Ahad, April 11, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)263

Tafsir asas quran nota 9(302)263

hadits aahaad yang tidak harus dijadikan hujah dalam perkara (seperti) ini" (Al-Burhaan Fi 'Ulum al-Quran j.2 m/s 40).

Abu 'Abdillah bin Zafar bin Muhammad as-Shiqli (rn.568H) juga menolak hadits 'Umar itu dengan kata beliau: "Hadits aahaad tidak rnenyabitkan al-Quran." (Lihat 'Abdul Mutzŕal al-Jabri - an-Nasikh Wa al-Mansukh m/s 49).

Abu Ishaq as-Syirazi (m.476H) di dalam al-Luma'nya menulis, "Sekumpulan ulama berkata: ''Tidak harus dinasakhkan tilawah di samping dikekalkan hukumnya. Kerana hukum mengikut tilawah. Maka tidak harus yang asal (tilawah) hilang dan yang mengikut pula kekal. (Lihat alLuma' Fi Usul al-Fiqh m/s 58).

Ă Allamah Rasyid Ridha berkata: ”Adapun dalil tentang berlakunya (mansukh tilawah ayat sahaja, tidak hukum yang terkandung di dalamnya) ialah beberapa riwayat daripada sahabat. Walaupun isnadnya disahihkan oleh tokoh seperti Bukhari, namun matannya tetap mengandungi kemusykilan seperti beberapa hadits lain di dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan selain keduanya. "

Beliau juga berkata: "Ringkas ceritanya ialah tidak ada satu pun hadits yang sahih sanadnya berhubung dengan perkara ini selain daripada kata-kata  Umar berhubung dengan الشيخ والشيخة إذا زنيا . Dan ia (hanya) merupakan riwayat aahaad... Saya tidak menganggapnya sahih, walaupun ia diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. (Lihat as-Syeikh Muhammad Rasyid Ridha — Majallah al-Manaar j.7 m/s 612, Tamir Muhammad Mahmud Mutawalli - Manhaj asSyeikh Muhammad Rasyid Ridha Fi al-' Aqidah m/s 120).

Ayat الشيخ والشيخة إذا زنيا  yang dikatakan sebagai ayat al-Qur'an yang tetapi dimansukhkan tilawahnya tetapi hukumnya tetap kekal itu jika diperhatikan dengan saksama niscaya akan kelihatan kepada anda k'elemahan ertinya dan juga ketidaktetapan lafaznya. Di bawah ini dikemukakan beberapa versinya yang berbeda-beda menunjukkan ketidaktetapan lafaznya, dan ini secara tidak langsung membuktikan ia bukan al-Quran. Di dalam riwayat-riwayat ahli asSunnah sahaja terdapat 13 versinya. Di dalam riwayat-riwayat Syi'ah pula terdapat 12 versinya.
Berikut adalah 13 versinya yang terdapat di dalam riwayat-riwayat ahli as-Sunnah:
الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما ألبتة
إذا زنى الشيخ والشيخة فارجموهما ألبتة

263


Tiada ulasan:

Catat Ulasan