Daurah tafsir 2019 sesi 23(63)nota 16(367)
Zaman Diturunkan
Surah al-Munafiqun diturunkan setelah Rasulullah s.a.w. pulang daripada Ghazwah Bani al-Mushthaliq pada bulan Sya'baan tahun ke-6 Hijrah, ketika itu orang-orang munafiq sedang bercakap-cakap bahawa 'Abdullah bin Ubai (ketua orang-orang munafiq) berkata: 'Orang yang lebih mulia dan lebih kuat ٱلْأَعَزُّ akan mengeluarkan orang yang lebih hina dan lemah ٱلْأَذَلَّۚ dari Madinah. (Ayat: 8). 'Abdullah bin Ubai
telah menganggap dirinya sendiri sebagai ٱلْأَعَزُّ' dun Rasulullah s.a.w. pula diangg apnyasebagai ٱلْأَذَلَّۚ;".
Al-Munafiqun 63:8
يَقُولُونَ لَئِن رَّجَعْنَآ إِلَى ٱلْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ ٱلْأَعَزُّ مِنْهَا ٱلْأَذَلَّۚ وَلِلَّهِ ٱلْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَٰكِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Mereka berkata, “Sungguh, jika kita kembali ke Madinah (kembali dari perang Bani Mustalik), pastilah orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah dari sana.” Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.
Kelebihan Surah Al-Munafiqun
Rasulullah s.a.w. selalu membaca Surah al-Jumu'ah dan Surah al-Munafiqun di dalam shalat Jumaat, tujuan Rasulullah s.a.w. berbuat begitu adalah supaya sampai kandungan kedua-dua surah itu kepada semua orang dan mereka tidak hanya menghafalnya, sebaliknya diharapkan akan beramal dengan segala hukum-hakam dan pedoman yang terdapat di dalamnya. Sahih Muslim, Kitab Jumu'ah, Bab Apa Yang Dibaca Dalam Shalat Jumaat, hadits 2,063.
Perkaitan Surah Al-Munafiqun Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Di dalam Surah al-Jumu'ah sebelum ini telahpun dinyatakan bahawa untuk mengukuhkan negara Islam dan untuk membersihkan jiwa orang-orang yang beriman perlu sekali umat Islam berpegang teguh dengan al-Qur'an dan as-Sunnah, di samping menegakkan perpaduan masyarakat dengan melaksanakan shalat Jumaat dan khutbah Jumaat. Jika tidak umat ini juga akan menjadi seperti'ulama'-'ulama'
Yahudi yang belakangnya memikul kitab tetapi tidak mengamalkan ajaran dan apa yang terkandung didalam kitab. Di dalam Surah al-Munafiqun ini pula dinyatakan bahawa untuk teguh negara Islam dan untuk umat ini berjaya dalam jihad, mereka hendaklah menjauhi sifat nifaq, banyak-banyak mengingati Allah, tidak menunjukkan minat yang berlebihan kepada dunia, sebaliknya mereka hendaklah dengan sukarela dan senang hati berbelanja di jalan Allah.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. (Ayat 7).
Al-Munafiqun 63:7
هُمُ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنفِقُوا۟ عَلَىٰ مَنْ عِندَ رَسُولِ ٱللَّهِ حَتَّىٰ يَنفَضُّوا۟ۗ وَلِلَّهِ خَزَآئِنُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَٰكِنَّ ٱلْمُنَٰفِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ
7. Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka meninggalkannya". Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang
367
Tiada ulasan:
Catat Ulasan