Tafsir asas quran nota 9(302)286
Inilah tiga alasan mereka kenapa tafsir isyari itu terlarang menurut Syara.
Orang-orang yang mengharuskan tafsir isyari tidak mempunyai dalil yang kukuh selain daripada hadits-hadits yang dha'if. Oleh itu, kalau ada pun tafsir isyari yang dibenarkan, maka ia tidak lebih daripada isyarat-isyarat seni yang terdapat di celah-celah ma'na-ma'na al-Quran yang zahir. la tidak lebih daripada mengambil i'tibar dan pengajaran daripada ma'na-ma'na al-Qur'an yang zahir yang sememangnya dimaksudkan. Di sana tidak terdapat satu pun dalil tentang keharusan tafsir isyari secara mutlaq.
Antara contoh tafsir isyari yang diterima Oleh para ulama - dan sebenarnya ia bukan pun merupakan tafsir al-Qur'an menurut istilah mufassirin - ialah apa yang diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas bahawa beliau berkata:
Umar selalu mengajakku masuk berkumpul bersama-sama para pemuka Badar. Sebahagian mereka semacam memendam sesuatu di dalam dirinya. Maka salah seorang dari mereka pun bertanya, "Kenapa kamu mengikut sertakan anak ini bersama kami, padahal kami juga memiliki anak-anak yang sebaya dengannva?" Maka 'Umar pun berkata, "Sesungguhnya anak itu mempunyai keistimewaan tersendiri seperti yang telah kamu ketahui." Kemudian pada suatu hari, 'Umar memanggilnya dan mengikutsertakannya bersama-sama meteka. Ibnu 'Abbaas berkata, "Aku tahu bahawa tidak ada maksud Iain 'Umar memanggilku, kecuali untuk memperlihatkan aku kepada mereka." 'Umar berkata, "Bagaimana pendapat kamu berkenaan dengan ayat ini: ?" Maka sebahagian dari mereka berkata, "Kita diperintahkan memuji Allah dan meminta maghfirahNya ketika diberi pertolongan dan kekuatan untuk menaklukkan suatu negeri." Semenatara sebahagian yang Iain diam tak berkata sepatah kata pun. Setelah itu, 'Umar bertanya padaku, "Apakah seperti itu juga pendapatmu wahai Ibnu 'Abbaas?" Aku menjawab, "Tidak." 'Umar bertanya lagi, "Jadi bagaimanakah pendapatmu?" Aku menjawab, "Firman Allah itu berkait dengan ajal Rasulullah s.a.w. Allah telah memberitahukan kepadanya,
إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ
Itu adalah alamat ajalmu. Kerana itu bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan, sesungguhnya Dia Maha menerima taubat. 'Umar lantas berkata, ''Tidak ada jawaban yang lebih tepat, kecuali apa yang telah kamu katakan." (Hadits riwayat al-Bukhari).
Atsar Ibnu Abbaas ini menunjukkan para sahabat pun tidak sama dalam pemahaman mereka terhadap makna yang terkandung di daranl al-Qur'an. Ädå Yang sekadar memahami makna zahir yang tersurat padanya, ada pula yang memahami ma'na isyari dan yang tersirat di sebalik makna zahimya. Memahami makna yang tersirat di sebalik makna zahir itulah yang dinamakan tafsir
286
Tiada ulasan:
Catat Ulasan