Daurah tafsir 2019 sesi 22(62)nota 16(364)
Zaman Diturunkan
Bahagian permulaan Surah al-Jumu'ah bermula dari ayat 1 hingga 8 diturunkan selepas peperangan Khaibar yang berlaku pada bulan Muharram tahun ke-7 Hijrah. Surah ini diturunkan selepas Abu Hurairah memeluk agama Islam, di dalamnya kesombongan dan keangkuhan orang-orang Yahudi dengan sebab keturunan dan ilmu yang ada pada mereka menerima pukulan yang teruk. Mereka
diberitahu bahawa kenabian dan kerasulan bukanlah monopoli bangsa Bani Israil, Rasul yang terakhir
telah dibangkitkan dari kalang أُمِّيِّين iaitu Bani Isma'il. Bahagian kedua surah pula bermula dari ayat 9 hingga ayat 11 besar sekali kemungkinannya diturunkan sebaik sahaja peristiwa hijrah berlaku kira-kira 6 atau 7 tahun sebelum turunnya bahagian pertama surah. Di dalam Surah al-Jumu'ah umat Islam diarahkan beriltizam dengan jama'ah dan membentuk satu komuniti yang kuat, mereka diminta menjauhi sikap dan perangai orang-orang Yahudi.
Kelebihan Surah Al-Jumu'ah
Rasulullah s.a.w. selalu membaca Surah al-Jumu'ah dan Surah al-Munafiqun dalam sembahyang Jumaat.
-عَنْ أَبِيهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْتَخْلَفَ مَرْوَانُ أَبَا هُرَيْرَةَ عَلَى الْمَدِينَةِ وَخَرَجَ إِلَى مَكَّةَ فَصَلَّى بِنَا أَبُو هُرَيْرَةَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَرَأَ سُورَةَ الْجُمُعَةِ وَفِي السَّجْدَةِ الثَّانِيَةِ إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ فَأَدْرَكْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ
لَهُ تَقْرَأُ بِسُورَتَيْنِ كَانَ عَلِيٌّ يَقْرَأُ بِهِمَا
بِهِمَا بِالْكُوفَةِ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ بِهِمَ
dari 'Ubaidullah bin Abu Rafi' budaknya Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam dia berkata, Marwan mengangkat Abu Hurairah menjadi gubernur Madinah, dan dia keluar menuju Makkah maka Abu Hurairah shalat Jum'at bersama kami dan membaca surat Al Jumu'ah dan dalam sujud yang kedua dia membaca surat Idza ja'akal Munafiqun, 'Ubaidullah berkata, maka saya menemui Abu Hurairah lalu saya bertanya padanya, kamu membaca dua surat yang dibaca oleh Ali di Kufah?, Abu Hurairah menjawab, sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam membaca keduanya
Sunan Tirmizi, Kitab Jumaat, Bab Bacaan dalam Shalat Jumaat, hadits 519, hadits sahih.
Perkaitan Surah Al-Jumu'ah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah as-Shaff yang lalu telahpun dinyatakan untuk kejayaan umat Islam dalam jihad, mereka
hendaklah berada dalam saf yang rapi selain bersatu padu dan mempunyai perancangan yang jelas.
Didalam Surah al-Jumu'ah ini pula dinyatakan bahawa umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan al-Qur'an dan as-Sunnah. Mereka juga dituntut membangunkan satu masyarakat yang tersusun rapi dan berdisiplin, jika tidak umat Islam juga akan menjadi seperti orang-orang Yahudi yang diumpamakan dengan keldai yang hanya tahu memikul kitab-kitab tetapi tidak mengetahui apa kandungan dan ajaranya.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Dengan melantik Rasul terakhir dari kalangun أُمِّيِّين atau Bani Isma'il, pukulan yang teruk diberikan kepada kesombongan dan kebongkakan orang-orang Yahudi yang terlalu berbangga-bangga dengan ilmu dan keturunan mereka (Ayat:2).
2.Perkataan فَضْلُ الله dua kali digunakan di dalam surah ini, di dalam ayat ke-4 ia digunakan dengan ma'na
364
Tiada ulasan:
Catat Ulasan