Isnin, Mei 10, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 24(68)nota 16(382)

Daurah tafsir 2019 sesi 24(68)nota 16(382)

Zaman Diturunkan
Surah al-Qalam diturunkan setelah da'wah terbuka dilancarkan dan selepas berlakunya hijrah ke Habsyah (pada bulan Rejab tahun ke-5 Kenabian), mungkin sekali ia diturunkan di akhir tahun ke-5 Kenabian, pada ketika itu penentangan pihak musyrikin Mekah begitu memuncak dan mereka sudah mula menuduh Rasulullah dengan pelbagai tuduhan seperti مَجنون (gila) dan مَفتون (gila). Ayat ke-10
hingga ke-15 berkemungkinan diturunkan berkenaan seorang pemimpin musyrikin bernama Akhnas bin
Syuraiq at-Tsaqafi, dalam bahagian ini telah dikemukakan beberapa sifat buruk pemimpin kafir Quraisy dan umat Islam dilarang daripada mengikutinya. Ayat ke-16 سَنَسِمُهُۥ عَلَى ٱلْخُرْطُومِ pula berdasarkan Asbab Nuzul diturunkan berkenaan dengan pemimpin Quraisy yang terkenal bernama Walid bin al-Mughirah al-Makhzumi.

Al-Qalam 68:16
سَنَسِمُهُۥ عَلَى ٱلْخُرْطُومِ 
Kelak dia akan Kami beri tanda pada belalai(nya).


Perkaitan Surah Al-Qalam Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Di dalam Surah al-Mulk tersebut inti pati seruan Islam, dَi dalam Surah al-Qalam ini pula umat Islam dilarang daripada mentaati pemimpin kafir yang menolak da'wah Islam.(Ayat: 8). Di dalam Surah al-Mulk tersebut tuduhan orang-orang musyrikin Mekah terhadap Rasulullah di mana mereka mengatakan Baginda berada dalam ضلال كَبير (kesesatan yang teruk), di dalam Surah al-Qalam ini pula Rasulullah
s.a.w. dituduh mereka sebagai مجنون (gila). Di dalam surah ini juga disebutkan kisah pemilik kebun yang bakhil yang ditimpa azab dunia.

Al-Qalam 68:8
فَلَا تُطِعِ ٱلْمُكَذِّبِينَ 
Maka janganlah engkau patuhi orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).


2. Di dalam Surah al-Haaqqah akan datang pula mula-mula sekali digambarkan pemandangan azab di hari kiamat, kemudian disebutkan pula azab-azab dunia yang telah menimpa kaum 'Aad, kaum Tsamud,kaum Luth, kaum Nuh dan Fir'aun. Di dalam kedua-dua surah, orang-orang musyrikin Quraisy diancam dengan azab dunia yang boleh menimpa mereka.

3. 'Aqal manusia ditanya: "Adakah patut orang-orang مُسلِمين  dan مُجرِمِين mendapat balasan yang sama di akhirat kelak? Adakah pemimpin orang Islam dan pemimpin orang kafir sama keadaannya?".

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan مُجرِمِين- berulang 2 kali di dalam surah ini, di permulaan dan di penghujungnya (Ayat: 2 dan 51). Ini membuktikan surah al-Qalam termasuk dalam surah yang diturunkan di peringkat Rasulullah dituduh dengan pelbagai tuduhan setelah Baginda melancarkan da'wah secara terbuka. Maka tidak benarlah pendapat orang-orang yang mengatakan surah ini merupakan surah kedua diturunkan kepada Rasulullah selepas lqra'.

382

Tiada ulasan:

Catat Ulasan