Daurah tafsir 2019 sesi 24(69)nota 16(384)
Zaman Diturunkan
Surah al-Haaqqah juga seperti Surah at-Thur, diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah sekitar tahun 4 httngga 5 Kenabian. Ketika itu pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Rasulullah s.a.w. seperti Baginda adalah penyair, tukang tenung, seorang yang mengada-adakan cerita dan lain-lain. Sayyidina 'Umar mula-mula sekali terkesan dengan beberapa ayat di permulaan Surah al-Haaqqah (Musnad Ahmad daripada riwayat Ibnu'Umar).
Perkaitan Surah Al-Haaqqah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Qalam telah disebutkan azab dunia yang telah menimpa pemilik-pemilik kebun yang bakhil dan dikatakan azab akhirat lebih teruk lagi daripada itu, di dalam Surah al-Haaqqah ini pula perkataan mula-mulanya الْحَاقَّةُ mengisyaratkan kepada azab akhirat kemudian dikemukakan pula kisah 5 kaum yang telah dibinasakan iaitu kaum 'Aad, Tsamud, Fir'aun, الْمُؤْتَفِكَاتُ (kaum Luth) dan kaum Nuh.
2. Di akhir Surah al-Qalam terdapat ayat al-Qur'an yang berbunyi وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ, Surah al-Haaqqah
ini pula disebutkan sebagai تَنْزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (Ayat 43).
3. Surah al-Ma'arij juga dimulakan dengan pemandangan dahsyat hari kiamat.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini perkataan yang digunakan untuk hari kiamat ialah الْحَاقَّةُ bererti suatu hari yang benar-benar akan berlaku atau suatu hari yang akan membenarkan apa yang benar. Di dalam ayat ke-51 pula ia disebutkan sebagai وَإِنَّهُۥ لَحَقُّ ٱلْيَقِينِ (kebenaran yang benar-benar boleh diyakini).
Al-Haqqah 69:51
وَإِنَّهُۥ لَحَقُّ ٱلْيَقِينِ
Dan Sungguh, (Al-Qur'an) itu kebenaran yang meyakinkan.
2. Al-Haqqah 69:12
لِنَجْعَلَهَا لَكُمْ تَذْكِرَةً وَتَعِيَهَآ أُذُنٌ وَٰعِيَةٌ
12. (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.
Melalui firman Allah ini, Allah menjadikan kisah kebinasaan 5 bangsa di zaman lampau sebagai peringatan dan i'tibar untuk manusia kemudian.
384
Tiada ulasan:
Catat Ulasan