran itu hanya boleh dimansukhkan selagi Rasulullah s.a.w, masih hidup sahaja? Bagaimana pula ia masih dibaca setelah Baginda meninggal dunia??

Jika diterima tambahan yang terdapat di penghujung hadits dan atsar itu, niscaya orang boleh bertanya, "Kenapa kita tidak dapati ayat itu di dalam Mushafal-Qur'an yang ada sekarang? Kalau ia memang al-Quran sepatutnya ia tertulis di dalam Mushaf. Kalau ia dahulunya memang pernah tertulis dan dipercayai sebagai al-Qur'an, siapa pula yang bertanggungjawab  membuangnya daripada al-Qur'an?

Sejak bila ia mulai terbuang daripada al-Qur'an? Apa buktinya? Adakah pula hadits yang menyatakan Nabi s,a.w. telah memansukhkannya sebelum kewafatan Baginda? Kalau ada, apa statusnya? Hadits itu boleh didapati di dalam kitab hadits mana? Dan sebagainya.

Bermacam-macam persoalan dan kemusykilan akan limbul apabila anda menerima atsar •Aaishah jtu, khususnya bahagian akhirnya? Bukankah ia akan menimbulkan keraguan dan kesangsian manusia terhadap kemutawatiran al-Qur'an yang berada di tangan umat Islam hari ini?

Puncanya tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana anda cuba membuktikan adanya apa yang anda istilahkan sebagai contoh al-Quran yang telah dimansukhkan tilawah dan hukumnya, kedua-dua sekali, atau hukumnya sahaja yang dimansukhkan tidak tilawahnya.

Walaupun ada 'ulama' cuba menta'wilkannya dengan mengatakan sebenarnya    
فَتُوُفِّىَ رَسُولٌ الله صلى الله عليه- وَهنَّ فِيمَا يُقْرَأْ مِنَ القُرْآنِ
                                 
(Setelah itu Rasulullah s.a.w. wafat, dalam keadaan ia termasuk dalam ayat al-Qur'an yang masih dibaca), itu semata-mata untuk menunjukkan ayat yang menyatakan penyusuan sebanyak lima kali masih terus dibaca sebagai al-Quran setelah

272

Tiada ulasan:

Catat Ulasan