Sabtu, Mei 29, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 25(73)nota 16(396)

Daurah tafsir 2019 sesi 25(73)nota 16(396)

Zaman Diturunkan
1. 8 Ayat di permulaan Surah Al-Muzzammil mungkin sekali diturunkan selepas beberapa ayat dipermulaan Surah al-'Alaq dan Surah al-Muddatstsir. Daripada segi tertib nuzuli, Surah Al-Muzzammil adalah surah yang ke-3, dan 8 ayat di permulaan Surah Al-Muzzammil itu mungkin sekali diturunkan pada tahun pertama Kenabian juga, tidak lama selepas turunnya wahyu-wahyu yang turun sebelunnya.
Surah Al-Muzzammil mengandungi persiapan untuk melahirkan kepemimpinan yang unggul (السَّابِقُوْنَ الأَوَّلُون) di masa akan datang. Oleh sebab da'wah pada ketika itu berjalan secara sulit dan sembahyang 5 waktu belum lagi ada, orang-orang Islam diminta membaca dan mendengar ayat-ayat yang telah diturunkan kepada mereka di dalam shalat tahajjud pada waktu tengah malam dalam bacaan penuh tartil.

2. 11 Ayat di tengah Surah Al-Muzzammil iaitu ayat 9 hingga 19 diturunkan setelah da'wah secara terbuka dilancarkan, pada ketika itu sudah ada pendustaan daripada pihak orang-orang kafir Mekah, bahkan Rasulullah s.a.w. dinasihati supaya bersabar atas tuduhan-tuduhan dan kritikan-kritikan pemimpin-pemimpin Quraisy yang sikap mereka diumpamakan seperti sikap Fir'aun.

3. Ayat-ayat terakhir surah ini iaitu ayat ke-20 mungkin sekali diturunkan di Madinah pada tahun 1
Hijrah sebaik sahaja berlaku hijrah ke sana.

Ciri-Ciri Khusus Surah Al-Muzzammil
Surah ini membentuk kerohanian, keimanan dan keilmu an para sahabat yang baru memeluk agama Islam supaya mereka berjaya pada masa-masa berikutnya dan bersabar dalam menghadapi sikap dan tindakan pemimpin- pemimpin Quraisy yang diumpamakan dengan sikap dan tindakan Fir'aun itu.

Selama 12 tahun kehidupan di Mekah umat Islam hanya diarahkan bersembahyang tahajjud sahaja. Para sahabat terdiri daripada bangsa Arab yang cukup memahami bahasa al-Qur'an. Rasulullah s.a.w. bershalat tahajjud bersama-sama para sahabat yang betul-betul ikhlas di permulaan Islam itu. Mereka mendengar bacaan Baginda yang penuh dengan tartil di dalam shalat selama beberapa jam di waktu akhir malam atau tengah malam dalam keadaan mereka betul-betul terpisah daripada kesibukan dunia. Sembahyang 5 waktu baru difardhukan dalam peristiwa Mi'raj pada tahun ke-12 Kenabian, setelah itu
hukum bertahajjud mulai diringankan, hal ini ada tersebut di akhir Surah Al-Muzzammil.

Kaedah Mendalami Al-Qur'an Dalam Shalat Tahajjud
'Abdullah bin'Abbas ketika menjelaskan firman Allah وَأَقْوَمُ قِيْلًا tentang shalat tahajjud di dalam SurahAl-Muzzammil berkata: "Ertinya ialah أَجْدَرُ أَنْيَفْقَهَ فِي القُرْآنِ "Bermaksud: Bacaan al-Qur'an di dalam shalat tahajjud lebih sesuai dan elok untuk seseorang memperdalami pemahamannya tentang al-Qur'an".
Sunan Abi Daud, Kitab Shalat, hadits 1,109.

396

Tiada ulasan:

Catat Ulasan