Jumaat, April 16, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)268

Tafsir asas quran nota 9(302)268

ayat yang dianggap telah dimansukhkan itu sudah tidak benar kandungannya atau tidak boleh dipakai lagi isinya? Ini adalah suatu yang bukan sahaja menggugat kemutawatiran al-Qur'an, malah menggugat juga akidah. Kerana Allah sendiri seolah-olahnya telah mendustakan ceritanya yang pernah terkandung di dalam al-Qur'an!!

Sesetengah ulama' memilih jalan ta'wil dałam menghadapi hadits ini. Menurut mereka, kata-kata Anas أَنَّهُمْ قَرَءُوا بِهِمْ قُرْآنًا  atau قَرَءُوا فِيهِمْ قُرْآنًا itu bukanlah bermakna أَلَا بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا بِأَنَّا قَدْ لَقِيَنَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا adalah benar-benar ayat al-Qur'an, malah perkataan قُرْآنًا di situ dari segi i'rabnya dinashabkan dengan sebab dibuang sesuatu yang mengkhafadhkannya. Ertinya perkataan itu adalah منصوب بنزع الخاففض. Anda boleh mentaqdirkan sebelumnya sama ada ك (harf jar), dan dengan itu ia akan menjadi كقرآن , atau مثل  sebagai mudhaf, dan dengan itu ia akan menjadi مثل قرآن. Maksud kedua-duanya sama iaitu seperti atau macam al-Qur'an. Maka maksud kata-kata Anas itu ialah mereka (para sahabat) atau kami (para sahabat) pernah membaca أَلَا بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا بِأَنَّا قَدْ لَقِيَنَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا
itu seperti atau macam (kami membaca) al-Qur'an.
Ini kerana sesuatu perkara yang dianggap amat penting, diajar oleh Nabi s.a.w. kepada para sahabat sebagaimana Baginda mengajar mereka al-Qur'an. Sebagai contohnya lihat saja kata-kata Ibnu 'Abbaas ini:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا التَّشَهُّدَ كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ فَكَانَ يَقُولُ التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kami hasyahhud” seperti mana Baginda mengajarkan kepada kami al-Qur'an. Kata Baginda:التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
(Hadits riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, al-Bazzaar dan lain-lain).

Di dalam al-ltqaan tersebut beberapa lagi riwayat yang menyatakan terdapat ayat tertentu yang dimansukhkan tilawahnya, walaupun ia bukan merupakan ayat hukum. Malah terdapat juga beberapa riwayat yang menyatakan surah tertentu, seperti Surah Ahzab sebelum dimansukhkan adalah lebih kurang sama panjangnya dengan Surah al-Baqarah. Tetapi tidak pula țersebut di dalamnya tentang ayat-ayat naasikhnya. Riwayat-riwayat iłu boleh dikatakan semuanya bermasalah. Jika ada pun yang sahih, tetap juga tidak boleh dijadikan hujah dalam persoalan seperti ini. Kerana ia tentunya menggugat kemutawatiran al-Qur'an. Sedangkan ia tidak lebih

268

Tiada ulasan:

Catat Ulasan