.
Seperti biasa saya dan isteri akan exercise selama satu jam tiap-tiap pagi kecuali ada urusan tertentu.
.
Kelmarin, Sabtu ketika kami berjalan pantas (brisk walking) di Pantai Murni Yan, Kedah kami menghampiri dan berbual dengan tiga pelajar sekolah rendah. Ketiga-tiga adalah pelajar Tahun 6 (12 tahun), rakan satu sekolah.
.
Ketiga-tiga membawa handphone masing-masing. Saya perhatikan, sebahagian besar masa mereka bukan membuat apa-apa exercise tetapi datang ke pantai dan masing-masing mendongak handphone sendiri.
.
Saya dan isteri ambil kesempatan berbual ringkas dengan 3 pelajar berkenaan, dua perempuan dan seorang lelaki berkisar pada soal handphone dan perancangan belajar mereka.
.
(A) Pelajar Pertama (Perempuan):
Hanphone saya punya, saya beli dengan wang simpanan.
Berapa harga ?
RM800.
Ayah kerja apa ?
Drebar lori.
Mak ?
Buat kueh kering krepek
.
Terkejut saya kerana dengan latarbelakang keluarga seperti itu boleh dibelinya handphone dengan harga serupa itu walhal ada banyak lagi jenama yang turut boleh dipakai sekadar harga di bawah RM400 ! Malah itu pun pada saya tidak ada keperluan utk beli dan miliki handphone.
Terfikir saya, takkan ibu ayah biarkan !
.
(B) Pelajar Kedua (Perempuan):
Hanphone emaknya yang belikan.
Emak penjual ubat, ma’jun dan pil kesihatan.
.
(C) Pelajar Ketiga (Lelaki):
Pinjam handphone Mak punya.
Maknya adalah suri rumah dan ayah kerja kampung.
.
Kami kemudian bertanya, apa perancangan selepas tamat sekolah rendah. Ke sekolah mana yang jadi pilihan mereka.
.
Kami mengharapkan mereka berkata mahu ke Sekolah Sains atau MRSM atau SMKA terdekat (SMKA Yan). Namun kesemua menjawab mahu ke sekolah menengah harian berhampiran sahaja. Mereka tidak terfkir pun nak ke sekolah lain yang lebih baik.
.
Mereka langsung tidak yakin boleh ke sekolah elit negara berkenaan kerana prestasi mereka setakat ini “biasa-biasa” saja.
.
Kami tanya lagi, apa cita-cita ?
Kata mereka, tak pasti lagi.
Belum fikir lagi.
Kerja apa pun tak mengapa asal dapat kerja.
.
Apabila ditanya mahu ke kolej atau universiti selepas tamat sekolah menengah, mereka tercengang seolah-olah perkara itu langsung tidak pernah difikirkan. Salah seorang lantas menjawab mahu bekerja selepas tamat SPM. Yang dua langi mengangguk setuju.
.
ULASAN:
Masalah mereka seperti masalah majoriti pelajar lain.
Apa tu ?
Tiada halatuju.
Tiada cita impian.
Tiada matlamat.
.
Mereka ke sekolah seolah-olah “sekadar meramaikan majlis”. Mereka tidak bersalah dalam hal ini. Saya ulang: Mereka tidak bersalah.
.
Mereka masih mentah dan tidak ada orang dewasa yang membimbing mereka perihal memikirkan masa depan.
.
Pada kami ibu bapa mereka barangkali tidak pernah berbicara dengan anak mereka halatuju, masa depan dan cita impian..
.
Ini makna ibu bapa sekadar menyediakan :
- Pakaian / uniform sekolah
- Wang saku
- Buku, beg dan alatulis
- Hantar dan ambil dari sekolah. Kami telah tunai t/jawab Kami.
.
Itu sahaja. Cukup.
Tiada persediaan mental
Tiada berbicara mengenai masa depan
Tiada memupuk kerajinan belajar.
Tidak kisah soal penggunaan masa.
Tiada fokus hal disiplin diri.
.
Ya, ayah salah seorang mungkin drebar lori.
Maknya pula mungkin pembuat kueh kering kerepek.
Namun sekiranya mak dan ayah ambil masa dan selalu berbicara …
.
Pasal masa depan anak mereka
Pasal kemajuan pelajaran anak mereka
Pasal cita-cita anak mereka
Pasal wajar atau tidak anak Tahun 6 membeli handphone bernilai RM800 dengan sendiri
Pasal menasihati dan menegur anak mereka
.
Maka anak berkenaan, InSyaAllah
Akan lebih nampak masa depan
Akan lebih sensitif dengan prestasi akademik
Akan lebih peka mencari sekolah menengah terbaik
Akan lebih berhati2 membelanja RM800 membeli handphone.
.
Maknanya sekiranya IBU BAPA
Lebih peka
Lebih peduli
Lebih aktif
Lebih bersungguh
Lebih sensitif
Lebih beri masa dalam kesibukan
…
Untuk membantu dan membimbing anak dalam pelajaran, maka anak siapa saja …
Anak orang kampung
Anak orang pedalaman
Anak orang miskin
Anak orang kebanyakan
Anak drebar lori
Anak nelayan
Anak penoreh getah
Anak buruh Majlis Bandaran
PUN
Boleh berjaya.
Sudah ramai anak orang kebanyakan
Jadi saintis
Jadi pegawai tinggi
Jadi professor
Jadi usahawan ternama
Jadi “somebody”.
.
Justeru peranan ibu bapa TERAMAT PENTING dalam membantu anak cemerlang dalam pelajaran.
Dr Syukri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan