Daurah tafsir 2019 sesi 24(72)nota 16(391-394)s
072.Surah Al jin.
Dalil naqli kepada nabi saw betapa benarnya ajaran tauhid dan betapa tidak benarnya syirik.
Melalui surah ini, Jin bagi tau adanya syirik dikalangan jin.
Semua lafaz jin menunjukan Allah bagi tau tentang jin kat nabi saw.
Tertib surah 72
Bilangan ayatnya 28
Bilangan rukuk 2
Surah Makkiyah
Tertib turun 72
Bilangan paragrafnya 3
Paragraf 1ayat 1-15 Dikalangan jin ada jin Islam yang berpengetahuan tentang alquran
Paragraf 2 ayat 16-19 Ancaman kepada orang2 musyrikin Mekah.
Paragraf 3 ayat 20-28 Keterangan tentang kedudukan risalah Nabi Muhamad saw.
Mesej utama
1.Setiap yang kemampuan samada dari kalangan manusia atau jin boleh mendapat manfaat daripada alquran.
2.Berpandukan alquran manusia boleh mengelak daripada kesyirikan dan memilih tauhid yg murni. disamping dapat memahami jawatan kerasulan dengan betul.
3.Untuk mendapat gelaran terbaik diakhirat manusia hendaklah mewakafkan dirinya untuk berdakwah kepada agama Allah setelah diri sendiri beriman dan beramal soleh
ZamanDiturunkan
Surah al-Jin berkemungkinan diturunkan bersama Surah al-Ahqaaf iaitu ketika perjalanan pulang Rasulullah daripada Tha'if di suatu tempat bernama Nakhlah, sekitar bulan Syawwaal tahun ke-10 Kenabian. Ketika itu Rasulullah s.a.w. bersama ahli keluarganya sedang diboikot oleh masyarakat kafir Qurasiy dan Baginda terkepung di Syi'bi Abi Thalib, setelah terlepas daripada suasana itu, Rasulullah s.a.w. kehilangan isteri tersayangnya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Thalib. Pada ketika itu sikap
orang-orang musyrikin terhadap al-Qur'an sangatlah teruk dan penuh dengan keta'shuban, tiba-tiba beberapa orang jin memeluk agama Islam, ia memberi semacam nafas baharu. Orang-orang musyrikin Quraisy diingatkan kembali dengan al-Qur'an yang penuh dengan kesan yang sangat mendalam kepada jiwa manusia dan mereka diseru kembali kepada ajarun tauhid. Selain itu mereka juga diperingatkan kembali kepada kedudukan kerasulan dan faedah serta kebaikan di dunia dan di akhirat yang akan
mereka dapat sekiranya mereka beriman.
Beberapa Ciri Khusus Surah Al-Jin
1. Surah ini mempunyai iramanya tersendiri yang cukup menarik.
2. Melalui surah ini seruan kepada 'aqidah tauhid, kerasulan dan kepercayaan kepada hari akhirat diulangi dalam bentuk dan penampilan yang baharu.
3. Di dalam surah ini manusia diperintahkan supaya menggunakan kebebasan memilih yang diberikan
kepada mereka dengan sebaik mungkin, kebebasan memilih hanya diberikan kepada 2 jenis makhluk
sahaja iaitu manusia dan jin.
Perkaitan Surah Al-Jin Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Nuh sebelum ini, adab dan disiplin da'wah telah disebutkan, di dalamnya disebutkan
kisah benar da'wah Nabi Nuh yang begitu lama dan panjang tetapi kaumnya tetap mendustakannya, didalam Surah al-Jin ini pula tersebut kisah golongan jin yang memeluk agama Islam dan membenarkannya, manusia dinasihati supaya mengambil pengajaran daripada golongan jin yang
bersedia memeluk agama Islam itu.
2. Di dalam Surah al-Muzzammil akan datang disebutkan beberapa peringkat yang perlu dilalui selepas seseorang itu beriman, dengan bertahajjud, berbelanja di jalan Allah, ingat kepada Allah dan beristighfar kepadaNyalah seseorang akan dapat beristiqamah di atas ajaran tauhid setelah memeluk agama Islam.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Seruan kepada aqidah tauhid (Ayat: 3,12,18 dan 20).
(Ayat:3).
Al-Jinn 72:3
وَأَنَّهُۥ تَعَٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا ٱتَّخَذَ صَٰحِبَةً وَلَا وَلَدًا
Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan
Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
Al-Jinn 72:12
وَأَنَّا ظَنَنَّآ أَن لَّن نُّعْجِزَ ٱللَّهَ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَن نُّعْجِزَهُۥ هَرَبًا
Dan sesungguhnya kami (jin) telah menduga, bahwa kami tidak akan mampu melepaskan diri (dari kekuasaan) Allah di bumi dan tidak (pula) dapat lari melepaskan diri (dari)-Nya.
Al-Jinn 72:18
وَأَنَّ ٱلْمَسَٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدًا
Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah untuk Allah. Maka janganlah kamu menyembah apa pun di dalamnya selain Allah.
Al-Jinn 72:20
قُلْ إِنَّمَآ أَدْعُوا۟ رَبِّى وَلَآ أُشْرِكُ بِهِۦٓ أَحَدًا
Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya.”
2.Penafian, penolakan dan keadaan tidak percaya kepada hari akhirat dan kerasulan(Ayat:7).
Al-Jinn 72:7
وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا۟ كَمَا ظَنَنتُمْ أَن لَّن يَبْعَثَ ٱللَّهُ أَحَدًا
Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
3. Di dalam surah ini, kerja-kerja seorang rasul diperjelaskan, kerja rasul ialah menyampaikan hidayah
yang diberikan oleh Allah kepada manusia (Ayat:23).
Al-Jinn 72:23
إِلَّا بَلَٰغًا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِسَٰلَٰتِهِۦۚ وَمَن يَعْصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَإِنَّ لَهُۥ نَارَ جَهَنَّمَ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا
"(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka didalamnya buat selama-lama. "
(Ayat:28).
Al-Jinn 72:28
لِّيَعْلَمَ أَن قَدْ أَبْلَغُوا۟ رِسَٰلَٰتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَىٰ كُلَّ شَىْءٍ عَدَدًۢا
(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka,serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu satu persatu".
4. Di dalam surah ini juga manusia diingatkan dan diberitahu tentang faedah-faedah dan kebaikan-
kebaikan di dunia dan juga di akhirat yang akan diperolehi orang-orang yang menerima 'aqidah tauhid dan beristiqamah atas 'aqidah itu. Dikatakan orang yang beristiqamah atas 'aqidah itu akan dikurniakan kemewahan hidup (Ayat: 16).
Al-Jinn 72:16
وَأَلَّوِ ٱسْتَقَٰمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَٰهُم مَّآءً غَدَقًا
Dan sekiranya mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), niscaya Kami akan mencurahkan kepada mereka air yang cukup.
Al-Jinn 72:16
وَأَلَّوِ ٱسْتَقَٰمُوا۟ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَٰهُم مَّآءً غَدَقًا
(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
5. Makhluk jin juga diberi kebebasan memilih seperti manusia, di kalangan mereka juga ada yang Islam
dan ada قَاسِطُونَۖ(golongan yang zalim/kafir) (Ayat: 14). Golongan jin yang zalim, seperti manusia juga akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam.
Al-Jinn 72:14
وَأَنَّا مِنَّا ٱلْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا ٱلْقَٰسِطُونَۖ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ تَحَرَّوْا۟ رَشَدًا
Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan