Isnin, Mei 31, 2021

K999.RAJIN dan MALAS BELAJAR.

K999.RAJIN dan MALAS BELAJAR
.
Anak yang malas, yang tidak berminat belajar, yang liat menghadiri sesi online dengan guru, yang tidak endah dengan kerja sekolah, yang kalau boleh tak nak ke sekolah terjadi demikian atas dua sebab:
.
PERTAMA:
Dia tidak ada sebab kena kena berbuat demikian, dan
KEDUA:
Dari awal dia tidak pernah didisiplinkan untuk "susah". Apa dia minta dapat, apa dia mahu, ada.
.
Kita ambil contoh dua orang pelajar
NAJIHAH dan NAIMAH. Nama rekaan sahaja.
Kedua-dua pelajar Tahun 6.
Tinggal berdekatan dan belajar di sekolah yang sama.
Sekolah Kebangsaan Rumput Hijau, Cheng, Melaka.
.
Kita kenali NAIMAH.
Bila dapat tahu UPSR dimansuhkan, seronok betul dia.
Kenapa seronok ?
Sebab tiada tekanan keluarga atau CIkgu untuk kejar banyak "A".
Ditanya ke sekolah menengah mana nanti pilihannya?
Mudah. Sekolah mana pun OK.
Kebetulan sekolah terdekat ialah SMK Rumput Hijau.
Maka ke situlah sasarannya.
Nak ke sekolah itu tidak ada apa-apa syarat.
Ia sekolah harian biasa.
.
Apa perancangan tamat sekolah nanti.
Dengan pantas dia menjawab: "Belum tahu lagi. Apa pun kena tunggu keputusan peperiksaan SPM nanti ... "malas nak fikir lagi"
Ada perancangan mahu ke mana-mana universiti.
Ada.
Universiti mana ?
Tak tau.
Bidang apa nak belajar.
Mana tahu !!.
.
Bagaimana dia guna masa di rumah?
Ibu bapa membelikannya Tablet, sebab skrin besar seronok nak main game. Namun dia juga ada handphone ibunya. Ibuya beli handphone baru. Kini kedua-duanya milik Naimah.
Di rumah tiada apa-apa peraturan bila boleh dan bila tidak boleh bermain game. Begitu juga dengan tontonan TV.
Dia selalu bawa tablet dan handphone hingga ke bilik tidur dan melayan pelbagai message, instagram, enjoy TikTok serta bermain game, selalu sampai lewat malam.
.
Pelajaran bukan minatnya.
Kerja sekolah dibuat ala kadar.
Kelas online dari rumah kekadang sertai, kekadang tiada.
.
Ibu bapanya sekadar menegur, berleter, marah-marah tetapi tidak bersungguh-sungguh suruh anaknya belajar.

Bagaimana dengan NAJIHAH pula ?
Dia tidak terkata apa-apa apabila mendapat berita UPSR dimansuhkan. Sejak Tahun 5 lagi dia berazam mahu skor semua "A" UPSR 2021. Namun dia sedih sebab dengan UPSR rancangannya ke sekolah elit pilihannya jadi lebih mudah.
.
Dia ada halatuju yang amat jelas.
Dia rakan se kelas dengan Naimah. Dia beriya-iya mahu sambung belajar ke sama ada Kolej Tunku Kurshiah atau Sekolah Tun Fatimah. Selepas SPM dia sungguh-sungguh nak rebut biasiswa ke luar negara untuk belajar bidang zoologi di sama ada University of Otago (Dunedin, New Zealand) atau University of Western Australia (Perth, Australia). Minatnya ke atas penjagaan binatang membuatnya banyak membaca mengenai bidang berkenaan. 
Dia mencari maklumat tentang kursus berkaitan dengan binatang dan destinasi belajar setelah mencari dan melayari dalam internet.
.
Dia tiada handphone sendiri. 
Dis tumpang handphone ibu bapanya.
Cuma setelah penularan Covid19 dan pembelajaran dari rumah diperluaskan, ibunya telah membeli komputer laptop terpakai untuknya. 
Dari awal ibu bapanya mewujudkan peraturan tertentu dirumah.
Ada masa studi.
Ada masa bacaan bebas yg diminati.
Ada masa tonton TV.
Ada masa menghadap skrin telefon.
Ada masa bermain di luar.
Ada masa menolong ibu bapa di rumah.
.
Saya percaya anda boleh nampak.
Apa yang membuat Najihah rajin dan Naimah malas.
Nahijah ada halatuju yang amat jelas.
Naimah belum fikir lagi perkara itu.
Ibu bapa Najiha tegas ambil peduli pelajaran anaknya dan adakan peraturan tertentu mendisiplinkan anak.
Ibu bapa Naiman relaks, ikut anak dan banyak memberi kebebasan pada anak mereka.
.
Anda mahu jadi ibu bapa yang mana?
Anda mahu anak anda seperti Najihah atau Naimah.
.
Terima kasih.
Sila Share jika didapati bermanfaat.
Dr.Shukri Abdullah, 31.5.2021

Tiada ulasan:

Catat Ulasan