Daurah tafsir 2019 sesi 23(64)nota 16(369-372)
064.Surah At taghabun.
Ada 2 bahagian.
Bahagian pertama ayat 1-13:penjelasan tentang tauhid.
Bahagian ke2 ayat 13-18:ummul munazimmah(peraturan2 hidup)
Surah At taghabun
Bilangan ayatnya 18
Bilangan rukuk 2
Surah Madaniyah
Tertib turunnya yg ke 108
Bilangan paragrafnya ada 2
Paragraf 1 ayat 1-13 Kesalahan-kesalahan dan jenayah- jenayah musyrikin Mekah dan menyeru mereka kepada aqidah tauhid dan aqidah adanya hari akhirat.
Paragraf 2 ayat 14-18 Arahan kepada orang-orang Islam supaya bersedia berperang dengan saudara-mara dan keluarga mereka yg kafir(menentang Islam).
Mesej utama
1.Kalah menang( التَّغَابُن)diakhirat adalah kalah menang yg sebenarnya.
2.Hendaklah kamu bersikap pemurah dan dermawan untuk akhirat supaya negara Islam menjadi kuat dan kukuh dan supaya perancangan jihad seterusnya menjadi mudah.
Zaman Diturunkan
Besar sekali kemungkinan Surah at-Taghabun adalah surah yang mula-mula sekali diturunkan dengan lengkap selepas Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, ia diturunkan pada tahun 1 Hijrah. Sebelumnya, sebaik sahaja selepas hijrah, beberapa ayat dari Surah al-Hajj telahpun diturunkan iaitu ayat ke-25 hingga 78.
Surah at-Taghabun mendorong dan menggesa orang-orang Muhajirin dan Anshar supaya berinfaq dan berjihad. Walaupun Surah at-Taghabun termasuk dalam surah-surah Madaniyyah tetapi dari segi mizajnya ia menyerupai surah-surah Makkiyyah. Di dalamnya terdapat gesaan dan galakan supaya orang-orang Islam membelanjakan hartanya di jalan Allah (Ayat: 16) dan memberikan .قَرْضًا حَسَنًا (hutang yang membawa pahala yang lumayan) (Ayat: 17).
At-Taghabun 64:16
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ وَأَنفِقُوا۟ خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barang-siapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung.
At-Taghabun 64:17
إِن تُقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَٰعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْۚ وَٱللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ
Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun.
Surah at-Taghabun juga merupakan nasihat kepada orang-orang Muhajirin bahawa sanak saudara dan ahli keluarga, tempat tinggal, harta kekayaan berupa tanah dan lain-lain yang mereka tinggalkan di Mekah merupakan ujian kepada iman mereka (Ayat: 15).
At-Taghabun 64:15
إِنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَٰدُكُمْ فِتْنَةٌۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah pahala yang besar.
Di dalam Surah at-Taghabun tidak ada disebutkan dengan jelas tentang قتال peperangan. Bagaimanapun di dalamnya tersebut jihad dengan harta dalam bentuk infaq demi mengukuhkan negara Islam yang baharu, selain mengemukakan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh orang-orang kafir Quraisy Mekah, sebagai alasan yang mewajarkan mereka diperangi. Orang-orang yang baru memeluk agama Islam difahamkan tentang keharusan dan kewajaran berperang dengan orang-orang kafir Quraisy Mekah.
1. Orang-orang Quraisy menganggap Rasulullah hanya manusia biasa yang tidak layak menjadi Rasul,
kerana itu mereka menolaknya أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا (Ayat:6). Kerana cintakan berhala-berhala yang disembah mereka, orang-orang musyrikin Mekah telah sanggup menghalau Rasulullah dan para sahabat dari bumi Mekah.
At-Taghabun 64:6
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُۥ كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَقَالُوٓا۟ أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا فَكَفَرُوا۟ وَتَوَلَّوا۟ۚ وَّٱسْتَغْنَى ٱللَّهُۚ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَمِيدٌ
Yang demikian itu karena sesungguhnya ketika rasul-rasul datang kepada mereka (membawa) keterangan-ke-terangan lalu mereka berkata, “Apakah (pantas) manusia yang memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka ingkar dan berpaling; padahal Allah tidak memerlukan (mereka). Dan Allah Mahakaya, Maha Terpuji.
2. Orang-orang musyrikin Mekah juga tidak percayakan akhirat, mereka selalu berkata: "Kita sekali-kali tidak akan dibangkit" (Ayat: 7).زَعَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَن لَّن يُبْعَثُوا۟ۚ
At-Taghabun 64:7
زَعَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَن لَّن يُبْعَثُوا۟ۚ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّى لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْۚ وَذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ
Orang-orang yang kafir mengira, bahwa mereka tidak akan dibangkitkan. Katakanlah (Muhammad), “Tidak demikian, demi Tuhanku, kamu pasti dibangkitkan, kemudian diberitakan semua yang telah kamu kerjakan.” Dan yang demikian itu mudah bagi Allah.
