Daurah tafsir 2019 sesi 22(62)nota 16(365)
kenabian dan kerasulan dan di dalam ayat ke-10 pula, ia digunakan dengan ma'na harta kekayaan.
3. 4 Tujuan utama kebangkitan Rasulullah disebutkan, 3 daripadanya merupakan saluran dan jalan dan
yang keempatnya merupakan matlamat dan tujuan. Membaca ayat-ayat al-Qur'an, mengajar al-Qur'an dan mengajar hikmat, tujuan ketiga-tiganya ialah tazkiah.
Di dalam tazkiah pula ada 2 maksud, pertama;
memperbaiki serta memperelokkan akhlak dan peribadi, dan yang kedua ialah memajukan diri.
Tazkiah aqal fikiran ialah dengan memperbetulkan aqidah, tazkiah amalan ialah dengan memilih cara-cara Sunnah dan mengelak daripada Bid'ah, tazkiah niat bererti melakukan segala perkara kerana Allah,tazkiah individu, institusi keluarga dan masyarakat bererti memperelok dan memajukannya sehingga ia naik ke puncak kejayaan.
4. Perkataan ٱلظَّٰلِمِينَ digunakan 2 kali untuk orang-orang Yahudi, mereka terlibat dalam mendustakan ayat-ayat Allah dan banyak melakukan kejahatan-kejahatan yang lain. (Ayat: 5 dan7).
Al-Jumu'ah 62:5
مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُوا۟ ٱلتَّوْرَىٰةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًۢاۚ بِئْسَ مَثَلُ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim.
Al-Jumu'ah 62:7
وَلَا يَتَمَنَّوْنَهُۥٓ أَبَدًۢا بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِٱلظَّٰلِمِينَ
Dan mereka tidak akan mengharapkan kematian itu selamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang zhalim.
5. Perkataan ذِكْرِ ٱللَّهِ juga 2 kali digunakan di dalam surah ini (Ayat: 9-10). Sembahyang dan khutbah Juma'at juga disebut sebagai ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ umat Islam dianjurkan supaya mengingati Allah banyak-banyak walaupun setelah mengerjakan shalat Juma'at.
Al-Jumu'ah 62:9
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan shalat pada hari Jum‘at, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Al-Jumu'ah 62:10
فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Apabila shalat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.
365
Tiada ulasan:
Catat Ulasan