Sabtu, April 10, 2021

K990.Bantu Anak Berubah.

K990.Bantu Anak Berubah.
.
Kita mahu anak kita berubah.
Dari teruk jadi baik.
Dari baik jadi lebih baik,
Dari lebih baik .. MasyaAllah jadi yang terbaik.
.
Ia tidak boleh berlaku sekali gus.
Hasilnya tidak akan nampak serta merta.
Berikan masa padanya.
Biar sedikit asal menampakkan perubahan semakin baik.
.
Sebagai ibu bapa memang perlukan:
Kesabaran dan
Kebijaksanaan.
.
Dua faktor utama diperlukan untuk dia berubah:
(a) KESEDARAN dan keinsafahan bahawa 
"Aku kena berubah"
"Sampai bila aku nak macam ini?"
"Takkan tidak kesian pada Mak dan Ayah aku kot?"
dan
(b) KEMAHUAN
Apabila ada kesedaran maka timbul keinginan, minat dan kemahuan untuk berubah. Tanpa kesedaran maka tidak akan timbul apa-apa keinginan untuk berubah.
.
Untuk membangkitkan kesedanaran dan kemahuan, sekurang-kurangnya anak kita perlukan tiga perkara untuk memula, mengekal dan merancakkan perubahan.
.
SATU:
Halatuju, cita, impian, matlamat, target ... semua istilah itu merujuk kepada perlunya anak kita menuju ke sesuatu destinasi. 
Ya, ia samar pada mulanya.
Ramai juga ikut-ikutan. Sebab itu apabila bertanya pelajar sekolah rendah, ramai mahu jadi doktor. Ikut saja.
Namun apabila mereka semakin meningkat umurnya, pergaulan semakin bertambah, ilmu semakin menebal dan minda semakin terbuka, cita impian itu akan berubah.
Namun WAJIB ada halatuju berkenaan.
Di sinilah peranan ibu bapa membantu anak membina halatuju berkenaan.
.
DUA
Sokongan sekitaran.
Ibu bapa kena beri sokongan positif.
Abang kakak juga begitu.
Uncle, auntie, nenek pun elok berbuat semikian.
Paling penting ibu bapa kena bantu anak mencari kawan yang "membantu". Usah biarkan mereka bersama kawan yang "membantut"
KETIGA
Kena ada kaedah, teknik, cara yang betul untuk berubah. Jika main hentam saja, buat apa saja yang dikfikirkan sesuai maka kesannya minimum.
Sebagai contoh, jika mahu cemerlang dalam pelajaran, kena tahu strategi belajar yang bersesuaian dan berkesan. Malah jika tahu caranya, handphone dan tablet yang selama ini mengganggu pelajar boleh ditransformasikan menjadi senjata untuk melonjakkan prestasi. Ini kita bincang kemudian.
.
Jadi umumnya perlu tiga perkara
1. Halatuju
2. Sekitaran positif, dan
3. Strategi yang berkesan.
.

Penulis: Dr.Shukri Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan