Sabtu, Mei 29, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)309

Tafsir asas quran nota 9(302)309

beliau berkata: "Kesimpulannya, tidaklah patut orang yang ada padanya sedikit pun pertunjuk berpegang dengan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang tersebut di dalam hadits-hadits yang sahih dan atsar-atsar yang terang, semata-mata kerana berpegang dengan ayat itu, Kerana perbuatan seperti  itu sesatnya dan terlalu menunjukkan kurangnya akal ..." (Ruh alMaani j.15 m/s 238-239).

Hadits-hadits yang semakna dengan hadits-hadits yang dikemukakan oleh al-Aalusi itu sangatlah banyak. la terbilang sebagai salah satu hadits yang mutawatir maknanya. Dengan adanya hadits-hadits sahih yang sampai ke peringkat mutawatir itu bolehkah anda berkata lagi bahawa Allah memperakui keinginan orang-orang yang hendak membina masjid di atas kubur Ashabul Kahfi?

Bolehkah anda berkata lagi setelah Nabi s.a.w. bersabda begitu bahawa Allah tidak menolak dan tidak menegur perbuatan mereka? Dengan adanya hadits-hadits mutawatir yang menyatakan laknat dan kutukan Allah terhadap orang-orang dahulu yang membina masjid di atas kubur orang-orang saleh, bolehkan anda berkata lagi bahawa perbuatan itu merupakan syariat nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w., dan ia juga merupakan syariat yang masih boleh dipakai oleh kita semua??

(2) Ayat yang akan dikemukakan nanti telah disalah guna dan disalah tafsir oleh ahli bid'ah di zaman sekarang untuk membenarkan "Perayaan maulid Nabi s.a.w." yang penuh dengan pelbagai ritual dan upacara seperti yang ada pada hari ini. Lihatlah ayat berkenaan di bawah ini:

Yunus 10:58
قُلْ بِفَضْلِ ٱللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِۦ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا۟ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ 
Bermaksud: Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Yunus:58).

Demikianlah terjemahan harfiah tafsir al-Qur'an departmen agama Indonesia. Muhammad bin Alawi al-Maliki pula di bawah tajuk "Merayakan Maulid Nabi s.a.w." mentakwil firman Allah itu begini. katanya: "Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya bergembira dengan rahmatNya. Sedangkan Nabi s.a.w. adalah rahmat Allah yang paling besar. Allah berfirman:
Al-Anbiya 21:107
وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَٰلَمِينَ 
Bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiyaa': 107).

309

Tiada ulasan:

Catat Ulasan