Khamis, April 29, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)279

Tafsir asas quran nota 9(302)279

Jabri, Dr Ali Jumaah, Syeikh Dr Ahmad Hijazi as Saqqa(salah seorang ulama Azhar), Dr Abdul Karim al-Khathib. Dan ramai lagi yang lain.

Dikalangan  ulama di benua kecil  India pula yang menafikan terus wujudnya ayat al Quran  yang mansukh menurut istilah mutaakhirin ialah Maulana Ubaidullah Sindhi dan muridnya Syeikh at Tafsir Maulana Ahmad AlibLahori, Maulans Husin Ali Alwani dan muridnya, Syeikh at-Tafsir Maulana Gulamullah Khan, Maulana Anwar Shah al-Kashmiri dan ramai lagi yang lain.


(18) Mengelakan Diri  Tafsir yang Sesat
Usul ke-18 ini  mengelakkan diri daripada tafsir ahli bidah atau golongnn-golongan yang sesat الا جتناب عن تفسير الفرق الصالة dan juga golongan-golongan Islam  di zaman moden yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah bukun Islam.

Ahli bid'ah atau golongan-golongan yang sesat adalah orang-orang yang mengaku beragama Islam. sedangkan 'aqidahnya terpesong dan terseleweng daripada ajaran Islam sebenar. Mereka terdiri daripada golongan Khawarij, Syi'ah-Syi'ah yang melampau (Rawafidh), Jahmiyyah. Mutazilah, Qadariyyah, Jabriyyah,Murji'ah, Batiniah, Anti hadits dan lain-lain.

Golongan-golongon Islam di zaman moden yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah bukan Islam pula mungkin terdiri daripada pendokong-pendokong Sosialisma. Komunisma. Sekularisma. Qadianisma, Liberalisme. Pluralisma dan lain-lain.

Dalam keadaan sudah ada tafsiran-tafsiran daripada para sahabat, tabi'in dan para ulamak  mutabar yang bijaksana dan saleh dari kalangan Ahli as-Sunah Wal-Jamaah, tafsiran-tafsiran golongan-golongan menyeleweng yang disebutkan tadi langsung tidak diperlukan lagi.

Pada dasarnya masing-masing golongan yang sesat dan menyeleweng itu sudah pun mempunyai kepercayaan dan tanggapan sendiri, lalu untuk memperkuatkan pegangan mereka, ayat-ayat tertentu dita'wilkan supaya kelihatan bersesuaian dengannya. Antara golongan sesat yang paling banyak melakukan ta'wilan-tawilall terhadap ayat-ayat al- Qur'an untuk menguatkan fahman mereka dan membenarkan amalan-amalan mereka ialah puak-puak Batiniah dan Syiah.

Puak-puak Batiniah itu banyak pula pecahan dan alirannya. Termasuklah antara mereka golongan Qaramithah dan sufi yang melampau. Mereka ini mempunyai apa yang dinamakan sebagai tafsir batin' atau tafsir isyari.  Tafsir yang baik semestinya tidak mengandungi tafsir-tafsir seperti itu.

279

Tiada ulasan:

Catat Ulasan