Daurah tafsir 2019 sesi 22(59)nota 16(355-357)
Surah Al Hasyr
Tertib surah 59
Bilangan ayatnya 24
Bilangan rukuk 3
Surah Madaniyah
Tertib turunnya yg ke 101
Bilangan paragrafnya ada 4
Paragraf 1 ayat 1-5 Kesalahan atau jenayah yg dilakukan oleh Bani Nadir dan hukuman buang negeri terhadap mereka.
Paragraf 2 ayat 6-10 Hukum2 pembahagian harta Fai setelah Banu An Nadhir dibuang negeri.
Paragraf 3 ayat 11-17 Arahan kepada orang-orang munafik supaya memutuskan hubungan dengan orang-orang Yahudi.
Paragraf 4 ayat 18-24 Seruan kepada golongan munafikin supaya memperbetulkan aqidah akhirat dan akidah tentang sifat-sifat Allah.
Mesej utama
1.Golongan munafik yg menentang Allah ,Muhamad dan kerajaan Islam akan menjadi hina.
2.Untuk merawat penyakit nifaq,orang2 munafik perlu tidak bergaul dgn orang2 yahudi.
3.Arahan kepada orang2 munafik supaya memahami dan menghayati makna sifat2 tuhan.
Zaman Diturunkan.
Besar kemungkinan ia diturunkan pada tahun ke-4 Hijrah selepas qabilah Yahudi Banu an-Nadhir dibuang negeri.
Perkaitan Surah Al-Hasyr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Setelah mengemukakan sifat-sifat musuh-musuh dalaman negara Islam yang mengadakan perbincangan sulit dengan maksud jahat dan berkomplot dengan orang-orang Yahudi dan lain-lain, di dalam Surah al-Hasyr ini dikemukakan cara-cara merawat penyakit nifaq. Di dalam Surah al-Mujaadalah yang lalu, pada ayat ke-14 telahpun dikatakan berkenaan orang-orang munafiq, bahawa mereka dimurkai Allah.أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ تَوَلَّوْا۟ قَوْمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم
Al-Mujadila 58:14
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ تَوَلَّوْا۟ قَوْمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مَّا هُم مِّنكُمْ وَلَا مِنْهُمْ وَيَحْلِفُونَ عَلَى ٱلْكَذِبِ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Tidakkah engkau perhatikan orang-orang (munafik) yang menjadikan suatu kaum yang telah dimurkai Allah sebagai sahabat? Orang-orang itu bukan dari (kaum) kamu dan bukan dari (kaum) mereka. Dan mereka bersumpah atas kebohongan, sedang mereka mengetahuinya.
Di dalam Surah al-Hasyr ini pula didedahkan bahawa orang-orang munafiq itu tidak benar dan dusta dalam penafian mereka terlibat menyokong orang-orang Yahudi semasa perang (Ayat: 11). Di dalam Surah al-Mumtahanah akan datang, pada ayat terakhirnya orang-orang Islam diperintah dengan firman Allah.
Al-Mumtahanah 60:13
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَوَلَّوْا۟ قَوْمًا غَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِمْ قَدْ يَئِسُوا۟ مِنَ ٱلْءَاخِرَةِ كَمَا يَئِسَ ٱلْكُفَّارُ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْقُبُورِ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini, sebagai perbandingan dinyatakan sifat-sifat para sahabat Muhajirin dan Anshar yang ikhlas di samping kelebihan dan keutamaan mereka dengan sifat-sifat orang-orang munafiq.
2.Firman Allah وَقَذَفَ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعْبَۚ (Ayat: 2). Ayat ini menyatakan tidak sempat berlaku pun peperangan sebenarnya dengan Bani an-Nadhir, mereka hanya dikepung dan Allah telah menimbulkan rasa gerun dan gentar di dalam hati mereka untuk menghadapi tentera Rasulullah s.a.w., hasilnya harta-harta yang ditinggalkan mereka diperolehi Rasulullah dan para sahabat sebagai harta fai'. Andainya perang berlaku, harta-harta itu tentu menjadi harta ghanimah.
