K994.5 cara mudah elak marah anak.
Kita tahu kesan marah anak akan berpanjangan.
Kesan kecederaan disebabkan adalah berpuluh tahun,
5 CARA
Cara 1
-Tarik nafas panjang dan hembus sekurang-kurangnya satu kali.
-Bila tarik nafas, anda pause 3 saat .
-Bila tarik nafas ,anda memberikan oksigen pada otak anda sebab anda nak 'move'kan otak emosi dilevel tengah ke otak rasional. Banyak kajian telah buktikan bila kita tarik nafas dan berikan oksigen pada otak kita, kita akan lebih relaks dan rasional. Jadi marah akan berkurangan semasa diserang rasa nak marah.
CARA 2.
-Tanyakan soalan cepumas pada anak.
-contoh
1.jika anak nama Ani. Ani buat apa tu?
2.jika mainan bersepah satu rumah.
Peristiwa buku dah susun eluk-eluk , saya pergi dan datang balik, buku dah bersepah penuh satu ruang. Masa tu almari buku baru beli. Apa yang dibuat?
-tarik nafas.
- kemudian duduk sama level dengan anak dan tanya soalan cepumas. Soalan cepumas;
Fateh buat apa tu?
Kita akan mendapatkan jawapan yang sangat-sangat comel . Sangat comel bermakna sangat lojik untuk umur dia. Semasa itu umurnya 2 tahun lebih. Jawapannya; Fateh nak cari buku ni. Rupanya baru saya(ibu) tersedar saya silap rak buku sebaiknya gambar nya boleh nampak kat depan. Jika kita susun "nipis-nipis" jadi susun sangat ketat, anak cari buku dan ambil dengan tarik,kemudian salah ,dia cari buku lain lagi.
-pernah juga main bersepah, saya (ibu) tarik nafas dan duduk sama level ,tanya soalan cepumas . Rupanya satu imaginasi yang sangat cute ,ada ini dan ada itu. Dan bila kita duduk sama level kita tengok kesepahan itu adalah sesuatu yang sangat best. Sebab anak tidak bekerja lagi, bawah umur 4 tahun tak pergi sekolah. Jadi kerjanya ialah main dan buat sepah serta conteng. Kalu tak sepah bukan kanak- kanak..dan saya risau.. Cuma kena latih cara nak kemas dan sebagainya.
CARA 3.
Kita senyum selebar-lebarnya sampai ke telinga naik
Cuba senyum dan nampak cantik !
Sebenarnya bila kita senyum kita telah berjaya merembeskan hormon anti stress pada otak kita.
Bila nak marah saja ,Maznah kata senyum selebar-lebarnya.
Biasanya tak jadi marah.
CARA 4.
Tak payah tengok bila anak buat susu sendiri dan nak makan sendiri.
Sebab kalu tengok ada rasa nak marah.
Biarkan anak buat kerja yang dibenarkan tanpa tengok apa yang anak buat.
Tengok dihujung kerjanya dan baru kemas .
Yang penting pastikan keadaannya selamat .
CARA 5.
Tutup mulut kita dan terus buat apa yang patut kita lakukan.
Apa yang berlaku kita buat modeling
Contoh tutup mulut dan kutip beras
Contoh tutup mulut dan sapu air yang tumpah.
Anak umur setahun lebih dia pegang cawan tumpah , kita lap.
Bila nak dekat umur 2 tahun, air tumpah dia akan lap.
Bila umur anak 4,5 atau 6 tahun, bila tumpah dia akan lap lagi canggih yaitu dia boleh ambil mop pula insyallah.
5 cara marah yang selamat ini kerana kita ingin jadi ibubapa yang positif dan menyokong perkembangan sihat anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan