Tafsir asas quran nota 9(302)278
shalat? Adakah shalatnya dikira sah atau tidak, dan adakah ia dikira bersalah atau tidak? Kalau tidak, sampai bilakah ia tidak dikira bersalah? Tidakkah mungkin kecelaruan berlaku di kalangan para sahabat gara-gara tidak mengetahui sesuatu ayat yang telah dihafalnya tiba-tiba diberitahu oleh seseorang bahawa ia telah dimansukhkar??
(14) Tidak ada satu pun hadits marfuk yang sahih atau hasan yang dengan jelas menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda, ayat ini dimansukhkan oleh oleh ayat ini dan ayat ini dimansukhkan oleh ayat ini pula. Kalau pun ada hanya satu hadits yang diriwayatkan oleh ad-Daaraquthni dan al-Baihaqi daripada 'Ali, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
نسخت الزكاة كل صدقة ونسخ غسل الجنابة كل غسل ونسخ صوم رمضان كل صوم ونسخت الأضحية كل
Tetapi hadits ini maudhu'. Di dalam isnadnya terdapat perawi kazzaab. Dialah madaar bagi hadits ini. Harish, Musaiyyib bin Syarik. Para 'ulama' rijaal bersepakat tentang mereka ini adalah perawi kazzaab dan matruk.
(15) Dan banyak lagi kemusykilan, kekeliruan dan kecelaruan fikiran akan berlaku jika diterima konsep nasakh menurut istilah mereka itu, terutamanya yang berkaitan dengan nasakh tilawah.
Para 'Ulama' Yang Tidak Menerima Konsep Nasakh Menurut Istilah Golongan 'Ulama' Usul Muta'akkhirin.
Di kalangan ulama' zaman lampau:
Abu Muslim al-Isfahani dan Imam ar-Razi. Di kalangan ulama' 'Arab zaman muta'akkhir terdapat agak ramai. Antara mereka ada menerima nasakh hukum tetapi dalam jumlah yang sangat kecil.
Dr Mustafa Zaid mengatakan ada lima ayat shj. Dr. Subhi as-saleh mengatakan sepuluh ayat, Dr. Sa'ad Jalal (salah seorang 'ulama' Azhar) mengatakan ada 4 shj. Syeikh Ali Hasan 'Aridh mengatakan ada 5 ayat. Maulana Maududi, Dr. Mustafa Zaid dan Syeikh Abdullah bin as-Shiddiq al-Ghumari menafikan terus adanya nasakh tilawah.
Orang-orang yang menafikan terus nasakh menurut istilah muta'akkhirin di zaman mutakkhir. Antara mereka ialah As-Syeikh Muhammad 'Abduh dan sekian ramai murid-muridnya dari kalangan ulama' al-Azhar, seperti Syeikh Muhammad Rasyid Ridha, Syeikh Thanthawi Jauhari, Abdul Jalil 'Isa, Syeikh al-Maraghi, 'Abdul 'Aziz Jaawesy, Jamaluddin al-Qasimi, dan Iain-lain. Muhammad al-Ghazali, 'Abdul Muta'al al-Jabri, Syeikå Ahmad Hasan al-Baquri, 'Abdur Razzaaq Naufal, Syeikh al-Khudhari Bey, Muhammad al-Ghazali, Syeikh 'Abdul Muta'al al-
278
Tiada ulasan:
Catat Ulasan