Ahad, Mei 30, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 25(73)nota 16(397)

Daurah tafsir 2019 sesi 25(73)nota 16(397)

Al-Qur'an baru dapat diselami maksudnya apabila ia dibaca dengan penuh tartil, terang dan berhenti pada setiap ayatnya. Ummul mu'minin Ummu Salamah menjelaskan cara bacaan al-Qur'an oleh Rasulullah s.a.w. iaitu Baginda membacanya haraf demi haraf
 أَنَّهَا وَصَفَتْ قِرَاءَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَرْفًا حَرْفًا
ertinya dengan terang dan berhenti di akhir setiap ayat. Sunan at-Tirmizi, Kitab Bacaan al-Qur'an, hadits 2,927.

Ummu Salamah berkata: "Rasulullah s.a.w. membaca setiap ayat secara berasingan dan berhenti dihujung setiap ayat, setelah membaca ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ . Selepas itu, setelah membaca ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ .Baginda berhenti pula dan seterusnya selepas membaca مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ  Baginda berhenti lagi dan begitulah seterusnya". Sunan Abi Daud, Kitab Huruf dan Bacaan, hadits 3,487.

Pemahaman yang mendalam tentang al-Qur'an baru terhasil apabila al-Qur'an dibaca secara tartil. Tujuannya ialah untuk melayakkan orang-orang yang beriman dan ikhlas menjadi imam. Di zaman permulaan Islam, kelayakan untuk menjadi majlis syura negara Islam dilihat dari sudut kemampuan seseorang dan ilmunya tentang al-Qur'an tanpa mengambil kira umur. 'Abdullah bin 'Abbas berkata كَانَ الْقُرَّاءُ أَصْحَابَ مَجَالِسِ عُمَرَ وَمُشَاوَرَتِهِ كُهُولًا كَانُوا أَوْ شُبَّانًا  Bermaksud: "Ahli-ahli majlis mesyuarat Sayyidina 'Umar terdiri daripada orang-orang yang alim tentang al-Qur'an, tidak kira sama ada mereka tua atau muda".
Shahih Bukhari, Kitab Tafsir, hadits 4,642.

Perkaitan Surah Al-Muzzammil Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Jin sebelum ini telah pun dikemukan secara terperinci tentang kedudukan dan
jawatan kerasulan, para rasul menyampaikan utusan Allah kepada manusia dalam keadaan mereka tidak
mempunyai kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat, juga dalam keadaan mereka tidak mempunyai
ilmu tentang perkara ghaib. Di dalam Surah Al-Muzzammil ini dikatakan bahawa perutusan Rasulullah
s.a.w. kepada bangsa Quraisy Mekah tak ubah seperti perutusan Nabi Musa kepada Fir'aun (Ayat:15)
Al-Muzzammil 73:15
إِنَّآ أَرْسَلْنَآ إِلَيْكُمْ رَسُولًا شَٰهِدًا عَلَيْكُمْ كَمَآ أَرْسَلْنَآ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ رَسُولًا 
Para rasul dan umat Islam ditugaskan membawa kesaksian kepada manusia sekaliannya

2. Di dalam Surah al-Jin ada tersebut bahawa golongan jin telah mendengar al-Qur'an, mereka cukup terpengaruh dengannya, setelah mendengarnya mereka bukan sahaja memeluk agama Islam bahkan terus bergerak aktif menyebarkan 'aqidah tauhid dan agama Islam di kalangan mereka. Di dalam Surah Al-Muzzammil ini orang-orang Islam diarah supaya mendengar al-Qur'an yang dibaca dengan penuh tartil dan mereka diperintah supaya merenungi dan mendalami ajaran-ajarannya supaya mereka juga mampu menjadi penda'wah dan pembawa ajaran Islam.

3. Rasulullah s.a.w. diminta bersabar menghadapi suasana tuduhan dan kritikan oleh pihak musuh 
Al-Muzzammil 73:10
وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا 

Dan bersabarlah (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik.


397

Tiada ulasan:

Catat Ulasan