Khamis, April 29, 2021

Tafsir baca nota 1(01-11)s

Tafsir baca nota 1(01-11)s

Surah Al-Fatihah (Pembukaan)Surah Pertama.
Diturunkan Di Mekah. Mengandungi 7 ayat.
سورة الفاتحة
Ayat 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (١)الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢)الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
(٣)مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ(٤)إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ(٥)اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
(٦)صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ(٧)

Dengan nama Allah ¹(Tuhan) Ar-Rahman juga Ar-Rahim ²[1] 
Segala puji bagi Allah ³ Rabb (Tuhan) semesta alam ⁴ [2] (Tuhan) Ar-Rahman, juga Ar- Rahim ⁵ [3]
Yang menguasai Hari Pembalasan ⁶[4]
Hanya Engkaulah yang kami sembah ⁷dan hanya kepada
Hanya Engkaulah kami memohon pertolongan.⁸ [5] Pimpinlah kami ke jalan yang lurus ⁹ [6]
Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka ¹⁰ bukan (jalan)mereka yang dimurkai ¹¹ dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat ¹² [7]


¹ Allah ialah nama zat (diri Tuhan) yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya. Dia tidak memerlukan makhlukNya, sebaliknya semua makhluk memerlukanNya. Di dalam ayat yang mula-mula sekali diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. 

Allah berfirman:
Al-'Alaq 96:1
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ 
Bermaksud: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. (al-'Alaq:1).

Tetapi tidak disebut di situ nama Tuhan yang diperintah Baginda s.a.w. supaya membaca dengan menyebut namaNya itu. NamaNya disebutkan di dalam ayat pertama Surah al-Fatihah ini. Ia adalah Allah. Yang diperintah Rasulullah s.a.w. dan hamba-hamba Allah yang lain supaya membaca dengan nama Allah ialah Al-Qur'an.Allah secara tersirat seolah-olah mengajar hamba-hambaNya apabila hendak membaca(Al-Qur'an) supaya mengucapkan 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dan ia bererti aku membaca Al-Qur'an ini dengan nama Allah yang bersifat dengan   الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ    iaitu
Tuhan Yang Maha Luas lagi Maha Berkekalan RahmatNya. 
Kepentingan menyebut nama Allah atau 
membaca  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  bukan hanya ketika hendak membaca Al-Qur'an sahaja. Ia juga dituntut supaya dibaca ketika hendak melakukan perkara-perkara baik yang lain. Sebagai contohnya Allah melarang hamba-hambaNya memakan binatang yang disembelih dengan tidak menyebut namaNya. 

Lihat firman Allah berikut: Al-An'am 6:121
وَلَا تَأْكُلُوا۟ مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ ٱسْمُ ٱللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُۥ لَفِسْقٌۗ وَإِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰٓ أَوْلِيَآئِهِمْ لِيُجَٰدِلُوكُمْۖ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ 
Bermaksud: Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan
sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.(al-An' aam :l2l).

² Oleh kerana sukar sekali mendapatkan perkataan dalam bahasa Melayu yang dapat menterjemahkan dengan tepat perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang merupakan dua nama sifat Allah itu, penulis tidak menterjemahkannya. Malah mengekalkannya dalam perkataan asal.
Punca kedua-dua perkataan itu sama, iaitu الرحمة. 
Perkataan الرحمة bererti rahmat, belas kasihan, kasih, sayang, simpati, kemurahan, kebaikan dan lain-lain.
Perkataan الرحمن dan الرحيم mengandungi semua ma'na tersebut.
Dalam qaedah bahasa 'Arab kedua-duanya merupakan shighah mubalagah, iaitu perkataan yang menyatakan adanya sifat rahmat pada Allah dengan banyak,melimpah ruah,mewah, meluas dan kuat.
Ma'na ini ada pada sifat Ar-Rahman.
Sifat rahmat itu juga sentiasa ada pada Allah secara berkekalan, berpanjangan dan berterusan. Ma'na ini terkandung dalam perkataan Ar-Rahim.
Jadi Ar-Rahman dan Ar-Rahim ialah dua sifat Allah yang menunjukkan Tuhan Yang Maha Luas lagi Maha Berkekalan RahmatNya.
Kesimpulannya ialah Allah, Tuhan semesta alam itu rahmatNya amat luas, banyak dan melimpah ruah, kerana itu Dia bersifat dengan Ar-Rahman.
RahmatNya juga berkekalan, berterusan dan berpanjangan, kerana itu Dia bersifat dengan Ar-Rahim.