Al-Hashr 59:2
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَخْرَجَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ مِن دِيَٰرِهِمْ لِأَوَّلِ ٱلْحَشْرِۚ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُوا۟ۖ وَظَنُّوٓا۟ أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ ٱللَّهِ فَأَتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا۟ۖ وَقَذَفَ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعْبَۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِى ٱلْمُؤْمِنِينَ فَٱعْتَبِرُوا۟ يَٰٓأُو۟لِى ٱلْأَبْصَٰرِ
Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung halamannya pada saat pengusiran yang pertama. Kamu tidak menyangka, bahwa mereka akan keluar dan mereka pun yakin, benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari (siksaan) Allah; maka Allah mendatangkan (siksaan) kepada mereka dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati mereka; sehingga memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangannya sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan!
3. Firman Allah: ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ شَآقُّوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۖ (Ayat: 4) menjelaskan jenayah yang dilakukan oleh qabilah Yahudi Banu an-Nadhir iaitu mereka telah merancang untuk menghancurkan negara Islam dari dalam. Itulah sebabnya mereka dihukum supaya meninggalkan Madinah dan dibuang negeri.
Al-Hashr 59:4
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ شَآقُّوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۖ وَمَن يُشَآقِّ ٱللَّهَ فَإِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa menentang Allah, maka sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.
4. Salah satu prinsip utama ekonomi Islam diperolehi daripada firman Allah كَىْ لَا يَكُونَ دُولَةًۢ بَيْنَ ٱلْأَغْنِيَآءِ مِنكُمْۚ
(Ayat: 7), walaupun ayat ini pada asalnya berkait dengan hukum-hukum fai' tetapi berdasarkan ma'na umumnya ia dianggap sebagai salah satu prinsip utama ekonomi Islam, iaitu Islam tidak suka kekayaan hanya berkisar dan berputar di kalangan orang-orang kaya sahaja.
Al-Hashr 59:7
مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنْ أَهْلِ ٱلْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ كَىْ لَا يَكُونَ دُولَةًۢ بَيْنَ ٱلْأَغْنِيَآءِ مِنكُمْۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Harta rampasan (fai') dari mereka yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (yang berasal) dari penduduk beberapa negeri, adalah untuk Allah, Rasul, kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan untuk orang-orang yang dalam perjalanan, agar harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah sangat keras hukuman-Nya.
5. Kedudukan Sunnah dalam perlembagaan undang-undang dan syari'at Islam. وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ۚ (Ayat: 7). Ayat ini jika dilihat dari segi konteks asalnya ialah berkaitan dengan harta fai' yang diperolehi daripada Bani an-Nadhir. Soal pembahagiannya tidaklah harus dipertikaikan kerana pembahagian harta itu tidak seperti harta ghanimah yang diperolehi dalam peperangan Badar yang mana perinciannya telahpun diberikan di dalam Surah al-Anfaal ayat ke-41 dan jika ia dilihat dari sudut
perundangan, maka ia menjelaskan tentang kedudukan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. sama ada berupa qauli, fi'li atau taqriri. Mana-mana yang sahih daripadanya boleh dijadikan landasan untuk perlembagaan, undang-undang dan syari'at Islam. Sumber utama rujukan undang-undang Islam yang berasaskan wahyu ada dua; pertama, al-Qur'an dan kedua, hadits-hadits sahih. Adapun sumber-sumber
yang lain semuanya bukan sumber utama, ia hanya terbit dan terhasil dari dua asas tersebut tadi dan semuanya berasaskan ijtihad manusia yang tidak ma'shum. Perlu sekali dibezakan antara rujukan asasi dan sekunder untuk undang-undang dan syari'at Islam.
Al-Hashr 59:7
مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنْ أَهْلِ ٱلْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ كَىْ لَا يَكُونَ دُولَةًۢ بَيْنَ ٱلْأَغْنِيَآءِ مِنكُمْۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Harta rampasan (fai') dari mereka yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (yang berasal) dari penduduk beberapa negeri, adalah untuk Allah, Rasul, kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan untuk orang-orang yang dalam perjalanan, agar harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah sangat keras hukuman-Nya.
6. Firman Allah وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ (Ayat 1 dan 24) iaitu ayat pertama dan juga terakhir mengandungi 2 sifat Allah iaitu ٱلْعَزِيزُ dan ٱلْحَكِيمُ. Segala-gala yang berlaku terhadap pembuangan negeri Bani an-Nadhir, harta fai' yang diperolehi dari mereka dan lain-lainnya adalah merupakan fenomena 2 sifat Allah tersebut.
Al-Hashr 59:1
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.
Al-Hashr 59:24
هُوَ ٱللَّهُ ٱلْخَٰلِقُ ٱلْبَارِئُ ٱلْمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلْأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan