Ahad, Mei 30, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)310

Tafsir asas quran nota 9(302)310

Maksud beliau ialah berdalil dengan dua ayat tersebut untuk membuktikan betapa perayaan maulid itu disyari'atkan dalam Islam dan asasnya memang ada di dalam al-Qur'an. Padahal takwilan itu tidak lebih daripada mempopularkan suatu perkara yang tak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan as-salaf as-SaIeh. Kalau begitu dapatlah orang-orang kemudian mengatakan Rasulullah s.a.w. dan as-Salaf as-SaIeh pun tidak mengamalkan sesetengah perintah Allah di dalam al-Qur'an? Tergamakkah anda berkata begitu?

Sebelum pergi lebih jauh, mari kita lihat satu lagi tafsir al-Qur'an yang masyhur dalam bahasa kita, "Pimpinan ar-Rahman". la merupakan sebuah tafsir (terjemahan) berdasarkan mafhum alQur'an. Terjemahannya bagi ayat ke-58 Surah Yunus adalah seperti berikut:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)." (Yunus:58).

Jelas sekali berdasarkan terjemahan ini bahawa apa yang dimaksudkan dengan limpah kurnia Allah dan rahmatNya atau kasih sayangNya itu ialah Kedatangan Al-Qur'an kepada manusia. la tiada kaitan langsung dengan bergembira kerana kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., apatah lagi dengan perayaan maulid nabi yang seharusnya dirayakan setiap tahun pada bulan dan hari tertentu!

Terjemahan Pimpinan ar-Rahman itu tepat sekali apabila dilihat kepada ayat ke-57 sebelumnya yang sememangnya berbicara tentang al-Qur'an. Lihat saja ayat berkenaan di bawah ini:
Yunus 10:57
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhanmu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dadamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. 
(Yunus:57).

Selain itu tidak ada seorang pun ahli tafsir muktabar di dalam kitab-kitab tafsir mereka mentafsirkan ayat itu dengan erti bergembira menyambut perayaan maulid Nabi s.a.w. 'Ulama'-ulama' tafsir seperti Ibnu Jarir, Ibnu Katsir, Baghawi, Qurtubi, Ibnu al? Arabi dan lain-lain, tidak ada seorang pun dari kalangan mereka mentafsirkan perkataan "rahmat" pada ayat itu dengan ma'na "Rasulullah", malah yang dimaksudkan daripada kurniaan dan rahmat yang sepatutnya

310

Tiada ulasan:

Catat Ulasan