Kelebihan Surah At-Taghabun
Surah at-Taghabun termasuk dalam surah-surah المُسَبِّحَات (surah-surah yang dimulakan dengan يُسَبِحُ سَبَّحَ atau سُبْحَان Surah-surah berikut termasuk dalam surah-surah المُسَبِّحَات iaitu Surah al-Hadid, Surah al-Hasyr, Surah as-Shaff, Surah al-Jumu'ah, Surah at-Taghabun, Surah Bani Israil dan Surah al-A'la.
Terdapat satu riwayat menyebutkan:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ الْمُسَبِّحَاتِ قَبْلَ أَنْ يَرْقُدَ وَيَقُولُ إِنَّ فِيهِنَّ آيَةً خَيْرٌ
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. selalu membaca المُسَبِّحَات sebelum tidur dan Baginda berkata: Didalamnya ada satu ayat yang lebih baik daripada 1,000 ayat yang lain". Sunan Tirmizi, Bab Kelebihan al-Qur' an, hadits 2,921 . la adalah hadits hasan.
Kesinambungan Surah At-Taghabun Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Surah al-Munafiqun mengingatkan orang-orang Islam supaya tidak terpedaya dengan perancangan jahat
orang-orang munafiqin, dengan begitu negara Islam akan terus kukuh dan teguh. Di dalamnya juga terdapat galakan dan gesaan supaya berinfaq (berbelanja di jalan Allah). Di dalam Surah at-Taghabun ini pula dinyatakan untuk umat berjaya dalam jihad dan sebelum mereka melangkah ke medan jihad, perlu sekali ekonomi dan kewangan negara diperkukuhkan dan ia hanya boleh tercapai dengan adanya
sifat murah orang-orang Islam.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Untuk menanam aqidah yang benar.
Di dalam surah yang kecil ini dikemukakan beberapa sifat Allah.Tujuannya ialah supaya negara Islam yang baru tertubuh dan warganegara mu'minnya mempunyai aqidah yang sempurna, dan seterusnya ia akan mendorong mereka bersedia untuk berbelanja dan juga berjihad. Allah sebagai tuhan yang tidak mempunyai sebarang kekurangan dan ke'aiban (Ayat: 1), ٱلْمُلْكُ Allah sebagai raja yang sebenar (Ayat: 1), yang layak diberikan pujian (Ayat: 1), قَدِيرٌ yang Maha Berkuasa (Ayat: 1), خَالَقَ tuhan yang Maha Pencipta (Ayat: .2), ;بَصِيرٌ Maha Melihat (Ayat: 2), مُصَوَّرَ yang
memberi bentuk dan rupa bagi segala sesuatu (Ayat: 3), & عَلِيمٌۢ yang sangat mengetahui (Ayat: 4 dan 18),غَنِىٌّ حَمِيدٌ kaya lagi terpuji (Ayat:6), tuhan yang memberi petunjuk (Ayat: 11), tuhan yang layak disembah dan yang Maha Pembela (Ayat: 13), غْفِرْ Maha Pengampun (Ayat:17), شَكُورٌ Maha Tahu
membalas orang-orang yang bersyukur (Ayat: 17), حَلِيمٌ Maha Penyantun (Ayat: 17), عَٰلِمُ ٱلْغَيْبِ maha tahu
tentang perkara-perkara ghaib (Ayat:18), ٱلْعَزِيزُ Maha Perkasa (Ayat: 18), ٱلْحَكِيمُ Maha Bijaksana (Ayat:18).
At-Taghabun 64:1
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۖ لَهُ ٱلْمُلْكُ وَلَهُ ٱلْحَمْدُۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi senantiasa bertasbih kepada Allah; milik-Nya semua kerajaan dan bagi-Nya (pula) segala puji; dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.
At-Taghabun 64:2
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dialah yang menciptakan kamu, lalu di antara kamu ada yang kafir dan di antara kamu (juga) ada yang mukmin. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
At-Taghabun 64:3
خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّ وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْۖ وَإِلَيْهِ ٱلْمَصِيرُ
Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar, Dia membentuk rupamu lalu memperbagus rupamu, dan kepada-Nya tempat kembali.
At-Taghabun 64:4
يَعْلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ
Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati.
At-Taghabun 64:6
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُۥ كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَقَالُوٓا۟ أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا فَكَفَرُوا۟ وَتَوَلَّوا۟ۚ وَّٱسْتَغْنَى ٱللَّهُۚ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَمِيدٌ
Yang demikian itu karena sesungguhnya ketika rasul-rasul datang kepada mereka (membawa) keterangan-ke-terangan lalu mereka berkata, “Apakah (pantas) manusia yang memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka ingkar dan berpaling; padahal Allah tidak memerlukan (mereka). Dan Allah Mahakaya, Maha Terpuji.
