Khamis, April 22, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)274

Tafsir asas quran nota 9(302)274

keterbatasan ma'lumatnya. Keadaan itu sama sekali tidak layak dengan Allah yang Maha Mengetahui dan meliputi ilmuNya. Adalah tidak pelik dan masih dikira biasa Iagi kalau seseorang sasterawan atau pakar bahasa menukar sesuatu perkataan yang telah digunanya dengan perkataan lain setelah disemak dan dinilainya kembali. Tidak pelik juga kalau ia membuang satu ayat atau satu perenggan sekalipun daripada bukunya pada edisi-edisi terkemudian. Tetapi perkara seperti itu tidak dapat diterima akal yang waras kalau dikatakan telah berlaku kepada al-Qur'an, Kitab suci yang terakhir daripada Allah s.w.t. kepada manusia, Kitab suci yang memansukhkan segala kitab suci lain sebelumnya. Kitab suci yang dijamin terpelihar hingga ke hari kiamat.

(3)Jika diterima konsep nasakh seperti itu, niscaya dapatlah musuh-musuh Islam menjadikannya sebagai modal untuk mengkritik al-Qur'an dan menuduh al-Qur'an hanya tulisan dan karangan Muhammad. Mereka boleh saja berkata, "Setelah Muhammad menilai kembali ayat-ayat yang telah disusunnya, lalu ia mendapati sebahagian daripada perkataan-perkataannya atau sebahagian daripada ayat-ayatnya tidak begitu kemas dan menarik, ia menda' wa perkataan-perkataan dan ayat-ayat itu dimansukhkan. Dan ia digantikan dengan yang lain."

(4)Jika diteliti dengan saksama, ayat-ayat al-Qur'an yang dikatakan telah mansukh tilawahnya itu langsung tidak senada dengan gaya bahasa al-Qur'an yang terdapat di dalam Mushaf yang tersebar hingga ke hari ini. Air bahasanya tidak selari dengan air bahasa al-qur'an. Paling tinggi pun ia lebih mirip dengan hadits, bukan dengan al-Qur'an.

(5)Sesetengah daripada susunannya bercanggah terus dengan susunan al-Qur'an yang ada di tangan kita. Sebagai contohnya firman Allah berikut:
Para 'ulama' mengatakan antara sebab dan hikmat perkataan didahulukan daripada perkataan  الز انية ialah untuk menyatakan perzinaan lebih banyak berlaku kepada perempuan berbanding lelaki, terutamanya dalam masyarakat arab semasa itu, Akibat perzinaan juga lebih teruk dan jelik nyatanya pada orang-orang perempuan.

Susunan yang terdapat pada ayat ini berbeza sama sekali daripada susunan pada ayat yang dikatakan telah mansukh tilawahnya, iaitu: الشيخ والشيخة إذا زنيا . kerana di dalamnya penzina lelaki disebut dahulu daripada penzina perempuan. Perbezaan susunan ini seolah-olahnya menunjukkan susunan perkataan-perkataan di dalam al-Qur'an itu berlaku secara kebetulan sahaja tanpa ada sesuatu sebab dan hikmatnya. Sedangkan bukan begitu kedudukan sebenarnya. Yang sebenarnya ialah setiap susunan perkataan al-Qur'an telah ditentukan oleh Allah dengan penuh hikmat.

274



Tiada ulasan:

Catat Ulasan