Tafsir asas quran nota 9(302)273
kewafatan Nabi s.a.w. dan kemansukhannya berlaku hanya di saat-sa'at akhir kehidupan Rasulullah s.a.w sehingga terdapat sekian ramai sahabat tidak mengetahui mansukhnya.kerana iłu mereka terus membacanya sebagai alquran ,walaupun selepas kewafatan Baginda. Setelah kewafatan Baginda baru mereka tahu itu telah dimansukhkan tilawahnya sahaja tidak hukumnya melalui sahabat-sahabat ynng mengetahui tentangnya! Setelah mereka mengetahui tentang mansukhnya tidak lagi mereka membacanya sebagai al-Qur'an seperti orang-orang lain yang telah mengetahui tentangnya.
Adalah suatu yang cukup menghairankan apabila anda tidak nampak sebarang kekalutan dan kekecohan berlaku di kalangan sahabat walaupun ada ayat yang mereka baca dan hafal sekian lama dan mereka menerimanya secara mutawatir tiba-tiba dikatakan telah mansukh oleh seorang dua sahabat sahaja. Apakah semudah itu pan sahabat meenerima kemansukhan sesuatu ayat alQuran yang diterima mereka secara mutawatir? Sepatutnya kegemparan demi kegemparan berlaku sebaik mereka mendengar ada ayat tertentu dimansukhkan. Tentu sekali mereka heboh memperkatakannya. Tetapi semua itu tidak ada berlaku. Seolah-olahnya sudah ada pesanan Rasulullah s.a.w. kepada mereka, kalau ada seseorang memberitahu kepadamu tentang mansukhnya sesuatu ayat al-Qur'an, kamu terima sajalah cerita itu. Jangan sekali-kali diheboh-hebohkan!!
Antara Sebab Dan Alasan Kenapa Konsep Nasakh Menurut Istilah Ulama' Mutaakkhirin Tidak Diterima Oleh Sebilangan Besar 'Ulamak Mu'ashirin.
Di bawah ini dikemukakan beberapa alasan dan sebab kenapa sebilangan besar 'ulama' muaashirin dari pelbagai latar belakang dan aliran fahaman tidak mahu menerima konsep nasakh menurut istilah 'ulama' mutaakhirin:
(1) Nasakh merupakan suatu konsep yang menyalahi kedudukan asal alQur'an, Justeru alQur'an diturunkan untuk dijadikan sebagai panduan hidup dan diamalkan. Tiba-tiba ada pula terdapat di dalatnnya ayat-ayat yang tidak boleh diamalkan dan dijadikan panduan hidup! Untuk mengalihkan kedudukan asal al-Quran itu ada dalil terang putus dan tidak menerima ta'wilan, bahawa ayat tertentu sememangnya telah dimansukhkan, Sedangkan di sana tidak terdapat satu pun nas yang qath'i dalalah dan tsubutnya yang menunjukkan kemansukhan mana-mana ayat alQuran.
(2) Menukar dan łnengubuh suatu perkataan dengan suatu perkataan lain atatl membuang teru sesuatu ayat daripada sesebuah buku hanya sesuai dengan manusin, lantaran kekurangan ilmu dan
273
Tiada ulasan:
Catat Ulasan