Daurah tafsir 2021 kuliah 0001(13)
Ada surah-surah iaitu ‘hamim tujuh’, hanya ada satu Dakwa untuk ketujuh-tujuh surah.
Ada surah yang ada lebih dari satu Dakwa. Sebagai contoh, ayat Dakwa ada tiga dalam
Surah Baqarah.
Selain dari Dakwa utama, Ada surah yang ada tanwirul dakwa, iaitu ‘Dakwa tambahan’. Ini selalunya disampaikan dalam bentuk soalan dan jawapan.
Dakwa umpama biji untuk satu pokok. Semua bahagian lain pokok itu seperti akar, dahan, batang dan sebagainya tentu ada hubungan dengan biji itu. Kerana semua berasal dari biji itu. Oleh itu, semua ayat ada hubungan dengan Dakwa surah itu.
Ada tiga bahagian perbincangan di dalam Dakwa Surah:
A. Tauhid. Allah nak kita kenal Dia. Kalau baca quran tapi tak kenal Allah, tak kena kalau begitu. Oleh kerana itu, kebanyakan surah dalam Quran adalah tentang Allah.
B. Risalah – kerasulan. Cara untuk dapat keredhaan Allah adalah dengan mengikut Rasul.
Hanya dengan cara ini sahaja. Selain dari cara ini ditolak dan akan menyebabkan kemurkaan Allah.
– Sedikit sahaja Dakwa tentang risalah. Hal Risalah banyak diuraikan dalam hadis. Ini juga penting kerana Hadis adalah Wahyu Kedua.
C. Akhirat. Allah nak kita buat persiapan untuk jumpa Dia. Dan Allah hanya berjumpa dengan hambaNya dalam syurga. Iaitu kita dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah redha kepada kita. Kita belajar ayat-ayat Dakwa tentang Akhirat kerana kita kena yakin bahawa ada satu alam selepas mati. Itulah alam yang akan kekal.
– Ayat-ayat tentang Akhirat lebih banyak dari ayat-ayat tentang Risalah. 1/4 dari Quran menceritakan tentang Akhirat. Dan kebanyakan ayat tentang Akhirat ini duduknya di hujung Quran.
Ketiga-tiga perkara ini adalah kesimpulan agama Islam.
Percakapan tentang agama berlegar dalam tiga perkara ini. Kena ada tiga-tiga perkara ini, barulah lengkap agama.
Ketiga-tiga perkataan ini pula dibahagikan kepada dua maf’ul.
A. Kena tahu lawan kepadanya. Sebagaimana kita nak kenal putih, kena tahu hitam.Oleh itu, untuk kita tahu tauhid, kena tahu tentang syirik. Oleh kerana tidak faham
perkara ini, banyak kalangan orang Islam yang belajar tauhid, tapi lintang pukang agama mereka sebab tidak tahu tentang syirik. Maknanya, walaupun mereka dah belajar, tapi mereka gagal juga. Lihatlah kepada Syahadah kita. Perkataan La ilaaha itu maksudnya ‘tolak syirik’. Jadi kena
tolak syirik dahulu sebelum kita dapat faham Tauhid. Kalau tak kemas perkara ini, boleh menyebabkan amalan ibadat semuanya ditolak. Maka sia-sialah amal ibadat kita yang
dibuat bertahun-tahun lamanya. Ini penting sekali kerana syarat amalan diterima adalah pembuat ibadat itu mesti seorang Muslim, bukan? Kalau ada masalah akidah, maka tidak sempurna keislaman seseorang, dan mereka yang tidak sempurna Islamnya, tidak diterima amal ibadatnya.
Dan inilah perkara inilah yang paling dikacau oleh syaitan terhadap hamba. Hal tauhid lah yang mereka akan terkam dahulu. Kerana masalah Tauhid sahaja, amalan semua kosong dan tidak dinilai langsung oleh Allah. Perumpaan Akidah ini adalah ibarat belon. Nak tiup belon, pastikan tidak ada lubang langsung pada belon itu. Kalau ada lubang tidak ditampung, akan ada masalah untuk kita tiup belon dan kumpul udara dalam belon itu. Udara itu adalah ibarat amal ibadat kita. Dan untuk pecahkan belon, cukup dengan satu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan