Khamis, Mei 06, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 23(67)nota 16(379)

Daurah tafsir 2019 sesi 23(67)nota 16(379)

Zaman Diturunkan
Surah al-Mulk diturunkan setelah da'wah terbuka dilancarkan oleh Rasulullah di peringkat kedua kehidupan Baginda di Mekah, besar sekali kemungkinan ia diturunkan pada tahun ke-4 Kenabian. Ketika itu pemimpin-pemimpin Quraisy tegar dengan kekufuran mereka (Ayat: 6). Selain menolak seruan tauhid dan percaya kepada akhirat yang disampaikan oleh Rasulullah, mereka juga tidak
mempedulikan kedudukan Baginda sebagai نَذِيرٌ, (Ayat: 8, 9 dan 26). Mereka sebaliknya menuduh Rasulullah sebagai sesat فِى ضَلَٰلٍ كَبِيرٍ  (Ayat: 9) dan فِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ  (Ayat 29). Surah al-Mulk dilihat dari sudut tema, dalil-dalil dan kepadatan isi kandungannya di samping gaya bahasanya yarrg begitu menarik menyerupai Surah Qaaf.

Al-Mulk 67:6
وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ 
Dan orang-orang yang ingkar kepada Tuhannya akan mendapat azab Jahanam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Al-Mulk 67:8
تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ ٱلْغَيْظِۖ كُلَّمَآ أُلْقِىَ فِيهَا فَوْجٌ سَأَلَهُمْ خَزَنَتُهَآ أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَذِيرٌ 
hampir meledak karena marah. Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir) dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, “Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?”

Al-Mulk 67:9
قَالُوا۟ بَلَىٰ قَدْ جَآءَنَا نَذِيرٌ فَكَذَّبْنَا وَقُلْنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَىْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا فِى ضَلَٰلٍ كَبِيرٍ 
Mereka menjawab, “Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan, “Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar.”

Al-Mulk 67:26
قُلْ إِنَّمَا ٱلْعِلْمُ عِندَ ٱللَّهِ وَإِنَّمَآ أَنَا۠ نَذِيرٌ مُّبِينٌ 
Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya ilmu (tentang hari Kiamat itu) hanya ada pada Allah. Dan aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan.”

Al-Mulk 67:29
قُلْ هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَاۖ فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ 
Katakanlah, “Dialah Yang Maha Pengasih, kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya kami bertawakal. Maka kelak kamu akan tahu siapa yang berada dalam kesesatan yang nyata.”


Kelebihan Surah Al-Mulk
1. Rasulullah s.a.w. selalu membaca Surah al-Mulk sebelum tidur 
كَانَ لَا يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَتَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ
Bermaksud: Jabir bin 'Abdillah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. tidak tidur sebelum membaca وَتَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ
Sunan Tirmizi, Bab Kelebihan al-Qur'an, Bab Berkenaan Surah al-Mulk,hadits 2,892.

2. Surah al-Mulk adalah satu surah yang menjadi penghalang kepada azab kubur dan boleh melepaskan
seseorang daripada azab kubur هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ Hadits riwayat Tirimizi daripada
Ibnu Abbas, hadits 2,890.

3. Ia akan memberi syafa'at kepada pembaca-pembacanya 
إِنَّ سُورَةً مِنْ الْقُرْآنِ ثَلَاثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِيَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْك
Bermaksud: Sesungguhnya ada satu surah di dalam al-Qur'an ada 30 ayatnya, ia akan memohon syafa'at untuk pembacanya sehingga ia diampuni Allah. Surah itu ialah تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْك (Surah al-Mulk). Hadits nwayat Tirmizi, Bab Kelebihan al-Qur'an, Bab Kelebihan Surah al-Mulk,
hadits 2,891, hadits hasan.

4. Surah al-Mulk akan membela pembacanya di akhirat nanti خاصمتْ عن صاحبِها حتى أدخلتْه الجنةَ ، وهي سورةُ تبارك الَّذِي
Bermaksud: Ia akan membela pembacanya sehingga memasukkan pembacanya ke dalam syurga,
iaitu تبارك الَّذِي. Hadits riwayat Thabarani di dalam al-Mu'jam al-Ausath, hadits 3,654.

Perkaitan Surah Al-Mulk Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Di dalam ayat ke-8 Surah at-Tahrim terdapat doa memohon نور  dan مغفرة, syarat-syarat penerimaan doa itu disebutkan di dalam Surah al-Mulk. Orang-orang yang menerima seruan tauhid akan berhak mendapat keampunan daripada Allah yang bersifat dengan الغفور (Maha Pengampun) (Ayat: 12).

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Surah al-Mulk adalah satu surah yang lengkap, di dalamnya terdapat seruan kepada ajaran tauhid,

379

Tiada ulasan:

Catat Ulasan