³ Tidak nyata di sini tempat dan waktu berlaku pujian kepada Allah, di mana dan bilakah Allah itu terpuji? Tetapi di dalam Surah ar-Ruum ia disebutkan. Antara tempat Allah dipuji dan terpuji ialah di langit dan di bumi. Dan antara waktunya ialah pada petang hari dan juga pada waktu Zuhur. 
Lihat firman Allah berkenaan:

Ar-Rum 30:18
وَلَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ 
Bermaksud: Dan bagi-Nya-lah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zuhur. 
(ar-Ruum:18).

Di dalam dua ayat di bawah ini juga tersebut masa, ketika dan waktu Allah dipuji dan terpuji:

Al-Qasas 28:70
وَهُوَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلْأُولَىٰ وَٱلْءَاخِرَةِۖ وَلَهُ ٱلْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
Bermaksud: Dan Dialah Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. 
(al-Qashash: 70).

Saba' 34:1
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ وَلَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلْءَاخِرَةِۚ وَهُوَ ٱلْحَكِيمُ ٱلْخَبِيرُ 
Bermaksud: Segala puji bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi dan bagi-Nya juga) segala puji di akhirat. Dan DialahYang Maha Bijaksana lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Saba':1).

Sebagaimana Allah menyuruh hamba-hambaNya memulakan segala pekerjaan yang baik dan mulia dengan menyebut namaNya, Allah juga menyuruh mereka memujiNya menerusi ayat berikut:

An-Naml 27:59
قُلِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَٰمٌ عَلَىٰ عِبَادِهِ ٱلَّذِينَ ٱصْطَفَىٰٓۗ ءَآللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ 
"'Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji bagi Allah dan selamat sejahtera kepada hamba,hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? Allah atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?" (an-Naml:59).

⁴ Tidak dijelaskan di sini apakah yang dimaksudkan dengan Rab (Tuhan) sekalian alam itu? Di tempat yang lain Allah menyatakannya dalam bentuk soal jawab. Allah berfirman:

Asy-Syu'ara' 26:23
قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Bermaksud: Firaun berkata: "Siapa Tuhan sekalian alam itu?" 

Asy-Syu'ara' 26:24
قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَآۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ 
Nabi Musa menjawab. "Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil, maka inilah jalannya. (24).
(asy-Syu'araa' : 23-24).

Dua ayat di bawah ini juga menjelaskan tentang Allah sebagai Rabbul 'Alamin itu:

Fushshilat 41:9
قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَرْضَ فِى يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُۥٓ أَندَادًاۚ ذَٰلِكَ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ 
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah (Allah)Tuhan sekalian alam, (9)

Fushshilat 41:10
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَٰسِىَ مِن فَوْقِهَا وَبَٰرَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَآ أَقْوَٰتَهَا فِىٓ أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَآءً لِّلسَّآئِلِينَ 
Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang kukuh di atasnya, Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. (10)
(Fusshilat:9-10).

Jadi, Rabbul 'Alamin itu ialah Tuhan yang menciptakan, memiliki, mengatur,memberi rezeki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Itulah Allah. Oleh kerana dua sifat Allah inilah yang paling dominan dalam kerajaan Allah di alam semesta, maka ia disebut sekali lagi. Itulah rahsia di sebalik dua sifat Allah ini ditonjolkan di dalam Surah al-Fatihah sebanyak dua kali. Hakikat bahawa dua sifat itulah yang mendominasi seluruh kerajaan Allah di alam semesta diisyaratkan melalui beberapa firman Allah berikut:

Al-A'raf 7:156
وَٱكْتُبْ لَنَا فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنْ أَشَآءُۖ وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِنَا يُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga diakhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman:"AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi segala sesuatu; maka Aku akan tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertaqwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami." 
(al-A'raaf:156).

Thaa Ha 20:5
ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ 
Bermaksud: Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yeng bersemayam di atas Arasy. 
Thaaha 5

Ar-Rahman 55:1
ٱلرَّحْمَٰنُ 
Ar-Rahman 55:2
عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ 
Ar-Rahman 55:3
خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ 
Ar-Rahman 55:4
عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ 

Bermaksud:
(Tuhan) Ar-Rahaman.(1) 
Dialah yang telah mengajarkan Al-Qur'an.(2)
Dialah yang telah menciptakan manusia.(3) 
Dialah yang telah mengajarnya pandai berbicara.(4) 
(Ar-Rahman:1 -4).

Al-Ahzab 33:43
هُوَ ٱلَّذِى يُصَلِّى عَلَيْكُمْ وَمَلَٰٓئِكَتُهُۥ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۚ وَكَانَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا 
Bermaksud: Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikatNya pula(memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan mu dari kegelapan(kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang. Dan adalah Dia Rahim(sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). 
(al-Ahzaab:43)

At-Taubah 9:117
لَّقَد تَّابَ ٱللَّهُ عَلَى ٱلنَّبِىِّ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ وَٱلْأَنصَارِ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُ فِى سَاعَةِ ٱلْعُسْرَةِ مِنۢ بَعْدِ مَا كَادَ يَزِيغُ قُلُوبُ فَرِيقٍ مِّنْهُمْ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْۚ إِنَّهُۥ بِهِمْ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir terpesong, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka. 
(at-Taubah:117).

⁶ Apakah yang dimaksudkan dengan "Yaumid Diin" atau hari pembalasan di dalam ayat ini? Ia nyata melalui firman Allah berikut:. 
Al-Infithar 82:18
ثُمَّ مَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ 
Al-Infithar 82:19
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْـًٔاۖ وَٱلْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ 
Bermaksud: Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (18) 
(Iaitu)hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain.Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah. (19) 
(al-Infithaar:18-19).

Itulah hari kiamat atau hari akhirat."Yaumud Diin" adalah hari pembalasan dan pengadilan di akhirat. Hakikat ini dapat juga dilihat pada firman Allah di bawah ini:

An-Nur 24:25
يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ ٱللَّهُ دِينَهُمُ ٱلْحَقَّ وَيَعْلَمُونَ أَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْحَقُّ ٱلْمُبِينُ 
Bermaksud: Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka bahawa Allah-lah yang Maha Benar, lagi nyata keadilanNya. (an-Nuur :25).

⁷ Engkau jua yang kami sembah dan kami puja. Kenyataan ini bersesuaian dengan firman Allah berikut:

Al-Bayyinah 98:5
وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلْقَيِّمَةِ 
Bermaksud: Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.
(Baiyyinah: 5)

Al-Baqarah 2:165
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ 
Bermaksud: Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).(al-Baqarah:165).

Bahagian permulaan ayat ke-5 Surah al-Fatihah ini sebenarnya merealisasikan ma'na لا إله إلا اا لله (Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah). Ini kerana Kalimah Thayyibah itu mengandungi dua perkara utama. Pertamanya ialah nafi (tolak) dan keduanya ialah itsbat (terima). Nafi bererti membuang segala sembahan selain Allah daripada kelayakan disembah dalam segala bentuk penyembahan. Itsbat pula bererti mengikhlas dan mengesakan Allah pencipta langit dan bumi dan segala-galanya sebagai satu-satunya Tuhan yang disembah dan dipuja. Pada mendahulukan إياك terdapat erti nafi (tolak) itu, kerana ia bererti Engkau jua, Engkau sahaja atau hanya Engkaulah. Maka secara tersirat (mafhum) ia mengandungi erti penafian penyembahan dan pemujaan kepada selain Allah.
Dan memang itu pun maksud    لا إله إلا اا لله (Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah). 
Perkataan نعبد pula mengisyaratkan kepada pengitsbatan penyembahan hanya kepada Allah. Hakikat ini dapat dilihat pada sekian banyak firman Allah di dalam Al-Qur'an. Sebagai contohnya lihat saja beberapa ayat di bawah ini:

Ayat 21
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Ayat 22
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Bermaksud: Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelum mu, agar kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (21)
Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan air (hujan) itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan YangMaha Esal.(22)
(al-Baqarah :21-22).

Rangkai kata  اعْبُدُوا رَبَّكُم  di dalam ayat ke-21 mengitsbatkan (menyabitkan)penyembahan kepada Allah semata-mata.

Sementara firman Allah: فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا  dihujung ayat ke-22 menafikan sembahan-sembahan yang lain selain Allah.

An-Nahl 16:36
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ 
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu
menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-rasulnya.
(an-Nahl:36).

Di dalam ayat ini 
itsbat terdapat pada firmanNya أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّه
dan nafi pula وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ 

Al-Baqarah 2:256
لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 

Bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar (Islam) daripada jalan yang sesat (kufur).Oleh itu, sesiapa yang tidak percaya kepada Thaghut dan ia (pula) beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang amat kuat dan tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
(al-Baqarah:256). 

Di dalam ayat ini nafi terdapat pada firmanNya; 
فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوت
dan itsbat pula terdapat pada firmanNya: 
وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ

Az-Zukhruf 43:26
وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦٓ إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ 

Az-Zukhruf 43:27
إِلَّا ٱلَّذِى فَطَرَنِى فَإِنَّهُۥ سَيَهْدِينِ 
Bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah; (26)
tetapi (aku menyembah) Tuhan Yang menciptakan daku, kerana sesungguhnya Dia tetap memberi hidayat petunjuk kepadaku. (27) 
(az-Zuhruf:26-27).

Nafi di'dalam ayat ini terdapat pada firmanNya: 
إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ 
dan itsbat pula terdapat pada firmanNya:
إِلَّا ٱلَّذِى فَطَرَنِى

Al-Anbiya 21:25
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيْهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدُونِ 

Bermaksud: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu. 
(al-Anbiya':25).

Di dalam ayat ini nafi terdapat pada firmanNya'
لَآ إِلَٰهَ
dan itsbat pula terdapat pada firmanNya:
إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدُونِ 

Az-Zukhruf 43:45
وَسْـَٔلْ مَنْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رُّسُلِنَآ أَجَعَلْنَا مِن دُونِ ٱلرَّحْمَٰنِ ءَالِهَةً يُعْبَدُونَ 

Bermaksud; Dan tanyakanlah kepada mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami menetapkan tuhan-tuhan untuk disembah selain ar-Rahman (Allah)? (az-Zukhruf: 45).

pada firman Allah:
أَجَعَلْنَا مِن دُونِ ٱلرَّحْمَٰنِ ءَالِهَةً يُعْبَدُونَ 
terdapat penafian kelayakan disembah daripada sekalian tuhan selain ar-Rahman (Allah). Kelayakan disembah hanya diitsbatkan untuk Tuhan ar-Rahman semata-mata.

⁸ Maksudnya ialah hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan berhubung dengan perkara-perkara yang di luar daripada kemampuan makhlukMu dan hanya Engkau jualah yang berkuasa melakukannya. Beberapa firman Allah di dalam Al-Qur'an menyatakan apakah perkara-perkara yang di luar daripada kemampuan makhluk dan hanya Allah jualah yang berkuasa melakukannya. Antaranya ialah firman Allah berikut:

Asy-Syu'ara' 26:79
وَٱلَّذِى هُوَ يُطْعِمُنِى وَيَسْقِينِ 
Asy-Syu'ara' 26:80
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ 
Asy-Syu'ara' 26:81
وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحْيِينِ 
Asy-Syu'ara' 26:82
وَٱلَّذِىٓ أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوْمَ ٱلدِّينِ 

Bermaksud: Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79)
Apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80) 
(Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; (81) 
Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; (82). 
(asy-Syu'araa' :79-82).

Asy-Syura 42:49
لِّلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُۚ يَهَبُ لِمَن يَشَآءُ إِنَٰثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَآءُ ٱلذُّكُورَ 
Asy-Syura 42:50
أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَٰثًاۖ وَيَجْعَلُ مَن يَشَآءُ عَقِيمًاۚ إِنَّهُۥ عَلِيمٌ قَدِيرٌ 

Bermaksud: Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki (49)
atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa (50). 
(asy-Syura:49-50).

Ar-Rum 30:37
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. 
(ar-Ruum:37).

Asy-Syura 42:28
وَهُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ ٱلْغَيْثَ مِنۢ بَعْدِ مَا قَنَطُوا۟ وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُۥۚ وَهُوَ ٱلْوَلِىُّ ٱلْحَمِيدُ 

Bermaksud: Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dialah Yang Maha Pelindung lagi MahaTerpuji. 
(asy- Syura: 28).

Adapun perkara-perkara yang pada adatnya berada dalam kemampuan hamba-hamba Allah, maka tidaklah menjadi kesalahan memohon pertolongannya, kerana Allah berfirman: 

Al-Ma'idah 5:2
وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰۖ 
Bermaksud: ...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan
taqwa. . . 
(al-Maa'idah:2).

       وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Adalah bahagian kedua ayat ke-5 Surah al-Fatihah. 
Ia disebutkan selepas' إِيَّاكَ نَعْبُد untuk mengisyaratkan bahawa manusia hendaklah bertawakkal hanya kepada Tuhan yang layak disembah, kerana Dialah sahaja Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar. 
Di tanganNya jua berada segala perkara dan urusan alam semesta.Hakikat ini dijelaskan oleh Allah pada beberapa tempat yang lain di dalam KitabNya(Al-Qur'an). Di bawah ini adalah sebahagian daripada ayat-ayat berkenaan:

Hud 11:123
وَلِلَّهِ غَيْبُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ ٱلْأَمْرُ كُلُّهُۥ فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ 

Bermaksud: Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepadaNya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu lakukan. 
(Huud: 123).

At-Taubah 9:129
فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ 

Bermaksud: Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "CukuplahAllah bagiku; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung." 
(at-Taubah :129).

Al-Muzzammil 73:9
رَّبُّ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَٱتَّخِذْهُ وَكِيلًا 

Bermaksud: Katakanlah: "Dialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha luas rahmatNya), kami beriman kepadaNya dan kepadaNya-lah kami bertawakkal.Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata." 
(al-Mulk:29).'

⁹ Jalan lurus yang dipinta supaya Allah memimpin kita kepadanya tersebut di dalam beberapa ayat di bawah ini.:

Al-An'am 6:151
قُلْ تَعَالَوْا۟ أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْۖ أَلَّا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔاۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًاۖ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُم مِّنْ إِمْلَٰقٍۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْۖ وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلْفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَۖ وَلَا تَقْتُلُوا۟ ٱلنَّفْسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلْحَقِّۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ 
Al-An'am 6:152
وَلَا تَقْرَبُوا۟ مَالَ ٱلْيَتِيمِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُۥۖ وَأَوْفُوا۟ ٱلْكَيْلَ وَٱلْمِيزَانَ بِٱلْقِسْطِۖ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۖ وَإِذَا قُلْتُمْ فَٱعْدِلُوا۟ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰۖ وَبِعَهْدِ ٱللَّهِ أَوْفُوا۟ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ 

Al-An'am 6:153
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 

Bermaksud: Katakanlah: "Marilah ku bacakan apa yang diharamkan oleh Tuhanmu iaitu jangan mempersekutukanNya dengan apa pun, berbuat
baiklah kepada ibu bapa, janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak daripadanya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (menurut syari'at Islam). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.(151)
Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik(untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). Dan sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesaorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil,sekalipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya).(152)
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.(153).
(al-An'aam:151-153).

Di dalam ayat ke-153 Allah menyebutkan jalan yang lurus itu sebagai jalanKu. Ia pada hakikatnya adalah ajaran Islam.

¹⁰ Siapakah orang-orang yang Allah telah kurniakan ni'mat kepada mereka? Di dalam Surah an-Nisaa' Allah menjelaskan siapa mereka.
 Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

An-Nisa' 4:69
وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّٰلِحِينَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَٰٓئِكَ رَفِيقًا 
Bermaksud: Orang-orang yang taat kepada Allah dan RasulNya, mereka akan(ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan ni'mat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, orang-orang Shiddiqiin, orang-orang yang Syahid dan orang-orang yang saleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
(an-Nisaa':69)." 

¹¹ Yang dimaksudkan dengan mereka yang dimurkai ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang berkelakuan seperti mereka. Walaupun tidak disebutkan dengan jelas di sini siapa mereka, tetapi melalui sekian banyak ayat-ayat Al-Qur'an dapat dipastikan merekalah golongan yang paling menepatinya. 
Ayat-ayat berikut adalah sebahagian contohnya:

Al-Baqarah 2:90
بِئْسَمَا ٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ أَن يَكْفُرُوا۟ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بَغْيًا أَن يُنَزِّلَ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦۖ فَبَآءُو بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍۚ وَلِلْكَٰفِرِينَ عَذَابٌ مُّهِينٌ 
Bermaksud: Alangkah buruknya (hasil perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengkufuri (mengingkari) apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari kalangan hamba-hambaNya. Maka mereka mendapat kemurkaan demi kemurkaan.Dan untuk orang-orang kafir ada azab siksaan yang menghinakan. 
(al-Baqarah:90).

Al-Ma'idah 5:60
قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ ٱللَّهِۚ مَن لَّعَنَهُ ٱللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ ٱلْقِرَدَةَ وَٱلْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ ٱلطَّٰغُوتَۚ أُو۟لَٰٓئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ 
Bermaksud: Katakanlah: Mahukah aku khabarkan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya di sisi Allah daripada (orang-orang fasik) itu? Iaitu orang-orang yang dila'nat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang lurus. 
(al-Maa'idah:60).

Al-A'raf 7:152
إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ ٱلْعِجْلَ سَيَنَالُهُمْ غَضَبٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَذِلَّةٌ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُفْتَرِينَ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembah (patung) anak lembu itu,akan mendapat kemurkaan Tuhan dan kehinaan dalam kehidupan dunia. DemikianlahKami membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang tidak benar. 
(al-A'raaf:152).

Ketiga-tiga ayat yang dikemukakan ini sememangnya mengenai orang-orang Yahudi.

¹² Yang dimaksudkan dengan mereka yang sesat pula ialah orang-orang Nashara(Kristian). Buktinya dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini sebagai contohnya:

Al-Ma'idah 5:77
قُلْ يَٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ لَا تَغْلُوا۟ فِى دِينِكُمْ غَيْرَ ٱلْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوٓا۟ أَهْوَآءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا۟ مِن قَبْلُ وَأَضَلُّوا۟ كَثِيرًا وَضَلُّوا۟ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ 
Bermaksud: Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu berlebih-lebihan(melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan ramai manusia, dan juga (sekarang)mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang lurus. 
(al-Maa'idah:77).

Termasuk juga dalam firman Allah "mereka yang sesat" itu orang-orang kafir seumumnya dan orang-orang yang menyeleweng dan tersasul daripada jalan yang lurus. Lihat firman Allah di bawah ini:

An-Nisa' 4:167
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَصَدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ قَدْ ضَلُّوا۟ ضَلَٰلًۢا بَعِيدًا 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah (agama Islam), benar-benar telah sesat sejauh-jauhnya. 
(an-Nisaa':167).

Aali-Imran 3:90
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَٰنِهِمْ ثُمَّ ٱزْدَادُوا۟ كُفْرًا لَّن تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلضَّآلُّونَ 

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman,kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat merekadan mereka itulah orang-orang yang sesat. 
(Aali 'Imraan:90).

An-Nisa' 4:116
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَٰلًۢا بَعِيدًا 
Bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan(sesuatu) denganNya (syirik), dan dia mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Sesiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya i a telah tersesat sejauh-jauhnya.(an-Nisaa':116).

Al-Ahqaf 46:5
وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّن يَدْعُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَن لَّا يَسْتَجِيبُ لَهُۥٓ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ وَهُمْ عَن دُعَآئِهِمْ غَٰفِلُونَ 
Bermaksud: Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah (sembahan-sembahan) selain Allah, yang tiada dapat memperkenankan (doa)nya sampai hari kiamat, dan apa yang mereka sembah itu tidak sedar (tahu) pun tentang doanya. 
(al-Ahqaaf:5)

Al-An'am 6:140
قَدْ خَسِرَ ٱلَّذِينَ قَتَلُوٓا۟ أَوْلَٰدَهُمْ سَفَهًۢا بِغَيْرِ عِلْمٍ وَحَرَّمُوا۟ مَا رَزَقَهُمُ ٱللَّهُ ٱفْتِرَآءً عَلَى ٱللَّهِۚ قَدْ ضَلُّوا۟ وَمَا كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ 

Bermaksud: Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anaknya kerana kebodohan lagi tidak berpengetahuan, dan mereka mengharamkan rezeki yang diberikan Allah, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk. (al-An'aam: 140).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan