Tafsir asas quran nota 9(302)261
dalamnya pula diperakui baginda. Tidak adanya teks seperti itu di dalam Kitab Taurat yang ada sekarang tidak boleh dijadikan bukti kepada kepalsuan riwayat yang dikemukakan oleh atThabari itu, kerana sebagaimana diketahui semua orang, Kitab Taurat yang ada hari ini telah mengalami banyak sekali penyelewengan dan tokok tambah oleh pelbagai pihak tidak bertanggungjawab.
Setelah itu Maulana Muhammad Taqi al-A Utsmani mengemukakan pula tiga hadits sebagai dalil ayat itu bukan sebahagian daripada ayat al-Qur'an. Salah satunya adalah hadits berikut ini:
عن خالته العجماء قالت سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
الشَّيخُ و الشَّيخةُ الزانيةُ إذا زنَيا فارجموهما البتَّةَ إذا زنيا فارجموهما بما قضيا من اللذةِ
Maksudnya: Berkata al-'Ajmaa', "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
الشَّيخُ و الشَّيخةُ الزانيةُ إذا زنَيا فارجموهما البتَّةَ إذا زنيا فارجموهما بما قضيا من اللذةِ
Orang tua lelaki dan perempuan kalau berzina, maka pastilah kamu merejam mereka disebab mereka telah memuaskan nafsu). (Hadits riwayat at-Thabaraani di dalam al-Mu'jamu al-Kabirj.24 m/s 350).
Hafiz Ibnu Hajar mengemukakan hadits ini di dalam at-Talkhis al-Habirj.4 m/s 51 dan al-Ishabah j.4 m/s 352 tanpa mempertikaikannya. Setelah al-Haitsami mengemukakannya di dalam Majma' az-Zawa'id j.6 m/s 265, beliau berkata, "Perawi-perawinya adalah perawi-perawi sahih."
Hadits ini jelas menunjukkan apa yang dianggap sebagai ayat rejam itu dinukilkan oleh al'Ajmaa', seorang sahabat perempuan Nabi s.a.w. sebagai sabda Baginda, bukan sebagai ayat alQur'an.
Kata-kata Saiyyidina 'Umar yang dinukilkan oleh Malik di dalam Muwatha' seperti telah dikemukakan sebelum ini bahawa:
...ثم قال:إيَّاكُم أنْ تَهلِكوا عن آيةِ الرجمِ، [وأن يقولَ قائلٌ:] لا نجِدُ حدَّيْنِ في كتابِ اللهِ، فقد رجم رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم ورجمنا ، والذي نفسي بيده لولا أن يقول الناس زاد عمر نب الخطاب الله تعالى لكتبتها
الشَّيخُ و الشَّيخةُ فارجموهما البتَّةَ -فإنا قد قرأناها
261
Tiada ulasan:
Catat Ulasan