Khamis, April 22, 2021

K995.TINGKATAN 1 HANTAR KE ASRAMA !!KINI ANAK NANGIS NAK BALIK ….

K995.TINGKATAN 1 HANTAR KE ASRAMA !!
KINI ANAK NANGIS NAK BALIK …
.
Ini mesej dari Ibu AHM.
“Assalamualaikum dr. Sy nak minta pandangan dr, adakah wajar tindakan saya ini bila sy mengambil keputusan untuk hantar ank tinggal di asrama ( baru masuk ting 1) memandang bila di rumah di agak culas untuk belajar dan sering bermain talifon( kt rumah ad wifi).
.
Saya berpendapat jika di asrama ank akan lebih berdisiplin dan lebih fokus utk belajar. Semalam saya ad melawat anak, dan dia menangis2 katanya tidak mahu tinggal di asrama sbb kita buat banyak bnda. Mohon pandangan dr, serba salah saya. Talifon dirumah sy bgi sbb masa pkp hr tu dia pdpr”
.
Salam Ibu AHM:
Sama ada wajar atau tidak hantar anak ke asrama pada usia Tingkatan 1, ia terletak kepada beberapa faktor.
.
Kalau anak dihantar ke sekolah elit tertentu seperti Sekolah Sains, SMKA, Integrasi atau MRSM maka ada juga alasan untuk tidak melayan tuntutannya pulang sebab sememangnya bukan anak Puan sahaja, banyak lagi anak orang lain yang seperti anak Puan nak keluar dan balik ke rumah.
.
Cuma berikan masa pada mereka lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri khusus apabila berjumpa dan bermesra dengan kawan baru, mula menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di asrama dan juga apabila mereka semakin sibuk dengan kerja-kerja sekolah, maka fikiran untuk balik ke rumah semakin reda sedikit demi sedikit.
.
Cuma yang kurang wajar ialah Puan mahukan “asrama mendisiplinkan anak puan” dan “Puan berharap di asrama dia akan lebih fokus belajar”. Sebenarnya, ini semua telah diterapkan oleh ibu bapa.
,
Mengikut Sayyidina Ali, usia 1-7 tahun bermanjakan dengan anak, usia 8-14 tahun mendisiplinkan anak. Kalau Puan terapkan disiplin diri dan dan disiplin belajar semasa dia di sekolah rendah, maka keperluan untuk hantar anak ke asrama semasa Tingkatan 1 tidak timbul sebenarnya.
.
Seeloknya orang pertama mendisiplnkan anak BUKAN ASRAMA tetapi IBU BAPAnya sendiri. Silap tu mengharapakan pihak lain disiplinkan anak kita dan tangani anak kita yang malas belajar. 
.
Tidak semua sekolah - elit atau harian, malah tahfiz - berjaya mendisiplinkan anak yang tidak didisiplinkan pada awalnya oleh ibu bapa sendiri. Ini sebab mereka ada ramai pelajar utk dijaga. Nisbah guru : pelajar tinggi.
.
Rumusannya, kalau anak Puan berada di sekolah elit seperti yang dinyatakan di atas maka mungkin biarkan dia di sama tetapi kalau dihantar ke sekolah harian biasa yang ada kemudahan asrama, mungkin fikirkan kemungkinan untuk dia berulang alik. Puan yang patut disiplinkan dia dan bantu dia fokus pada pelajaran. Letih, memang letih (semua ibu dan ayah yang mahu anak berjaya kana lalui “fasa letih”) … itu satu norma biasa bagi ibu dan bapa yang peduli akan kecemerlangan anak.
.
Cuma kalau dia beriya-iya mahu balik ke rumah sebab di rumah bebas boleh main hphone maka itu cerita lain pula. Buat peraturan tentang penggunaan hphone. 
.
Isu ini selalu saya pos dalam FB. Ramai ibu bapa tidak tegas dalam penggunaan hphone. Anak akan guna alasan guna hphone untuk pembelajaran. Kalau ibu bapa check, 20% untuk pembelajaran, 80% untuk hiburan KECUALI ibu bapa tegas dan anak tahu mereka sentiasa dipantau. TEGAS dengan PERATUARN Hphoen. Kalau nak info lanjut tunggu 2 buku (buku fizikal, bukan ebook) saya , satu mengenai cara tangani salah guna hphone dan satu lagi cara menggalakkan anak bijak guna hphone).
.
Akhir sekali. Saya tidak bagi jawapan direct “wajar” ke “tidak wajar ke”. Puan yang kena renung setel;ah saya bagi gambaran umum di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan