Isnin, Mei 31, 2021

K999.KITA TAKKAN SABAR SEHINGGA KITA FAHAM KENAPA DAN UNTUK APA KITA SABAR....

K999.KITA TAKKAN SABAR SEHINGGA KITA FAHAM KENAPA DAN UNTUK APA KITA SABAR....

Allah As Sobuur Tahu kenapa kita diuji sebegitu,

Bila kita tahu kita diuji dengan emosi tertentu terutama cepat marah, tak boleh menunggu, dan lain-lain,
Ia sebenarnya petanda kita sedang dilatih untuk jadi lebih SABAR,
Dan ia tentulah ntuk kebaikan diri kita sendiri.

Kita takkan jadi ibubapa lebih SABAR sehingga :

💕 kita kenal anak, kenapa anak menguji kita sebegitu? atau sebenarnya melalui anaklah kita diuji emosi sekian sekian untuk jadi lebih yakin dan sabar. Bukan sebab anak, tapi lebih kepada untuk kita. Contoh anak sedang fasa autonomi dan ego, maka banyaklah dia tak faham dan buat salah berulang. Ia normal untuk usia itu. Sabar dan tegur berhemah aja usia 3 nanti oklah dia insyaAllah. 

💕kita kenal diri (kenapa kita marah-marah, apa sensitiviti kita, puncanya apa) dan usahalah cegah atau atasi/selesaikannya. Penting kenal diri ini. Kadangkala sekecil-kecil sebab trigger adalah dari minda separa sedar dari pengalaman peribadi serta ekspektasi sendiri yang kita tetapkan. Berubahlah, jadilah lebih relaks, dan fleksibel sedikit jika perkara itu tidak mendatangkan mudarat besar. Contoh kita jenis pengemas, berSOP, kita tak boleh rumah sepah, adakanlah SISTEM untuk kemas cepat oleh tentera kecil (anak-anak) semua.

💕 faham kenapa perilaku SABAR/ MENAHAN MARAH itu amat penting untuk diri kita sendiri dan apa sumbangannya ke dalam perkembangan dan hidup anak kita. Ia penting untuk hidup kemudian kita juga nanti, tua kita nanti, generasi kita nanti. Kini - Beri kesan kemudian. Contoh kita sedar kita cepat marah sebab mak/ayah atau atok kita stail sama, kita taknak ia berterusan ke anak cucu kita pula kan. Jadilah pemula. Pasti boleh.
.

Ha... basically:

5 CARA SEGERA UNTUK TAHAN MARAH KEPADA ANAK:
.

🌱 Ketapkan bibir, tahan jangan bercakap apa-apa (NONVERBAL)
.
🌱 Menunjukkan wajah tak suka (serius, marah) dengan perilaku anak (tidak bersuara) (NONVERBAL)
.
🌱 Tarik nafas dalam-dalam sekurangnya sekali (FISIOLOGI NONVERBAL)
.
🌱 Pergi dari situ dan buat kerja fizikal (GUNA TANGAN DAN KAKI SECARA SELAMAT)
.
🌱 Pergi dari situ untuk akses air – samada minum air, ambil wudhu’, mandi laju-laju.
.

*Ini untuk beri anak tidak kena tempias lahar gunung berapi anda.
*Setelah tenang, perlu lah bercakap dengan anak dengan jelas apa yang anda tak suka tadi.
*Kadangkala biarkan seketika situasi yang buat marah tu, anak dan situasi akan selesai sendiri (contoh gaduh adik beradik).

.
Hidup ini ada indahnya bukan semua buruk aja... pandang dari sudut kebaikan dan kesyukuran selalu. Ujian pun memang sebahagian dari pembentukan personaliti diri kita, dan untuk tingkatkan darjat kesabaran kita. 
.

Refleksi Diri,
CARE ❤,
MAZNAH IBRAHIM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan