Isnin, April 19, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)271

Tafsir asas quran nota 9(302)271

Maksudnya: Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara- saudaramu yang perempuan. saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudara yang perempuan;[ ibu-ibumu yang menyusuimu], saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nisaa':23).

Ayat ke-23 Surah an-Nisaa' ini menyatakan siapakah mahram bagi seseorang lelaki (demikian juga sebaliknya). Perhatikan bahagian yang dalam[   ]  . Allah hanya menyebutkan "ibu-ibumu yang menyusuimu". Allah tidak pula menyebutkan berapa kali penyusuan menyebabkan tsabitnya penyusuan yang seterusnya menjadikan seseorang sebagai anak susuan atau ibu susuan bagi seseorang. Ayat ini menyebutkan secara mutlaq "ibu-ibumu yang menyusuimu”. Bukankah penyusuan boleh berlaku sekurang-kurangnya dengan hanya satu kali sahaja? Kalau begitu, kata mereka (kalangan 'ulama' Hanafiyyah dan golongan lain yangb sependapat dengan mereka), satu kali penyusuan yang mengenyangkan sudah cukup untuk menyabitkan mahramiyyah (hubungan mahram) di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Bukankah ayat 23 ini ada di dalam al-Qur'an hingga ke hari ini? Maka semestinya ia memansukhkan semua bilangan penyusuan yang lain, sama ada lima kali atau sepuluh kali. lnilah ayat yang merupakan naasikh bagi ayat yang disebut di dalam atsar 'Aaishah tadi, jika ia diterima sebagai pernah merupakan ayat al-Qur'an. Jika ia diterima sebagai hadits sahaja pun, tetap juga ia mansukh dengan ayat 23 Surah an-Nisaa' ini. Demikian kata mereka.

Cuma satu perkara yang semestinya diterima oleh golongan yang menerima atsar 'Aaishah tersebut sebagai bukti tentang adanya apa yang dinamakan ayat yang mansukh tilawah dan hukumnya iaitu yang mengandungi bahagian yang dimansukhkan dan bahagian yang memansukhkan. Bahagian yang memansukhkan itu pula kemudiannya dimansukhkan oleh ayat lain!  عشر رضعات(sepuluh kali penyusuan) merupakan bahagian pertamanya. la dimansukhkan dengan yang خمس رضعات
yang  merupakan  bahagian keduanya. Bahagian keduanya yang merupakan naasikh bagi bahagian pertama pula kemudiannya dimansukhkan oleh ayat ke-23 Surah an-Nisaa' yang dikemukakan tadi. Bagaimana ayat ke-23 boleh memansukhkan bahagian kedua atsarAaishahs pada hal ia dikatakan ketika wafat Rasulullah s.a.w. masih lagi dibaca orang, Justeru

271

Tiada ulasan:

Catat Ulasan