At-Taghabun 64:11
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, niscaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
At-Taghabun 64:13
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ
(Dialah) Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakal kepada Allah.
At-Taghabun 64:17
إِن تُقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَٰعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْۚ وَٱللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ
Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun.
At-Taghabun 64:18
عَٰلِمُ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata. Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.
2. Seruan kepada iman dan amal shaleh.
Firman Allah فَـَٔامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ yang terdapat di dalam surah ini merupakan seruan kepada iman dan وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَۚ, juga وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ merupakan seruan kepada keta'atan kepada Allah dan RasulNya. Kedua-duanya adalah perkara yang mesti untuk mengukuhkan jama'ah dan pergerakan Islam.
At-Taghabun 64:8
فَـَٔامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلنُّورِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلْنَاۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Qur'an) yang telah Kami turunkan. Dan Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
At-Taghabun 64:12
وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَۚ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلْبَلَٰغُ ٱلْمُبِينُ
Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul. Jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanah Allah) dengan terang.
At-Taghabun 64:16
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ وَأَنفِقُوا۟ خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barang-siapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung.
3. Hari kalah menang.
Hari kiamat disebutkan sebagai يَوْمُ ٱلتَّغَابُنِۗ, (hari kalah menang) (Ayat: 9).
At-Taghabun 64:9
يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ ٱلْجَمْعِۖ ذَٰلِكَ يَوْمُ ٱلتَّغَابُنِۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعْمَلْ صَٰلِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّـَٔاتِهِۦ وَيُدْخِلْهُ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًاۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ
(Ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan kamu pada hari berhimpun, itulah hari pengungkapan kesalahan-kesalahan. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan kebajikan niscaya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.
4. Selepas menyebutkan tentang kejadian manusia, mereka diberikan kebebasan memilih kepercayaan dan aqidah sama ada mahu menjadi kafir atau mahu menjadi mu'min. (Ayat: 3).
5. Kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh orang-orang musyrikin Mekah dan kewajaran berjihad memerangi mereka.
(a) Orang-orang musyrikin Mekah menganggap kerasulan dan kemuliaan ada pada orang yang sama sebagai suatu yang tidak masuk aqal. Mereka tidak percaya kepada kerasulan Nabi Muhammad (Ayat:6).
(b) Orang-orang musyrikin Mekah juga tidak percaya kepada hari kiamat dan adanya balasan baik dan
buruk di sana. (Ayat:7).
At-Taghabun 64:6
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُۥ كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَقَالُوٓا۟ أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا فَكَفَرُوا۟ وَتَوَلَّوا۟ۚ وَّٱسْتَغْنَى ٱللَّهُۚ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَمِيدٌ
Yang demikian itu karena sesungguhnya ketika rasul-rasul datang kepada mereka (membawa) keterangan-ke-terangan lalu mereka berkata, “Apakah (pantas) manusia yang memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka ingkar dan berpaling; padahal Allah tidak memerlukan (mereka). Dan Allah Mahakaya, Maha Terpuji.
At-Taghabun 64:7
زَعَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَن لَّن يُبْعَثُوا۟ۚ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّى لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْۚ وَذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ
Orang-orang yang kafir mengira, bahwa mereka tidak akan dibangkitkan. Katakanlah (Muhammad), “Tidak demikian, demi Tuhanku, kamu pasti dibangkitkan, kemudian diberitakan semua yang telah kamu kerjakan.” Dan yang demikian itu mudah bagi Allah
At-Taghabun 64:14
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّ مِنْ أَزْوَٰجِكُمْ وَأَوْلَٰدِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَٱحْذَرُوهُمْۚ وَإِن تَعْفُوا۟ وَتَصْفَحُوا۟ وَتَغْفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya di antara istri-istrimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
6. Isteri-isteri atau suami-suami dan juga anak pinak mungkin boleh menjadi musuh kepada satu sama
lain, di dalam surah ini disebutkan tentangnya. (Ayat: 14):
.يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّ مِنْ أَزْوَٰجِكُمْ وَأَوْلَٰدِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَٱحْذَرُوهُمْۚ
Ia menyatakan hakikat bahawa isteri-isteri atau suami-suami atau anak-anak kamu yang berada di Mekah itu boleh jadi musuh kamu.
7. Ujian Allah ada juga pada harta benda dan anak pinak. Surah ini juga menyatakan ujian Allah juga terdapat pada harta benda dan anak pinak seseorang (Ayat: 15).
إِنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَٰدُكُمْ فِتْنَةٌۚ
At-Taghabun 64:15
إِنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَٰدُكُمْ فِتْنَةٌۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah pahala yang besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan